Selasa, 3 Julai 2012

MURTABAK ROTI


Salam petang yang ceria...
Apa kata kita buat murtabak roti ye, sedap tau..belum cuba, belum tahu rasanya kan...Agak2 ada roti yang dah tak berapa nak jalan tu bolehlah buat murtabak ni.Macam dadar telur je.Untuk resepi tu boleh rujuk kat bawah.Tq buat muse, kak Annor & kak Ayu.

MURTABAK ROTI
Resepi asal:muse@myresipi
Sumber Olahan:Annor MrsHamizie

Bahan-bahan:
4 keping roti
1/2 bawang besar | hiris nipis
2 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
Garam secukup rasa
Butter @ marjerin

Penambahan by Annor MrsHamizie
Cili besar | hiris 
Daun sup | hiris
Lada sulah
*Campurkan kesemua bahan di atas

Cara-cara:
1.Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang, cili besar, daun sup, lada sulah dan garam.(Ala2 nak buat telur dadar).Ketepikan.
2.Potong kepingan-kepingan roti jadi dadu.
3.Panaskan kuali dengan butter.Guna butter secukupnya untuk menggoreng.
4.Bila kuali sudah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas berisi telur.Gaul sebati.Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur terlalu banyak.Then, terus tuang dalam ceper atau kuali tadi.
(untuk proses yang ni, saya asingkan sedikit bancuhan telur. Selebihnya digaulkan dengan roti dan curahkan ke dalam kuali.Ambil pula bancuhan telur yang diasingkan pada awalnya tadi dan curah pula untuk sekian kalinya.)
5.Guna api kecil, tak nak hangus diluar, dan tak masak di dalam.Dalam 10 minit, bolehlah balikkan ia.Dah nampak kuning-kekuningan, siap!. (*time ni pandai2lah nak balikkan ye, sebab takut roti yang didadar pecah/rosak).
6.Sedap dimakan bersama cili sos.Selamat mencuba.



10 ulasan :

zila norazila berkata...

salam rohah cyg...akk dah tgok resepi nie aritu tp x buat2 lagi..masih terperapp jew ..he hehehe sedapnya:)

Norzie hany berkata...

Murtabak roti,senang aje buatnya.nanti sis nak cuba la resepi ni....sedap buat minum petang ni.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

kalau roti expired memang selalu buat macam ni, sayang nak buang, hihi... sedap, kan..

Melly Octaviana berkata...

Sedap nya,jadi mau buat juga..hmmm breakfast esok kayanya enak makan martabak roti ini yah.nyam..nyam

Nuwairani berkata...

nampak sedapppp! bahan2 pun senang.

Mamasya berkata...

Salam Rohah.mudah resepinya....mcm roti telur, sesuai utk sarapan dan minum ptg..

Ummi Anie berkata...

salam kenal Rohah....saya datang bertandang.kebetulan pulak...sama la menu kita ni....

CA berkata...

Salam Rohah..

Uhh simple dan senang je ekkk.konherm borre cuba.Thanks for sharing..muahhh!

Outbound Training Malang berkata...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

anna rosli berkata...

bpe lme na buat ? roti tu potong mcm ne ? x faham lha ,