Rabu, 17 Julai 2013

PARU GORENG BERLADA: MALAYSIAN FOOD FESTIVAL [KL Selangor]


Assalamualaikum
Salam semua, semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.Sebelum itu, marilah sama2 bersedekah Al Fatehah buat seorang rakan fb iaitu Tun Teja dan seorang anakandanya yang telah kembali ke rahmatullah akibat terlibat dalam satu nahas jalanraya.Semoga rohnya dicucuri ALLAH s.w.t.

Terkejut juga mendengar berita pemergiannya.Pernah bersembang di fb, rupa2nya dah tak jauh tempat tinggal saya dengan rumah arwah, TAPI belum berkesempatan bertemu, dia telah pergi buat selama-lamanya..

Kali ini Damai Qalbu bersiaran dengan lauk kegemaran, tapi bukan makan selalu tau, setahun masih boleh dibilang dengan jari iaitu Paru Goreng Berlada.Biasanya kalau malas nak di masak apa2, saya hanya gorengkan sedikit garing, dapatlah meratah seperti makan snek..he heee..Tapi kalau terlebih sedikit rajinnya, saya akan masakkan seperti dalam gambar2 tu lah...sempoi je, guna cili/lada merah besar.Kalau guna cili kering pun boleh aje sih...sama je.

Menu macam ni kebanyakannya ramai yang suka, tapi saya pasti, ada juga yang tak gemar makan organ dalaman lembu ni kan..eheee..tak apa, tanya dada, tanya selera...
Ratah je dah sedap, tak payah makan ngan nasi..kan, kan...jom mamam..

PARU GORENG BERLADA
Oleh;Rohah

Bahan-bahan;
500 gm paru- cuci, rebus, potong kecil dan gaul bersama garam dgn serbuk kunyit, goreng lembap
10 tangkai cili besar merah- kisar
 2 ulas bawang merah- kisar
2 ulas bawang putih-kisar
2 cm halia-kisar
1 keping asam gelugor
Sedikit air
Garam
Gula
Minyak masak

Cara;
1.Cuci bersih paru lembu.Rebus selama 1 jam 15 minit dan toskan.Potong kecil dan sederhana nipis, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.Gorengkan lembap.Angkat dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga layu dan pecah minyak.
3.Masukkan air secukupnya [sekadar melembapkan masakan], bubuh asam keping dan biarkan mereneh.
4.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masukkan paru yang telah dihiris tadi, gaul rata dan matikan api.
6.Hidangkan.

"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, KL Selangor Month hosted by Shannon of Just as Delish"

18 ulasan :

kak ruby berkata...

kesukaan kak ruby ni paru goreng cili.....

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam kak Rohah..poberet anak2 atie nih!
Al-fatihah utk Arwah Tun Teja...walaupon kurang mengenali beliau...Semoga kluarganya tabah

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Lupa nk habaq kat akak...minta izin copy resepi KOBIS GORENG BERSAMA SOH HOON ya.Terima kasih

Azie berkata...

As salam. Al fatihah utk Tun Teja. Saya suka paru bercili. Nanti minta copy resepi sb tak pernah lagi masak lauk ini.

Rohah berkata...

Ok, Atie dan Kak Azie..

Sheila Shafeareen berkata...

assalamualaikum Salam ramadhan..mmg manu fv kami sekeluarga paru grg belada ni......baru cdng nak buat ph ahari sabtu ni utk mkn2 bebuka puasa sama adik beradik

Cida de' Nuanza berkata...

baru terperaan, wpun suka mkn paru, sy x penah lak masak sendiri..
mcm x kenal je rupa paru yg lom masak..ngehh...ngehhhh

Amie berkata...

Al - Fatihah buat Allahyarhamah Tun Teja, daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jualah kita kembali.
Enak banget paruney kuwi... angger aku tak jambali vaey.

fazianbatrisyia berkata...

sedap ni...sy suka makan yg rangup berbanding yg dihiris tebal sikit. masak sendiri lum penah lagi...kedai mari....

Tengkubutang berkata...

hai.. salam kenal,
follower no.407
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

akak suka sangat makan paru berlada ni..

Selama ni memang tak pnah sedar tentang kewujudan Tun Teja, tentunya dia seorg yg begitu baik di laman maya nikan, Al-Fatihah..

Mori Said berkata...

Sedapnya lauk ni... Nk kena cari paru cam ni.... Hehehe

Qasey Honey berkata...

QH xmkn paru..tp kawan QH suka sgt lauk paru smbl ni..hmpir stiap pg bkn bln posa la..bfast mesti nasi lemak lauk ni..

alfatihah buat arwah Tun Teja..ade juga baca kisahnya di suratkbar..

rahel berkata...

wallaaa...sedapnya...paru goreng pedas memang meletops...

cushion cut engagement rings berkata...

Selama ni memang tak pnah sedar tentang kewujudan Tun Teja, tentunya dia seorg yg begitu baik di laman maya nikan

fazliana berkata...

lapar2 mkn nie mmg laju je..fuhh sedap..tq sharing=)

Unknown berkata...

Thxs sharing..tp nk tanya skit..apa maksud grg lembab tu?

Rohah berkata...

Norharren,maksudnya paru digoreng tidak terlalu garing