Salam..
Semoga ceria anda semua di luar sana..Pulut Kuning yang dibuat ni adalah sempena menyambut hari kelahiran saya minggu lepas.Biasanya orang padankan dengan kari sama ada telur mahupun ayam, tapi saya saja tukar menu.Saya ambil resepi telurnya dari majalah SEDAP.Untuk resepi telur tu bolehlah lihat kat SINI.
Pulut Kuning
resepi:rohaisha
Bahan-bahan:
- 1kg beras pulut*
- 2 sudu besar serbuk kunyit *
- 1 keping asam gelugur*
- Air secukupnya*
(*)Satukan dan rendam
- Sedikit garam | gaul bersama beras pulut (semasa hendak mula mengukus)
- 2 cawan santan pekat | dijerang bersama
- Garam secukupnya | "
Cara:
1.Rendamkan beras pulut dalam air bersama serbuk kunyit, asam gelugur dan garam selama 3 jam.Toskan.
2.Gaulkan pulut tadi bersama-sama garam sehingga rata.
3.Panaskan kukusan.Kukus beras pulut selama 20 minit di dalam loyang kukusan yang berlapikkan plastik yang telah dicucuk terlebih dahulu dengan pisau.(plastik dilubang2kan sedikit).
4.Setelah cukup 20 minit, kaup balikkan pulut yang telah separuh masak tadi sekadarnya.Dengan perlahan-lahan, curahkan santan yang dijerang ke atas pulut dan kacau rata.(Lakukan sehingga santan habis).
4.Teruskan mengukus selama 30 minit lagi @ sehingga masak.Setelah itu tuangkan sedikit minyak ke atas pulut dan kacau sehingga rata.Biarkan sebentar dan matikan api.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan