Assalamualaikum..
Salam ceria semua, semoga anda semua dalam lindungan rahmatNya dan dapat melaksanakan tugasan harian dengan sebaiknya.
Telah masuk hari ke-empat umat islam berpuasa, terasa pantas rasanya masa berlalu kan.Harapan agar kita terus di beri kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini seterusnya..
Kalau masuk bulan ramadhan kuih inilah antara yang sering berlegar dalam kepala..Saya suka sangat makan kuih ni sebab ayahanda saya dulu kerap membeli juadah tersebut ketika di bulan ramadhan.Sebelum2 ni kalau teringin nak makan pun memang tunjuk di bazar je, tapi kali ni cuba buat sendiri..Saya sukakan yang ada sedikit rasa dan bau kapur..gambaran bahan pembuatanmya pernah saya tanyakan pada bonda di kampung, tapi saya cuba gunakan sukatan dan style sendiri dengan cara yang mudah..kalau ikut yang sebetulnya memang pelbagai cara, tidak kiralah dari segi bahan dan cara pembungkusannya.Semunya terpulang pada citarasa masing-masing.

KUIH LOPES
Oleh:Rohah
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
2 1/2 cawan air*
5 helai daun pandan* (kisar bersama)
1 sudu kecil air kapur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Sedikit pewarna hijau
Daun pisang secukupnya
Benang/ tali rapia
Bahan Lain:
1 biji kelapa parut ambil putihnya
Garam secukup rasa
Air/ Sirap Gula:
150 gm gula merah
2 sudu besar gula pasir
5 cawan air
-Satukan kesemua bahan ke dalam periuk.Masak sehingga mendidih dan tapiskan.Sejukkan.
Cara:
1.Rendamkan beras pulut selama 2 jam.Toskan.
2.Kisarkan daun pandan bersama air dan tapiskan.Campurkannya bersama air kapur, sedikit pewarna hijau dan garam.Tuang ke dalam loyang berisi beras pulut.
3.Panaskan air dalam periuk kukusan dan kukus pulut selama 1/2 jam.
4.Angkat dan biarkan sekejap.
5.Ambil daun pisang, layur sekejap atas api.[pastikan daun pisang tidak dipotong pendek ye, supaya mudah nak menggulung].
6.Bentangkan daun pisang, bubuh pulut ikut kadar yang dikehendaki, dan gulungkan daun tersebut.Punjutkan bahagian kiri dan kanan sambil dipadatkan sedikitt.Ikat dengan benang atau tali rapia.Buat sehingga habis.
7.Kukus semula pulut selama 15 minit.
8.Sejukkan dan potong.Gaulkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam.
9.Hidangkan bersama air gula merah.
"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"
8 ulasan :
assalam Rohah
sama kita ni Rohah nampak lopes memang ingat bln puasa dan bila puasa terbayang lopes hijau ni he hee
akak selalu tgk mak buat dan memang permintaan khas lopes ni
semua adik beradik akak suka lgpun mak hidang tiapkali puasa
cara pun sama gulung dgn daun pisang dan ikat dgn tali
tp mak akak biasa rebus
ishhh sedapnya dah terbayang2 ni
x sabar nk ada kat kg suh mak buat
salam kak rohah.. tun blom penah buat kuih lopes nih. dh lama x makan.. kat bahan2 tu akak lupa nk tulis 'beras pulut' huhu.. pelik jap tun tengok bahan guna beras.
tq tun kasi ingat..he hee..mood kelam kabut masa menaip..
salam
cantik warna kuih lopes tu...light green!!
enak banget kuih iki angger banyu guloney mandan peket sitik yo Rohah... angger padat isiney, lepas dikukus dijak key diluk gempi dadiney , dipangan orah iso brenti
Aslmkum Rohah
rasanya dah lama tak mkn kuih lopes.tengok Roha buat, gulung dlm daun pisang...nampak asli.. special.
Sedapnya....teringin la kak...
sedapnya! nampak macam kuih sago, tapi rupa rupa beras pulut :)
Catat Ulasan