Khamis, 1 Mac 2012

KEK NANAS TERBALIK





Assalamualaikum..
Salam ceria dan berbahagia buat semua.Tak nak celoteh panjang2.Hari ni sesaje nak share resepi Kek Nanas Terbalik ni.Orang lain dah lama menjamah kek ni, tapi saya baru nak cari bahan-bahnnya..hik3.
Resepinya saya ambil dari buku Kompilasi Hidangan Kek yang dicatat oleh Nor Aini Zakaria.
*Saya buat separuh adunan je dari resepi asal.



KEK NANAS TERBALIK
Resepi: Nor Aini Zakaria

Bahan-bahan:
250 mentega
220 tepung kek | di ayak (A)-(saya pakai tepung gandum)
1 sudu teh serbuk penaik | (A)-di ayak (saya tambah yang ini sebab guna tepung gandum)
200gm gula kastor
30gm mentega | dicairkan
4 bijitelur gred A
5 sudu makan air sirap nanas
3 sudu makan gula perang
10 keping nanas bulat (dalam tin) | dilap dengan tuala bersih
10 biji ceri merah | dibelah 2

Cara membuat:
1.Sediakan acuan empat segi berukuran 8 inci atau acuan bulat 9 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 minit. 
(saya lupa nak lapik dgn kertas, tu yang gelap semacam je kalernya,,)
2.Satukan mentega, gula kastor dan pukul hingga kembang dan putih.
3.Masukkan telur sebiji- sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.Seterusnya masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau berselang seli dengan air sirap panas.
5.Ratakan mentega cair dalam acuan.Taburkan gula perang.Susun nanas dalam tin.Masukkan ceri di bahagian tengah yang berlubang.Tuangkan adunan kek dan ratakan.Bakar selama 1 jam.
6.Setelah masak, sejukkan kek di dalam acuannya selama 1 jam. (saya tak tunggu lama)
7.Terbalikkan kek ke dalam pinggan.Kepingan nanas hendaklah di bahagian atasnya.Hiaskan.




5 ulasan :

SufatihaNur berkata...

salam...nape x de pic kek pun??? teringin nak tgk

Naz / Nadz COSK berkata...

Assallamualaikum Rohah..
Kita pun ada jugak buku Noraini Zakaria tu..
Sedapnya ada nenas tu dlm kek. Suka makan nenas..

Rohah berkata...

Waalaikumussalam Naz..sedang elok lah tu...Buku ni mmg familiar kat pasaran.Memang sedap kek nie..Suke makan nenas erk? tp,saya suka nenas yang dah siap di masak, kalau mkn cam tu je..kecut air liur rasanye..

Tanpa Nama berkata...

Boleh x guna tepung naik sendiri x payah letak serbuk penaik?

Rohah berkata...

mmg tak perlu pakai baking powder, sebab tepung tu dah berserbuk penaik..tapi time buat ni saya kehabisan tepung tersebut, dan gantikannya dengan tepung gandum biasa, makanya saya bubuh baking powder...