Rabu, 30 Januari 2019

TEPUNG BOKO LABU


السلام عليكم
Tengok post viral Boko Ubi Kak Long jadi teruja nak rasa.
Tapi kat dapur cuma ada labu..sayang pulak nak dipandang sebelah mata je😀
Zasss..jadi jugak petang semalam😉


Boko Labu lepak kat dapur Kak Long petang semalam.Lebihan labu beli masa cuti sekolah hari tu. Fokus utama beli untuk di masak lemak labu kegemaran anak bujang .

Sebab beli yang beso, ada plan juga nak buat koci ..ecehhcehh.Tapi dah sebulan anak2 dah balik asrama, tak terusik2 baki labu tu😆.Bayang koci memang tak nampak.

Ambik suku labu, Kak Long buat Tepung Boko Labu.Nampak Boko Ubi macam best je..tapi KaK Long tak tanam ubi lagi.Lama pulak nak menunggu ubi berbuah.Kita skodeng labu ni dulu la😄.

Kak Long suka resepi ni, secara peribadi menepati citarasa tekak hakakk😀.
Sesungguhnya kak Long peminat labu.
Bukan labu labi😆


Resepi:Uwan Nolly Ipin

BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyek
1/2 cawan air gula (nak manis boleh tambah gula)
2 cawan air
1 sk  kapur

CARA:
Masukkan kedua² tepung dalam bekas.
Masukkan labu, air gula dan air kapur.
Masukkan air sedikit2.
(bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat)
Masukkan dalam bekas dan kukus dalam 30 ini.
Dah masak, keluarkan dari kukusan dan sejukkan.


KEPALA SANTAN (KUAH SANTAN)
Resepi:Majalah Rasa

BAHAN:
1 cawan santan pekat (1 kotak santan)
1 cawan air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil gula (saya tak letak)
1/2 sudu kecil garam

CARA:
Satukan semua bahan dalam periuk.
Kacau hingga semua bahan aebati dan larut.
Buka api perlahan dan masak hingga pekat.
Angkat dan nikmati bersama labu tadi

Jumaat, 28 Disember 2018

GULAI IKAN AYA

Ermm..tekak jawa tetiba mengidam lauk orang kelantan deh😆.Alhamdulillah setakat ni boleh terima mana2 kelainan resepi dr luar Negeri😂.Kito x pilih kasih😄. 
Gulai ni memang Kak Long suke.Lagi suka bila tengok kawan sebelah tambah2 nasi dalam pinggan dek lauk versi kalantan ni.Hahaaa.. 
Kak Long cnp resepinya.



GULAI IKAN AYA

Bahan - bahan:
•2 ekor ikan tongkol sederhana besar -  dipotong2
•4 keping asam keping
•garam
•sedikit air
•sedikit gula melaka

Cara:
rebus ikan bersama bahan2 diatas.


Bahan2 untuk Kuah
•1 labu bawang besar*
•3 ulas bawang merah*
•4 ulas bawang putih*
•1 inci halia*1 inci lengkuas*
•1 inci kunyit hidup*
•10 tangkai cili kering*
•Santan
•garam
•1 keping Asam keping
•sedikit gula melaka
•perasa
•cili hijau
•1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
•sedikit minyak untuk menumis


Cara - Cara:
1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur
2. kemudian  tumis sehingga wangi
3. selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili.  
8. Try test rasa :-)


Selasa, 25 September 2018

ASAM REBUS BATANG KELADI

Assalamualaikum😀

Tetiba je muncul😁huhhh.
Jangan kecam hhakak okey. Mentelahan rajinnya tengah datang bagai taufan melanda,  macam sempat je buat kerja update mengupdate ni tauu😅


Tepek sini resepi kg je lah,  takde benda pun. Asam rebus seperti nama tertera😂.Batang keladi rezeki dr rumah MIL. Rumah kg arwah mak dah takde rimbunan pohon keladi sejak arwah mak takde.. Huhuu. Sedih sekejap. Alfatihah makk😢❤.

Air tangan yg tak seberapa. Asal ada rasa seperti nama diberi. Sebab memang dah biasa buat style ni. Resepi  rakyat marhaen je. Ada kat bawah tu dear2😀.Simple okey.

Hakak padankan dengan Sambal Belacan mangga. Mangga tepi rumah. Kebetulan tengah merimbun buahnya. Tapi nasib2 je lah, sebab sejak 2 tahun kebelakangan ni hasil mangga tak berapa elok. Kumbang dah sengat awal2.So bila kupas ada yg berulat. 


Hakak ambik yg elok je la, yg tak elok buang begitu sahaja. Eheee.. Ke ada yg geli bila sebut ulat dalam buah😆.


Asam Rebus Batang Keladi
Bahan:
Batang keladi
Cili kering
Bawang merah
Kunyit hidup @ serbuk
Ikan bilis
Sedikit belacan
Daun kesum
Asam jawa
Gula
Garam

Cara:
Buang atau siatkan kulit nipis keladi.
Potong pendek. Celur seketika untuk hilangkan getah.Toskan (tak nak celur pun tak apa)

Rebus cili kering terlebih dahulu.

Kisarkan bawang merah, cili kering,  ikan bilis,  belacan dan kunyit hidup.

Sediakan air secukupnya dalam periuk. Masukkan bahan yg dikisar tadi. Setelah air mendidih masukkan batang keladi.Biarkan sehingga barang keladi agak lembut.

Bancuhkan sedikit asam jawa. Satukan ke dalam peiuk. Satukan rasa bersama sedikit gula dan garam secukupnya.
Siap dan hidangkan😉

Khamis, 23 November 2017

Apam Pisang



Assalamualaikum

Hai hai teman2 setia Damai Qalbu..kak doakan semuanya dalam kesihatan yang baik dan mood yang ceria selalu..Kala moody, makan makan dan terus makan.Dhumokss la kalau cenggitu..
Haipp..hehee

Kali ni kak nak bg korang terliur dengan apam pisang ni...terliurr kee? haahaa..apapun terima kasih kepada sudi yang singgah sini.Terliur ke tidak, terserah yang sudi tatap pic2 apam ni ye.

Tapi nak kabo terus terang, tak nak simpan dalam hati.Nanti BERNANAH bahaya😝.kikii.
Apam yang kak buat ni memang lembut sesangat extra gebus.Kena cuba kalau nak tahu juga..Kalau tak, manakan dapat buat laporan lembut ke idak, gebus ke idak.

So cepat2 beli pisang ye.Resepi leh roger kat bawah tu.Kak guna blender je.Lajuss je  dan terus leh kukus dan boleh terus makan.Panas2 memang sedap tak ingat..
Apam Pisang

Bahan:
10 sisir pisang (saya guna pisang abu saiz kecil)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1/2 sk garam
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder double action*
1 sk soda bikarbonat* (*ayak bersama)

Cara:
Panas dan didihkan air dalam kukusan.

Pisang, telur, gula, minyak dan garam dikisar menggunakan blender.

Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ayak bersama.

Satukan bahan kisar dan bahan kering yang telah di ayak.Gaul sebati.

Panaskan acuan sebentar.Sapu dengan minyak masak.

Masukkan 1/2 adunan ke dalam acuan.Kukus selama 15 minit.Angkat.
Ulang sehingga habis.




Rabu, 15 November 2017

DONUT (tanpa perap lama)



Assalamualaikum


Teruja betul bila baca tajuk ni kan.Yerla..sebolehnya sebagai kaum ibu kalau boleh semua nak jimatkan masa sekalipun dalam hal masak-memasak.Semua nak dibereskan dengan cepat, kan..

Dek tercalit rasa nak cuba, kak terus cuba resepi yang ada.Alhamdulillah menjadi.Makannya pula masa tengah suam2 selepas digoreng, sedapnye yakmat.Mengalahkan anak2 makan juga sesekali..heheee.




Donut ni punyalah lama kak buat.Baru sekarang nak interframe.hahaaa.Ni tgh semangat nak berblogging semula, on je la.Nanti kalau dah M datang, bersawang lagi tebal blog kesayangan ni.huhuu.

DONUT Tanpa Perap
Resepi:Mashitah Karim

Bahan
15gm tepung gandum
1 peket yis/mauripan
1 1/2 cawan air suam
4 sb gula pasir
4sb marjerin/ shortening/ planta
2 sk bread improver

Cara
Rendam yis dengan air suam dan gula.Biarkan berbuih 5-10 minit.

Campur bahan-bahan lain dalam bekas besar.Gaul sebati.Masukkan air yis tadi.Uli hingga jadi doh 5-10 minit.

Bentukkan donut.Panaskan minyak dan goreng.Kalau nak perap pun boleh dalam masa lebih kurang 5 minit.

p/s;pemilik asal resepi tidak perap doh donut ni, tapi kak perap juga sekejap seperti yg disarankan diakhir penerangan.

APAM PISANG TANPA TELUR




Assalamualaikum semua..

Chakkk cilubb bhaa..kak R menjelma lagi kat sini..heheee.Pic apam pisang ni dah lama kak update dalam ni sebenarnya.Tapi aisshhh, berat betul jari jemari nak menaip barisan perkataan.ni la kisahnya bila tangguh-tangguh, lama2 kuar M nya.

Apam pisang ni selamat ku try dan ku jamah.Suka cuba mana2 resepi yang belum pernah di cuba.Kali ni try resepi apam pisang tak guna telur dari Kak Amie, cikgu yang rajin masak2 kat dapur..kan kan Kak Amie.Terima kasih untuk resepi yang telah disumbangkan.Moga jadi amal jariyah mu.


APAM PISANG TANPA TELUR

Bahan:
1 cawan pisang lemak manis, lecek halus
(saya guna pisang tanduk)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
2 biji pisang lemak manis, potong nipis utk hiasan



Cara:
Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat 
.
Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastordan secubit garam.

Masukkan minyak jagung dan gaul rata.

Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan.Bubuh setengan acuan.

Jika suka bubuh hirisan pisang sebagai hiasan.

Kukus selama 15 minit.Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sikit iaitu lebih kurang 1/2 jam.








Selasa, 12 September 2017

IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA



Assalamualaikum.

Dapat cencaru fresh hari ni.Sambar terus.Dalam kepala memang antara dua je, sama ada nak buat ikan sumbat kelapa ataupun sumbat sambal.

Tapi dah imagine kat kepala sumbatan kelapa tu macam enak je sebab dah lama tak buat, makanya start motor pergi kedai sekali lagi.Sanggup je kan 2 kali gi kedai..ahaakk.Camtu la kalau selera dah mula membara.


IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Bahan
6 ekor ikan cencaru
1 kelapa parut
1 biji bawang besar, kisar
1 ulas bawang putih, kisar
1 inci kunyit hidup,kisar
3 tangkai cili kering, (boleh tambah jika mahu) rendam air panas
Sedikit belacan (jika mahu)
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Sedikit asam jawa, ambil patinya


Penyediaan
Bersihkan ikan.Hiris bahagian belakang badannya.

Kisarkan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili kering.

Gaulkan bersama kelapa parut.Campurkan sekali gula, garam dan air asam.Sebatikan.

Sumbatkan ikan dengan bahan kelapa tadi.

Panaskan minyak sekadarnya.Goreng dan toskan.Nak panggang pun boleh.

Jangan lupa buat sambalnya, sambal belacan ke.Tapi saya buat cicahan air asam je..



Ahad, 10 September 2017

LAKSA BERAS HOMEMADE




Assalamualaikum.

Hai..haiii..tuan tanah kembali menjelma.Kes rindu sangat kat sini.Teringat-ingat musim cinta berblogging berputik ranum.HAMPIR SETIAP HARI menyiapkan teks resepi untuk diudarakan.Tapi kini bukan suam2 kuku lagi dah..Sepi sesepinya.Maafkan daku.
Muahhhahaa..

Permulaan dari sekian lama menyepi, nahh ni kak R selitkan resepi cobaan buat laksa homemade.Mudah je rupanya nak buat.Antara rajin dengan takje..hurmm hurmm.

Menjadi dengan jayanya.Cuma kak R adun dengan TRIO.Untuk adunan yang penghujung tu kak R guna juga acuan maruku juga sebab lebihan sisa tepung Trio tak nak proses sampai licin..kikii.Terpaksa guna manual.TEKAN MENEKAN JUGALAH.sakit tangan sikit je..haaahaa..

'terima kasih empunya resepi'
Selamat mencuba

SUMBER OLAHAN:MAMAMIA
SUMBER ASAL ASAL:TAHRUNNISAH JALI


BAHAN:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
1 1/2 cawan air panas yang mendidih


taraaa..dah siap menu laksa versi peribadi..campak2 je tu

Cara adun laksa:
Sediakan periuk berisi air untuk merebus laksa hingga mendidih.

UIikan tepung2 dan garam kedalam bekas.Curahkan air panas mendidih sedikit demi sedikit menggunakan senduk.Jangan guna tangan.(panas).Dah suam baru uli dengan tangan.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagia. dan dikepal bentuk memanjang untuk memudahkan masuk dalam acuan.

Masukkan dalam acuan maruku dan tekan dalam periuk air mendidih tadi.Masa ni jangan kacau laksa tu, takut terputus.

Biarkan sebentar baru kacau perlahan2 dalam 3/4 minit.(bergantung keadaan juga.pandai2 adjustlah ye).Selepas tu pindahkan segera ke dalam bekas air sejuk selama 1 minit.Kemudian alirkan air ke atas laksa tersebut untuk buang kanjinya.Toskan.