Rabu, 6 Februari 2013

BAKED MACARONI



Assalamualaikum..
Kembali bersiaran malam ini.Lamanya saya menyimpan resepi Baked Macaroni yang saya copy dari fb Kak Shiela@ChaHaya Shiela satu ketika dulu.Saya beli macaroninya pun dah hampir setahun..hebatkan!..hihi..Pending selalu nak masak mende ni..padahalnya bukanlah susah mana pun.


Terus saya inbox kak Shiela minta link Baked Macaroni di blognya, sebab saya cari cam tak jumpa..yang ada pada saya hanya simpanan copy resepi tersebut dalam folder pc saya.Dengan segeranya terus saya meneruskan misi di dapur petang semalam, dek teringin sangat makan menu omputeh ni..Sedap kan...TQ kak Zai Eddie Hashim & kak Shiela atas perkongsian resepi ini..


BAKED MACARONI

Bahan-bahan:
Macaroni 2 cups/ 16oz | direbus hingga lembut
500 daging kisar (ayam kisar pun boleh) | sy guna 200gm sahaja
3 sudu besar rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu besar lada hitam*
(semua bahan bertanda * ditumbuk)
Minyak untuk menumis
1 tin susu cair +  3/4 tin air (sy guna 1/2 tin air)
Sedikit daun sup/ daun bawang
Sedikit bawang goreng
4 biji telur | dipukul
Garam secukup rasa (lebih kurang 2 sudu kecil)
Sedikit gula (lebih kurang 1/2 sudu kecil)

Cara:
1.Tumis bawang dan rempah hingga garing dan naik bau.Masukkan daging kisar dan goreng hingga masak.
2.Masukkkan susu cair, air, sedikit bawang goreng dan masak sekejap.
3.Masukkan macaroni dalam bekas dan tuangkan bahan yang telah dimasak tadi, gaul hingga rata.Boleh tambah cheddar cheese yang telah diparut sekali kalau suka.
4.Masukkan dalam bekas pembakar, tuang telur yang telah dipukul. (Tak perlu gaul, tuang rata2 ke atas macaroni).Boleh tabur cheese lagi jika suka.Taburkan daun sup dan bawang goreng.
5.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.Bergantung pada saiz bekas dan tahap kelembapan.
6.Boleh juga letak mushroom, capsicum dan tomato yang dipotong dadu, kalau suka.




10 ulasan :

hazila berkata...

Akak pun selalu beli barang nak buat something end up sampai berbulan bulan tak buat pun.Lama tak makan baked mac.

Asyifa Mustaffa berkata...

Nak cuba lah....nmpk cam best je ni....:-)

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Rohah. Hati ini dah meronta2 nak menikmatinya, aummmm!! sedapnya!!

Marsita yahya berkata...

tak pernah buat ni...nampak sedsp yek?

zila norazila berkata...

salam rohah,
wahh nampak sedap..akk klu buat mesti akk jew yg makan nie..ank akk asik nak nasi jew smnjak2 nie..

norzila berkata...

sedapnye kak rohah..hntr sepiring bekal zila buka posa petang kang ye.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sedapnya Rohah... teringin nak cuba tapi belum lah ada kerajinan mcm Rohah :D

rahel berkata...

Ngancam ni...leh laju meter...

Melly Octaviana berkata...

wow..sedap nya.. my fav nih.. sayang anak anak tak suka jadi malas mau buat nya.. nyamm

Yatie berkata...

wow sedapnya, akak pun lama dok beli macaroni nak buat mcm nilah tapi tak terbuat2..pasni mesti buat gak..terliur sangat ni..