Isnin, 15 Julai 2013

AYAM MASAK LEMAK KENCUR; MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]

Assalamualaikum..
Bersiaran kembali..selamat menjalankan tugasan dengan sebaik yang mungkin.Semoga berlipat ganda pahalanya, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan ni kan..
Hari ni Damai Qalbu menghamparkan menu tradisi dari kg kelahiran saya di Sabak Bernam..Macam biasa, bila adanya kenduri kendara muncullah menu lauk pauk sebegini.Bukan ayam saje yang biasa dioalah sebegini, selain tu boleh juga menggunakan ikan keli, talapia dan sebagainya.Sebelum ni pun saya dah pernah utarakan menu sebegini..bahannya sama, cuma ada sedikit penolak tambahan.Boleh lihat SINI dan SINI.

AYAM MASAK LEMAK KENCUR
Oleh;Rohah

Bahan-bahan:
1 kg ayam- goreng lembap
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili padi merah*
5 biji cili padi hijau*
6 cm buah/ biji cekur*
1 cm halia*
2 cm belacan*-tumbuk bhn bertanda (*)
Daun cekur secukupnya- hiris halus
4 cawan santan 
1 keping asam gelugor
Garam secukupnya
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Lumurkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit, goreng lembap dan toskan.  
2.Tumiskan bahan tumbuk hingga wangi, santan.Biarkan mesra.
3.Masukkan ayam dan hirisan daun cekur.Renehkan sehingga kuah meresap.Perisakan dengan asam gelugor, garam dan gula.
4.Angkat dan hidangkan bersama lebihan hirisan daun cekur.


"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

8 ulasan :

fazianbatrisyia berkata...

dah tentu rasanya sedap dek aroma cekur yg wangi semerbak....

asyifamustaffa berkata...

1 lgi resepi ayam yg nmpk best utk dicuba...:-)

Mori Said berkata...

Sedap tengok menu ni rohah...

FnF Simple Life berkata...

Fuhh... nampak sgt sedap

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

nampak sedap juga tu rohah... belum pernah akak masak begitu.. biasa kencur hanya akak guna waktu buat kuah pecal..

JaSSNaNi berkata...

assalamualaikum.. nampak sedap.. boleh masuk list menu berbuka nanti.. terima kasih ya.. :D

Gee® berkata...

Aduh mak aii!!! tergoda tgk lauk ayam camni... nk sepiring...! heeee...

Shannon @ JustAsDelish berkata...

lemaknya kuah ini, tentu sedap