Isnin, 27 April 2015

KUIH SIPUT

Assalamualaikum...
Hari ni jumpa gambar n N3 lama lagi yang belum disiarkan.hiiiiihii..zaman bila punyalah ni...wink3,  Ogos 2012.Mak aiiiii lamanyeeee.Apapun selamat mencuba.
KUIH SIPUT (rangup/sedikit pedas)
Inspirasi:Majalah SAJI

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
15 gm udang geragau*
10 gm jintan manis*
10 gm jintan putih*
2 biji telur
200 gm marjerin
10gm serbuk lada (cili powder)
15gm rempah kari
2 sudu kecil garam
200 ml air
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
1.Kisar halus udang geragau, jintan putih dan jintan manis bersama sedikit air.
2.Satukan tepung, serbuk cili, rempah kari, garam, marjerin, telur dan bahan kisar.Gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh.Pastikan doh tidak melekit.
4.Gentel adunan menjadi bentuk siput menggunakan acuan khas.Buat sehingga habis.
5.Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana panas.Lurutkan daun kari semasa menggoreng dan goreng hingga kekuningan.

6 ulasan :

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

assalam rohah..
baru je nak ckp rajinnyer buat kuih siput sbb belum masuk musim raya lagi.. hehe.. rupanya gambar lama ye... apa2pun.. mmg pantang jumpa kuih siput ni pasti jd rebutan kalau jenjalan raya. nak pulak kalau jumpa kuih siput yg rangup.. sebalang pun boleh abis.. tuan rumah geleng kepala.. hihi..

Ruzita Idias Ismail berkata...

Assalamualaikum.. terima kasih atas info nya. Kuih siput memang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Kalau musim raya, kuih siput ni memang wajib ada sabagai hidangan tetamu.

Untuk pengkongsian ilmu sila bertandang ke dapur maya saya di http://ruzitakitchen.blogspot.com

Mori Said berkata...

Assalamualaikum Rohah... lama mori tak menyinggah di sini.... macam2 resepi ada di sini ...maveles sungguh

Tanpa Nama berkata...

Sepertinya lezat tuh

Unknown berkata...

Sedapnya..









Obat Penyakit Ginjal Kronis

Unknown berkata...

Sedapnya kalau buat kunyah-kunyah masa tengok tv kan...hihi..kalau yang sira dengan sambal tu pon sedap!

http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/