Isnin, 5 Mac 2012

KARI IKAN SEBELAH



Assalamualaikum..
Selamat petang dan salam mahabbah buat anda semua..Semoga anda berbahagia di samping orang2 tersayang.
Beberapa hari ni rasa tak berapa sihat, namun slow2 saya N3kan juga resepi kari ikan yang biase saya buat ni.Saya memang kerap gunakan susu sejat apabila masak kari.Alhamdulillah hasilnya memang tidak pernah mengecewakan.Walaupun saya sering menggunakan susu sejat dalam masakan kari saya nie, saya tetap akan bertanyakan super tester saya tu (siapa lagi kalau tak cik abangku yang sememannya gemar makan kari)."Ada rasa SUSU??"..jawabnye: "TIDAK..o.k je"..Semenjak dari itu memang saya gemar mengenakan susu sejat dalam sajian ini...So, siapa kata kari yang tak gunakan santan tak sedap??...sebab memang saya telah amalkannya...Tak percaya??? cubalah....hhehehe


Ikan yang saya gunakan ni adalah ikan sebelah (spesis besar) yang rupa bentuknya seakan-akan ikan bawal.Diapunya isi memang lembut, berisi dan enak.Memang sesuai sangat dijadikan masak kari, masak kicap ataupun asam pedas.




KARI IKAN SEBELAH
Resepi: rohah_rohaisha


Bahan-bahan:
850gm ikan sebelah | siap potong
4 ulas bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
2 inci halia | tumbuk
2 inci kunyit hidup | tumbuk
5 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili 
1 sudu besar jintan manis | tumbuk
1 sudu besar jintan putih | tumbuk
1/2 sudu kecil halba
2 kuntum bunga lawang
1/2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1/2 cawan susu sejat
1 biji tomato | belah 4
2 cawan air bancuhan asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga layu.Setelah itu dimasukkan pula bunga lawang, kulit  kayu manis, biji pelaga, halba beserta serbuk cili dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau sehingga naik minyak.
2.Masukkan susu sejat dan ikan.Biarkan seketika.Apabila telah mereneh masukkan pula bancuhan air asam jawa.Masukkan juga sedikit  gula dag garam secukup rasa.Apabila telah mendidih dan ikan kelihatan masak, masukkan belahan tomato, gaul sebentar dan matikan api.

4 ulasan :

aliahmohdsalleh berkata...

Saya nak ucap tahniah kerana menggantikan susu sejat dari santan. Mudah2xan sihat Kita semua.

Rohah berkata...

Terima kasih Aliah..setakat ni menggunakan susu sejat untuk masak kari tidak menjadi kejanggalan bagi saya..alhamdulillah..Amin atas doamu itu.

Gee® berkata...

Ermmm...sedapnya kari ikan sebelah... gee baru sekali mkn ikan tu, mmg sedap kan...

Rohah berkata...

Kali ketiga suami saya beli ikan ni, mula2 dulu tak tahu juge apa namenya, sbb mcm tak percaya ikan ni Ikan Sebelah,rupa bentuk ikan tu seolah2 mcm ikan bawal je..mmg sedapbuat masak kari, gorng @ masak kicap..