Assalamualaikum
Allahu Akbar.. Lamanya x jejak sini.. Hmmm.. Bukan tahap suam2 kuku lagi dah. Adeehaii..Jawapannya, memang tuan rumah ni tak aktif dah nak masak2, sorting pic n display kat blog.. Aghaghaa, sabo je lahh😆
Tapi hati ni dah mula mekar semula nk meriahkan balik blog kesayangan ni..huhuu.Moga mekar ranum seperti dulu😝😁
Ni terlanjur masak campak2, teringin lak nk update.. Boleh lah.. Bg warm up dulu..
Pic pun snap guna hp je.. Ekekee..
Nti celoteh lg ye.. Bye.. Assalamualaikum.
Bahan:
1 peket angel hair (+-400g), rebus
2 tin prego karbonara
400g daging cincang
4 batang sosej, hiris
1 keping keju
3/4 bawang besar bombay, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
1 sudu besar serbuk pasrly
1 sudu besar serbuk oregano
Lada hitam, kisar halus
Garam secukupnya
Cara:
Tumis bawang besar & bawang putih hingga layu.
Masukkan daging cincang.Gaul rata.
Tuangkan 2 cawan air dan biarkan mereneh supaya daging masak.Masukkan juga hirisan sosej. Biarkan sehingga airnya surut.
Campurkan sos karbonara, susu sejat dan air secukupnya.Saya bubuh 1++ cawan air. Campurkan juga dengan kepingan keju.
Biarkan sekejap mereneh perlahan.
Taburkan parsley kering, serbuk oregano dan lada hitam.Perisakan dengan garam secukup rasa.
Siap!!
Hidangkan bersama angel hair😋
6 ulasan :
Sedapnya... kesukan anak-anak saya ni.
Sedapnya. Boleh nak cuba juga.
Nampak sedap. Nak rasa sikit.
Saya pun suka benda ni. Sedap.
Menu apa ini? saya cuba sangat Sedap terima kasih sudah mahu berkongsi resepi angel hair.
sangat sedap terima kasih, resepi ini adalah kegemaran saya..
klik
klik
klik
disini
Catat Ulasan