Assalamualaikum dan salam sejahtera..
"Hari ni Hari jadi abang, tak payah buat keklah ye!..", tanya saya pada Si Abang iaitu anak sulong saya...
"Memang abang tak nak makan kek, tapi Ummi buatlah mufin!...Dah lama Ummi tak buat mufin".Mendengar je permintaannya, saya ia kan je.
Dari semalam2 lagi saya ada niat nak membaking kek untuk kedua anak2 saya sempena hari ulangtahun mereka, tapi bila pikir banyak kali, gamaknya tak termakanlah pulak nanti bila saya buat, lebih2 lagi di bulan Ramadhan macam ni.Maklumnya memang anak2 saya lebih gemar makan mufin berbanding kek.So, saya batalkan saje niat untuk sebiji kek tu..
Tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak memang tak jauh beza;
Abang 25 Julai dan Kakak 20 Julai.Setiap tahun memang kami raikan secara sederhana pada satu hari yang sama.Tapi tahun ni Kakak tak bising nak minta kek, tu yang Ummi pun relax je..Walau apapun, doa Ummi moga kalian berdua berjaya di dunia dan akhirat..Amin.
Saya pun sebenarnya tak berapa nak prepare, so tak tahu nak buat mufin apa.Kalau ikut selera Si Abang dia sukakan mufin yang banyak coklat Chip, tapi takkan nak buat mufin yang sama je dari dulu ye tak..
Tanpa berlengah saya capai je barang yang ada dalam kabinet, jadilah juga mufinnya, Mufin Nestum.Sebab nak cepat, saya belek2 sebuah buku untuk dapatkan sukatan asas mufin sebagai rujukan..dan selainnya ikut kepala den je lah, asal jadi mufin..
MUFIN NESTUM
rujukan:Kompilasi Hidangan Mufin
sumber resepi:rohaisha
Bahan:
250gm tepung naik sendiri | ayak
150ml susu segar
125 minyak masak
120gm gula kastor
50gm chocholate chip
50gm bijirin nestum
15gm baking powder (boleh kurangkan)| ayak
2 biji telur gred A
bahan taburan:
bijirin oat
Cara menyediakan:
1.Ayakkan tepung bersama baking powder.Masukkan chocholate chip dan bijirin nestum.Gaul dan ketepikan.
2.Pukul gula kastor dan telur hingga kembang.Kemudian satukannya dengan bahan campuran tadi (tepung, baking powder, chocholate chip dan bijirin nestum).Gaulkan sebati.
3.Masukkan susu segar dan minyak masak.Sebatikan.
4.Masukkan adunan ke dalam cup mufin dan taburkan dengan bijirin oat.Kemudian bakar selama 20 minit menggunakan suhu 200 darjah celcius.
nota:boleh kurangkan lagi sukatan baking powder dari sukatan yang ada untuk mengelakkan rasa kelat.Yang ni pun sy dah kurangkan sukatannya dari resepi asal yang yg saya rujuk.Namun terpulang pada individu.
9 ulasan :
hppy besday to Irsyad n Raudhah..sedap nmanye...smoga mjadi ank yg soleh n solehah serta bbakti kpd kedua ibubpa...
mesti sedap muffin nestum tu kan...
bagusnya mak dia ni ha...bulan pose pon buat mapin lagi. kite ni mcm dh x igt bile kali terakhir x buat mapin. lama betul dh ni.
menarik jugak muffin nestum ni
apapun happy belated birthday irsyad & raudhah
selamat berpuasa
terima kasih byk ye
slmat hari lahir buat keduanya
semoga jadi anak yg soleh ye, muffin nestum pun sedap, mesti wangi dgn bau nestum
Selamat Hari Lahir Kakak dan Abang. semoga menjadi anak yg soleh dan solehah, insyaAllah.
sedap nmpk mapin nestum tu..
Wow..muffin nestum yang sungguh menggoda u! Happy Birthday to your lovely kids :)
hepi befday abang dan kakak. Wah...ada nestum dalam muffin...sure sedap dgn bau wangi nestum tu lagi kan
Salam kak rohah, ayu ank dara akak, happy besday buat abg n kakak, moga dipermudahkan semua urusannya dunia n akhirat insyaAllah aminnnn... apa2 yg ada nestum kompem sedap, tp kalau nestum yg di bancuh gitu kita tak leh nk telan sume mkn kering2 gitu hihihi..
Happy bday buat kakak dan abg.moga jadi anak yg taat pada ibu bapa dan berjaya.
muffin nestum.....menarik tengoknya...
Catat Ulasan