Rabu, 14 November 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH, DOA AKHIR TAHUN HIJRIAH DAN AWAL TAHUN HIJRIAH:1433/ 1434H

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1434 HIJRAH,
DOA AKHIR TAHUN HIJRIAH DAN AWAL TAHUN HIJRIAH:1433/ 1434H

Rujukan 1:Surah Yasin
Rujukan 2:Sitik
Assalamualaikum...
Salam mahabbah, Selamat menyambut tahun baru Hijrah dan salam ceria.Hari ini telah masuk tanggal 29 Zulhijjah merupakan akhir tahun hijrah bagi tahun 1433H yang jatuh pada 14 November 2012 (Rabu).Untuk tahun baru hijrahnya pula iaitu 1 Muharram 1434H telah jatuh pada 15 November bersamaan hari Khamis.

Kaifiat membaca kedua2 doa ini agar segala amal perbuatan yang telah kita lakukan pada tahun sebelum ini mendapat keredhaan dan pengampunan dariNya.Di samping datangnya tahun baru Hijrah kita juga bermohon agar mendapat perlindungan dari Allah S.W.T daripada gangguan syaitan yang direjam.Amin Ya Rabbal Aa'lamin...
Untuk pic doa ini saya share dari Sitik' s Blog, terima kasih atas perkongsian ilmunya.Minta halal dari akak untuk dikongsi di sini pula ya..

Doa Akhir Tahun
Dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib (akhir waktu asar)

Sumber:Sitik

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun
Dibaca selepas daripada menyempurnakan solat fardhu maghrib awal tahun

Sumber:Sitik

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





Selasa, 13 November 2012

IKAN PARI PANGGANG & AIR ASAM


Assalamualaikum..
Selamat bercuti  untuk semua...Mungkin ada yang menyambung cuti bersama anak2 mentelahan cuti sekolah sudah bermula.Semoga anda semua berbahagia bersama family tersayang Amin.
Hari ni bersiaran dengan menu ikan yang simple, iaitu Ikan Pari Panggang...Saya panggang dalam oven je..Sesekali panggang juga atas api, tapi saya dan suami lebih gemar panggang dalam oven sebab ikan nampak lembab2 gitu, tidak terlalu kering.Penyediaannya memang mudah je kan, boleh tinggal buat tugasan yang lain.Mungkin lain orang lain caranya, yang penting   berpuashati dengan apa yang kita buat...resepinya di bawah tu ye..
IKAN PARI PANGGANG & AIR ASAM
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
1 ekor ikan pari | belah 2
Sedikit garam
Serbuk kunyit secukupnya
Alumunium foil

Cara:
1.Cuci bersih ikan pari dengan air asam jawa atau perahan limau.Toskan.
2.Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.Bungkus ikan dengan aluminium foil.
3.Panasakan oven sekejap pada suhu 180@190 darjah celcius.Masuk dan letakkan ikan atas rak pada oven tersebut dan panggang selama 30-40 minit @ sehingga masak.(balikkan kedudukan ikan selepas 1/2 jam pertama).
Air Asam:
1 labu bawang besar | hiris
10-15 tangkai cili api | hiris 
1 biji tomato | potong dadu
4 biji limau kasturi | ambil jusnya
Gumpalan asam jawa secukupnya | *Bancuh bersama
Air secukupnya *
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata.Hidangkan.


Isnin, 12 November 2012

KUIH LAPIS GARDENIA


Assalamualaikum...
Salam ceria untuk rakan2 maya yang dikasihi.Jumpa lagi di sini, semoga anda semua ceria menjalani kehidupan seharian bersama insan2 tersayang.
Alhamdulillah dapat juga bersiaran pada malam ini.Beberapa hari ni berehat kerana kesihatan tidak berapa mengizinkan mentelahan cuaca @ musim tengkujuh yang melanda negara kita akhir-akhir ini.Sebelum2 tu pun dah rasa tak berapa selesa ditambah pula ngan hal2 luar jangka.Apapun kita patut bersyukur dengan nikmat yang masih banyak lagi Allah beri..Amin.

Kali ini berkongsikan lagi menu kudapan iaitu Kuih Lapis  oleh Kak Iza Akma, di mana ianya merupakan inspirasi dari resepi Talam Roti Lapis Coklat oleh Citarasawan.Sebelum2 ni pun telah 2 kali saya buat resepi dari Kak Wan ni, memang sedap dan lembut je.TQ buat kedua2 mereka ini.Jadi untuk resepi Kuih Lapis ni, bolehlah lihat resepinya di bawah ye.Saya buat 2 ganda dari sukatan asal dan guna loyang 10", so lapisannya kelihatan nipis.

KUIH LAPIS GARDENIA
Source:Iza Akma SSK

Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich | buang kulit tepi, siat kecil dan rendam dengam 150gm air
75gm gula pasir
3/8 tsp garam
300gm santan
150gm air
90gm tepung beras
30gm tepung sagu
1 tsp coklat emulco
Pewarna kuning & oren

Caranya:
1.Panaskan kukusan.Sediakan loyang bersaiz 6 inci persegi (kalau tak ada empat segi yang bulat pun boleh), alas dengan plastik tahan panas dan sapukan dengan sedikit minyak masak.
2.Satukan air, santan, gula, garam dan masak hingga gula larut.Biarkan suam.
3.Masukkan roti yang direndam, bersama setengah santan yang dimasak tadi ke dalam pengisar.Kisar hingga halus.
4.Satukan tepung beras dan tepung sagu dalam bekas.Masukkan bahan kisaran ke dalam bekas  berisi tepung sambil dikacau dengan whisk sehingga sebati dan tidak bergentel.
5.Adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Bahagian 1 dibahagikan untuk 3 lapisan dan diwarnakan kuning. Bahagian 2 dibahagikan untuk 2 lapisan dan diwarnakan oren. 
Bahagian 3 dibahagikan untuk 4 lapisan dan dibubuh coklat emulco.Pastikan setiap lapisan itu sama banyak agar lapisannya  sama tebal.

6.Bila kukusan dah betul2 mendidih, letakkan loyang dalam kukusan.Tuang adunan kuning dulu sebagai lapisan pertama dan kukus 5 minit.Tuang pula selapis adunan coklat dan kukus lagi 5 minit.Diikuti dengan  selapis adunan oren.Teruskan melapis dan kukus sehingga semua adunan habis digunakan.Untuk lapisan seterusnya boleh rujuk kat gambar tu ye.Bila sampai lapisan terakhir kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana.

Khamis, 8 November 2012

PUDING TRIFLE


Assalamualaikum...
Selamat malam dan salam ceria buat rakan2 yang dikasihi.Bersiaran lagi di sini, alhamdulillah.Hari ini bersiaran dengan dessert yang sangat enak dan mudah sahaja penyediaannya.
Sebelum2 ni (SINI) pernah  juga saya buat menggunakan resepi trifle dari majalah, tetap sama tiada beza.Cuma pada kali ini, resepi yang saya ambil sumbernya dari kak mamasya kita ni ada tambahan aksesori whipping cream ketika mahu hidangkannya.Tetapi saya tak letak.Untuk penyediaan keknya tu pun saya gunakan sponge kek biasa.

Oleh kerana nak habiskan stock kek ni, saya asingkan sikit dalam gelas dan masuk tupperware, selebihnya saya bubuh selonggok dalam bekas kaca.(yang dalam bekas kaca tu memang nampak sikitlah lapisan jellynya sebab saya gandakan keknya (kira nak habiskan stock kek).

PUDING TRIFLE
Sumber:Kak Maizana & copy dari Kak Zai@Dapur Impian
Sumber:Mamasya

Bahan-bahan:
Swiss Roll (saya guna sponge kek)
1 tin fruit coctail
Kristal Jelly (saya guna jenama nona;ikut je stepnya)
1 tin susu cair*
1 tin air*
7 sudu besar gula pasir* | satukan bersama (saya guna 5 sb)
4 sudu besar tepung kastad (sukatan membukit)
Yogurt @ whipping cream (tak letak)

Cara membuatnya:
1.Lapisan 1:Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti).Tuangkan air fruit coctail  ke atas swiss roll hingga lembap, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
2.Lapisan 2:1 tin susu cair + air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air).Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat.Tuang di atas lapisan 1 tadi.
3.Lapisan 3:Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad).Ketepikan sekejap.
4.Lapisan 4:Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih.Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang ke atas lapisan 3 (buah-buahan).
5.Lapisan 5:Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream ke atasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawbery ke atasnya.(takletak)

Nota:Untuk adunan di atas sesuai muat dalam bekas/ acuan saiz 8x10".Whipping cream dipukul hingga gebu dan sapu ke atas lapisan jelly tadi.(untuk memudahkan, masukkan whipping cream dalam pipping bag)



APAM JAGUNG KUKUS


Assalamualaikum..
Selamat malam semua, moga ceria selalu.Alhamduluillah bertemu lagi di sini, berkongsi rasa sesama kita.Malam ini ingin berkongsi resepi apam yang enak dan lemak2 rasanya.Sesiapa yang gemarkan jagung bolehlah mencuba resepi apam ni.Resepi asalnya adalah dari Rinn Chan, tq banyak2 coz sedap dan tq juga buat kak Madihaa yang sudi memanjangkan resepinya.Resepinya bolehlah diterjah kat bawah tu...
APAM JAGUNG KUKUS
Resepi:Rinn Chan

Bahan-bahan:
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri (saya guna tepung superfine + sedikit baking powder)
Kismis hitam untuk hiasan (tak letak)

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
2.Masukkan telur sebutir demi sebutir.Pukul hingga sebati.
3.Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung.Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata.
4.Masukkan susu segar diselang seli dengan lebihan tepung.Kaup balikkan menggunakan spatula.
5.Sementara itu panaskan kukusan.Balutkan tudung kukusan dengan kain supaya air dari bahagian dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6.Isikan adunan ke dalam acuan yang sesuai, hiaskan dengan kismis hitam (tak letak) dan kukus selama 15 minit (bergantung saiz acuan).
7.Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.


Selasa, 6 November 2012

IKAN DURI MASAK ASAM PEDAS


Assalamualaikum..
Salam ceria untuk rakan-rakan semua.Alhamdulillah bersiaran lagi  di sini.Hari ini ingin berkongsi resepi asam pedas yang enak, sebelum ni telah dikongsikan oleh kak Amie.Semasa Kak Amie tayang resepinya kebetulan saya ada stock ikan duri.Nampak lazat ikan Asam Pedas yang ditayangkannya, memang tak lengah2 nak mencubanya.Cuma saya simpan dulu resepi yang telah dicuba ni, makanya lambat ditayangkan.Resepinya di bawah tu ye.Rugi tak try...

IKAN DURI MASAK ASAM PEDAS
Resepi asal:Ikan Duri Masak Berlada/ Asam Pedas
Sumber asal:Masakan Tradisi Melayu Melaka-Nurbi Husin
                        
Bahan-bahan:
1/2 kg ikan duri
30 tangkai lada kering 
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih | titik
1.5 camca besar jintan putih
2.5 camca besar ketumbar
1.5 camca besar jintan manis
1 camca besar lada hitam
1 camca besar serbuk kunyit
1 inci belacan
1/4 keping kelapa bakar (daripada 1 biji kelapa-belah 4)-saya gantikan dgn 2 sudu besar kerisik
Sekepal asam jawa | ambil airnya 5@ 6 cawan - saya kurangkan
1 tangkai lada hijau | belah 2
1 tangkai lada merah | belah 2
1 biji tomato | belah 4
8 helai daun kari/ daun limau purut
Sedikit daun kesum-tak bubuh
5 camca minyak masak
garam secukup rasa

Cara:
1.Lada kering, belacan,bawang merah dan kelapa bakar digiling sampai lumat.(Saya ganti kelapa bakar dgn kerisik)
2.Jintan, lada hitam dan ketumbar digoreng tanpa minyak dan kemudian ditumbuk halus.
3.Panaskan minyak di dalam periuk.Masukkan bawang putih dan goreng hingga kuning.
4.Masukkan serbuk kunyit, dan bahan yang digiling dan ditumbuk, kacau hingga rata dan garing.
5.Masukkan air asam jawa, biarkan kuah hingga mendidih.
6.Masukkan ikan, daun kari/daun limau purut, daun kesum, lada dan buah tomato.
7.Masukkan garam.Biarkan di atas api sehingga masak.







Isnin, 5 November 2012

SERIMUKA ABC



Assalamualaikum...
Salam mahabbah buat rakan maya Damai Qalbu, moga semua dalam keberkatanNya, amin...Hari ni agak lemau ke dapur sebenarnya, tapi hati ini berkobar2 ingin membuat serimuka memandangkan ada lebihan bahan yang perlu dibereskan supaya tidak membazir..Telah dibayang2kan kejadiannya dalam beridea untuk membuat Serimuka ABC ni, alhamdulillah menjadi dengan eloknya.Resepinya bolehlah dilihat di bawah ye.


SERIMUKA ABC
Resepi:rohaisha

Lapisan Bawah
Bahan-bahan:(Loyang 10x10x3")
2 cawan beras pulut | rendam
2 cawan santan 
1 sudu besar garam (ikut suka)

Cara:
1.Rendamkan beras pulut selama 1-2 jam, kemudian cuci dan toskan.
2.Didihkan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.
4.Setelah masak, tekan dan padatkan sedikit.(Nak mudah, guna penekan untuk kek lapis)

Lapisan Atas
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu besar tepung beras*
2 1/2 cawan santan pekat*
1 biji telur*
1 cawan gula*
1 sudu kecil garam*
1/2 cawan cendol (toskan airnya) + pewarna hijau + 1 sk perisa pandan
1/2 cawan @ lebih kacang merah ABC (yg telah direbus) + pewarna merah jambu
1/2 cawan jagung krim (dalam tin) + pewarna kuning

Cara:
1.Satukan kesemua bahan bertanda (*) dalam pengisar (blender) dan kisar hingga hancur.
2.Tapiskan adunan.Bahagikan sama rata kepada kepada 3 mangkuk/ bahagian  & kacau rata:
i-Adunan + pewarna  kuning + jagung krim
ii-Adunan + pewarna merah jambu.**Kacang ABC ditabur kemudian, ketika hendak mengukus lapisan ini.
iii-Adunan + pewarna hijau + cendol 
3.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (i)  ke atas pulut yang telah ditekan tadi.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
4.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (ii) pula.Taburkan kacang merah ABC serata yang mungkin.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 7 minit
5.Tuang perlahan-lahan dan ratakan adunan (iii)  sebagai lapisan terakhir.Tutup loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 25 minit.
6.Matikan api.
7.Sejukkan kuih sekitar 3 jam dan barulah boleh dipotong.

note:Saya sapukan loyang dengan sedikit minyak, kemudian lapik dengan plastik dan barulah mulakan aktiviti mengukus.






Sabtu, 3 November 2012

SNOW CHEESE CAKE, PERTEMUAN RAKAN OLDSKOOL ON9 & HAPPY BELATED EFFA HANNY


Assalamualaikum...
Salam mesra dan salam ceria buat pengunjung Damai Qalbu,  semoga kalian dalam rahmat Ilahi. Juga buat rakan seperjuangan OLDSKOLL ON9 yang dikasihi..Bertemu jua  kita disegelinap waktu yang agak terbatas petang tadi, alhamdulillah...Bila dah bersua, teringat kembali alam persekolahan dulu2..didoakan semoga kalian sukses dalam kehidupan.
Dikesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun buatmu Effa Hani, semoga diberkati Allah.Terima kasih kerana sudi merasa kek hasil keras tangan saya tu hehe...Atas permintaannya untuk Kek Cheese Bersalji @ Snow Cheese Cake yang diorder, saya masih gunakan resepi ini, tetapi untuk separuh adunan Effa mahu diperasakan coklat.Macam di bawah tu lah rupa dia..saya bubuh 2 sudu besar serbuk coklat untuk bahagian yang coklat tu..

Salam sayang jua buat Masz & Zu...ada rezqi kita jumpa lagi..Salam ukhuwah buat boss OLDSKOLL ON9, Nizam juga rakan seperjuangan yang lain: Fairus & Roszaimie yang sempat saya ketemui petang tadi.Selepas ini mungkin banyak lagi program yang akan menyusul di OLDSKOOL ON9 tak lama lagi kan.Ada rezqi dan kelapangan, jumpalah semua nanti.
Yang lain2 petang tadi tak sempat nak jumpa ....Apapun,
Ma'assalaamah Wa Ilalliqaai..

Khamis, 1 November 2012

GULAI IKAN SEMBILANG


Assalamualaikum..
Kembali bersiaran di sini, apa khabar semua?.Mudah-mudahan dalam rahmat Ilahi dan sentiasa dalam hidayahNya.Amin.Berkisahkan tajuk ikan sembilang hari ni, sebenarnnya dah terlalu lama saya tak makan ikan sembilang.Biasanya kami sering beli ikan keli yang sememangnya jadi kegemaran berbanding ikan sembilang yang jarang2 ada di pasar.Kedua-duanya memang tak jauh beza, enak je dibuat gulai, asam pedas mahupun goreng sahaja.

Kali ni saya hidangkan gulai yang sengaja dibuat cair sedikit, tapi kuah tetap nampak pekat sebab saya bubuh buah keras yang memainkan peranannya tersendiri.Jom cuba..cicah ngan roti pun o.k, seriessss...
GULAI IKAN SEMBILANG
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
4 ekor ikan sembilang | potong
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 inci halia
3 biji buah keras
3 sudu besar serbuk kari | bancuh bersama sedikit air
1/2 sudu kecil serbuk kunyit 
3tangkai cili kering | potong pendek
1 biji tomato | belah 4
2 tangkai cili besar hijau | belah 2 @ tidak putus
2 sudu besar santan pekat
Air asam jawa | bancuh pekat
Gula Garam
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Kisarkan bawang merah, bawang putih , halia dan buah keras.
2.Tumis bahan kisar tadi hingga kekuningan dan masukkan bancuhan serbuk kari beserta potongan cili kering.Kacau hingga naik minyak.
3.Masukkan air secukupnya.(Saya bubuh air banyak sebab mahukan gulai yang agak cair kuahnya).Renehkan.
4.Setelah mula mendidih masukkan ikan beserta serbuk kunyit.Kacau rata dan tutupkan sekejap dengan tudung periuk.
5.Masukkan bancuhan air asam jawa, garam dan gula.Biarkan sekejap.
6.Masukkan santan pekat, tomato dan cili besar hijau.Kacau sekata hingga ikan masak.
7.Tutup api.