Jumaat, 8 Mac 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food & UDANG MAYO ku...



Assalamualaikum..

Salam di pagi jumaat bagi penghulu segala hari..
Tetiba rasa nak join GA Tun Telani kita ni.Bertuah ke idak kedua punya cerita kan dek Tun...Sesiapa yang nak meriahkan GA Tun ni bolehlah jenguk link atas tu ye..Lagi ramai lagi lagi gamat..he he..

Syarat2 yang Tun senaraikan pun takde susah manapun..Sebab hari2 kita makan kan..Cuma pilih satu sajian yang jadi paberet tegar kita..hi hi..Cuba kita belek syarat2 kat bawah tu:

Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

2 hadiah berikut menanti pemenang    (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)

Buku resepi yg sgt awesome dgn gambar yg sgt cantik! 
                                                  Cupcakes, Cookies, and Coffee Cakes

Blissful Brownies

Tun, untuk penyertaan ni akak pilih sajian Udang Mayo yang menjadi peberet akak, malahan kami anak beranak.Walaupun kami tak selalu membeli udang, tetapi bila ada stock udang, masakan simple dan sedap inilah yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.Apa yang menjadikannya sedap tu ye gaknye ye???Ada sape nak teka???

Series...mayonis tu lah yang menjadikan kuah udang ni enak dan berlemak..Berlemak tu!!!Hati2!!!..hehe..gurau je erk.Tapi jangan risaulah, kita bukan ambil hidangan mayonis ni setiap hari kan..Yang penting stock mayo dalam peti ais mesti ada..Lagi banyak mayo yang kita bubuh, laaaagilah enak rasa udang ni.Makan hingga menjilat2 kulit udang..Sesungguhnya!!

Untuk resepinya bolehlah lintas langsung di bawah tu ye, sebab belum pernah dibuat N3 sebagai rujukan.Manalah tahu ada yang teringin nak mencuba.InsyaAllah tak menghampakan.
UDANG MAYO
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
600gm udang
1 labu bawang besar holland/merah | hiris
4 ulas bawang putih | cincang halus
2 tangkai cili hijau | hiris
2 inci halia | hiris halus memanjang
2 sudu besar mayonis
Sedikitserbuk kunyit (sedikit je tau)
Sedikit air (Sedikit je ye)
Garam 
Gula
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan:
1.Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang.Cuci dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
3.Masukkan serbuk kunyit bersama udang.Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
4.Tuang sedikit air (sikit je), masukkan mayonis dan gaul rata.
5.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Matikan api dan hidangkan.

Nota:Udang tidak perlu dimasak terlalu lama.

~Mudahkan!!! SELAMAT MENCUBA~


____JOM SERTAI GA Tun____

Khamis, 7 Mac 2013

KEK COKLAT SACHER


Assalamualaikum..
Muncul pula N3 di petang hari yang mendung ketika ini...Semuanya dengan keizinan-Nya.Petang ni N3 menyajikan sejenis hidangan kek berat iaitu Kek Coklat Sacher.Macam biasa, pembikinanya telah berlalu 2 minggu yang lepas..ahaaa..

Kek ni sedap, tapi sedia maklumlah kek berat ni isipadunya agak padat.Kesedapannya adalah berasas dari kandungan coklat masakan yang terdapat di dalamnya.Macam biasa juga, saya buat 1/2 adunan dari sukatan asal seperti di bawah tu.Takut tak habis, kalau habis pun Si Pembaking yang habiskan...kes kumpul lemak jawabnya..hehee..

Untuk topping kek ni pun saya suka, cuma masa saya sukat untuk toppingnya ada kesilapan sukatan rupanya..terlebih susu sejat!! cair sikit jadinya, tapi tak apa, dah selamat dihabiskan..Macam biasa, model kecik ni menawarkan diri untuk buat pose ikut citarasanya..Dialah yang suka mengacau Umminya ketika mememokan foto masakan..
~Selamat mencuba~

KEK COKLAT SACHER
Resepi:Noraini Zakaria (BUKU KOMPILASI HIDANGAN KEK)

Bahan (A):
200gm mentega
200gm tepung kek
180gm coklat masakan 
100gm gula kastor (saya kurangkan)
7 biji kuning telur gred A

Bahan (B):
7 biji putih telur gredA
100gm gula kastor (saya kurangkan)

Bahan Ganache Coklat:
250gm coklat masakan 
100gm susu sejat

Cara membuat:
1.Bahan (A):Cairkan coklat masakan dengan cara double boiler.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula kastor hingga berkrim.Masukkan kuning telur dan putar lagi hingga sebati.
3.Kemudian masukkan coklat cair yang masih suam itu dan putar lagi hingga sebati.
4.Bahan (B):Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dan gula kastor hingga gebu dan kental.
5.Tuangkan adunan putih telur ke dalam adunan coklat tadi.Kemudian masukkan tepung kek sedikit-sedikit sambil dikaup balikkan hingga rata.
6.Griskan acuan bulat berukuran 8 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Tuangkan adunan dan ratakan permukaannya.Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1 jam.
7.Setelah sejuk, tuangkan ganache coklat di atasnya.Hiaskan.
8.Ganache coklat:Panaskan susu hingga mendidih dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat.Gaulkan hingga cair.Biarkan ia pekat sedikit baru tuang atas kek.

AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK

Assalamualaikum..
Salam pagi khamis yang nyaman..Mungkin akan panas terik menjelang tengahari seperti hari2 sebelumnya..Semoga dipermudahkan urusan seharian kita insyaAllah.

Seperti biasa, hidangan lauk yang dah habis lama akibat kesesakan laluan N3..ekehkeh..Tak apalah, asalkan dapat dikongsi di sini walaupun mengalami jem yang lama kan..
Enak sekali Ayam Masak Gulai Tempoyak ni.Rasa berselera sekali semasa menjamahnya, lebih2 lagi my hubby.Siap dibelikan ayam lagi selepas tu supaya dimasak menu yang sama.Tapi entah macammana ayam yang dibeli selepas tu saya buat masak kicap..lain kali jawabnya.O.k lah, bolehlah lintas langsung resepinya di bawah tu.
AYAM MASAK GULAI TEMPOYAK
Resepi:majalah RASA

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam kampung muda | potong lima (saya  guna ayam biasa)
15 biji cili padi | kisar (saya kurangkan)
2 biji bawang merah | kisar
2 1/2 cm kunyit hidup | kisar
3 batang serai | ketuk
3 sudu makan tempoyak
Garam kasar secukup rasa
2 tangkai daun kesum
750ml air

Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama tempoyak.
2.Selepas itu masukkan air dan serai.Gaul sehingga rata di atas api sederhana sehingga mendidih.
3.Masukkan ayam, daun kesum dan garam secukup rasa.
4.Masak sehingga mendidih dan pekat.Angkat dan sedia dihidangkan.

Selasa, 5 Mac 2013

APAM BERAS


Assalamualaikum..
Selamat malam dan beristirehat.
Lama sudah saya tidak mengapam..Tapi bila tengah gian nak mengapam je, boleh katakan hampir setiap bulan mesti  buat apam, lagipun hubby memang suka kuih muih macam ni.

Bercerita tentang apam beras ni, memang dan berulang2 kali membuatnya, tapi versi yang tak ada serbuk ENO.Hari tu nampak kak Hazila buat apam ni, terbaca diapunya resepi yang menggunakan ENO, teringin pulaklah nak buat juga, sebab nampak apamnya mekar2 tersenyum riang..kata kak Hazila, bikin stress je kalau apam yang dibuat tak senyum/merekah..Ingatkan saya sorang je yang rasa macam tu kak..heheeee..


Sebelum2 ni biasanya ikut resepi ni je.Asal ada nasi yang lebih2 je akan diolah buat apam beras ni.Cuma yang tak ada ENO ni sedia maklum tak tersenyum girang...tapi still sedap, rasa tetap sama dan tak ada beza.Jadinya TQ kepada kak Hazila, sebab menemukan saya kepada resepi apam beras yang merekah..

APAM BERAS
Sumber:Hazila

Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (saya kurangkan)
1 3/4 cawan air
1 sudu kecil yis segera
1 paket kecil ENO
Acuan 
Sedikit minyak masak (untuk sapu di acuan)

Cara:
1.Kisar nasi dengan air hingga halus.Kemudian masukkan tepung beras, yis dan gula.Kisar hingga sebati.
2.Perap adunan lebih kurang 3-4 jam.Kemudian masukkan serbuk ENO dan kacau perlahan-lahan hingga sebati dan biarkan seketika.
3.Panaskan kukusan dengan api besar.Tutup tudung periuk dengan tuala dapur.
4.Sapukan sedikit minyak masak dalam acuan apam supaya senang untuk keluarkan apam nanti.
5.Tuang adunan apam ke dalam acuan 3/4 penuh.Letakkan di dalam periuk pengukus.
6.Setkan masa selama 15 minit, jangan buka penutup periuk sebelum 15 minit habis.
7.Selepas 15 minit, buka penutup pengukus, keluarkan apam dan biarkan ia sejuk sebentar sebelum keluarkan dari acuan.
8.Apam beras sedap dimakan bersama kelapa parut yang dikukus sebentar dan perasakan dengan garam halus.

Isnin, 4 Mac 2013

SPAGHETTI BOLOGNESE


Assalamualaikum..
Teriknya cuaca hari ini, apapun alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri, mudah-mudahan tidak membawa  mudharat buat kita.Amin.
Lama sudah tak masak spaghetti, last dapat makan sebelum ni ialah pada raya puasa tahun lepas.Itupun makan time open house di rumah rakan.Bila nak masak spaghetti ni biasanya berkira2, sebab saya seorang je yang terlebih suka.

2 minggu lepas teringin sangat nak makan bende ni walaupun dalam kotak fikiran berkira2, sama ada nak buat untuk saiz hidangan saya seorang atau satu keluarga..Tetapi dalam hati ni berkeras juga nak masak untuk saiz hidangan satu family, kiranya; 'makan atau tak nak makan..terpaksalah mereka jamah juga..'.gagah saya masak juga untuk hidangan sefamily..Tunggu je lah respon hubby & anak2 yang sememangnya kurang gemar makan spaghetti ni..

Saya hanya perhatikan.Hairan juga petang tu bila anak sulung saya menjamah tanpa bicara "tak suka" seperti sebelum2 ni bila saya masak spaghetti.Makin menambah, laagi ada!..Selepas menyaksikan perlakuannya baru saya meluahkan rasa hairan dan sedikit teruja.."Aikk!!, bukan main lagi menambah pulak?.Kata, tak suka!!.Itulah teguran cepu emas saya.Dia tersenyum sambil berkata, "sedap pulak"..
Rupanya situasi yang sama juga berlaku pada en. hubby yang menjamah spaghetti pada malamnya pula..'Makan menambah'!!..
Alhamdulillah...maknanya lepas ni bolehlah saya masak spaghetti kerap kali...
Maybe penangan resepi kuah Amir Said yang menepati citarasa mereka..Wahhh..tq untuk resepi ni Amir Said..Bikin hati ni jadi senang riang bila insan2 tersayang dah boleh terima dengan resepi Mat Saleh ni..heheee..

SPAGHETTI BOLOGNESE
Resepi:Amir Said

Bahan-bahan: (5-6 orang)
1 paket spagetti 
500gm daging cincang
250gm tomato puri
250gm sos tomato
6 ulas bawang merah | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2 biji tomato | hiris nipis (saya potong dadu)
1/2 biji lobak merah | potong dadu
3-4 biji cendawan butang | potong dadu
1 cawan air (saya tambah)
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1.Untuk spaghetti, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam.Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
2.Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
3.Kemudian masukkan daging cincang.Goreng hingga warna daging keperangan.
4.Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang.Goreng sehingga sayur lembut.
5.Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
6.Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
7.Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
8.Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
9.Siap untuk dihidangkan.


Sabtu, 2 Mac 2013

TALAM KELADI BERLAUK

Assalamualaikum..
Jumpa lagi petang ni alhamdulillah.Sebelum itu ingin saya mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat & Koperal Sabarudin Daud yang telah terkorban dalam misi  keselamatan di Lahad Datu, Sabah.Semoga ahli keluarga mereka tenang menerima musibah ini, dan didoakan semoga roh mereka tenang di sana.Al Fatehah..


Terus kepada tajuk N3 hari ni, alhamdulillah dapat membuat seloyang talam keladi berlauk yang diidam2kan tempohari.Resepi ini saya ambil di blog kak Zailina Nordin, tq kak, sedap talam ni sebab ada udang fresh di dalamnya.Untuk sosnya tu saya buat yang Sos Cili sahaja.Bolehlah dicuba talam ni jika teringin ya...Salam jumpa lagi.

TALAM KELADI BERLAUK

Bahan-bahan:
200gm keladi
175gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
Garam secukup rasa

Bahan lauk:
2 sudu besar minyak masak
200gm udang | dikupas, cincang
10gm udang kering | direndam, tumbuk
4 ulas bawang merah | jadikan bawang goreng
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang | hiris
2 tangkai cili merah
Garam secukup rasa

Cara:
1.Untuk lauk:Panaskan minyak.Goreng udang sehingga berubah warnanya.
2.Masukkan udang goreng, kacau sehingga harum.Angkat.
3.Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili dan garam.
4.Sementara itu, kukus keladi sehingga empuk.Ketepikan.
5.Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
6.Kacau atas api perlahan sehingga naik wap.Angkat dan campurkan dengan keladi dan separuh bahan lauk.
7.Tuangkan dalam loyang 25cm yang dilenser minyak.
8.Kukus sehingga 3/4 masak.Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
9.Kukus lagi selam 25minit atau sehingga masak.Biar sejuk sebelum dipotong.

 Bahan Sos Cili:
4 biji cili merah
1 sudu besar pes cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula
2 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar sos Hoisin (tak letak)
1/2 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh tepung jagung* | satukan bhn(*)
80ml air*
Garam secukup rasa

Cara:
Kisar semua bahan.Reneh atas api sambil  dikacau sehingga pekat.

Bahan Sos Kicap:
2 sudu besar taucu
250ml air
50gm gula pasir
4 sudu teh tepung jagung*
60ml air*
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat

Cara:
Kisar taucu dan air sehingga hancur.Campurkan dengan bahan lain.Kacau atas api perlahan sehingga pekat.











Jumaat, 1 Mac 2013

CENCARU PANGGANG SUMBAT SAMBAL


Assalamualikum..
Salam semua..
Enaknya kalau dapat makan ikan yang dipanggang kan...Kalau terasa jemu dengan ikan/lauk yang dimasak secara berkuah, bolehlah tukar selera dengan  memanggangnya sahaja.Simple dan mudah je kan..Tapi pastikan kita tidak memanggang terlalu lama sehingga menghasilkan karbon yang tidak sihat untuk kesihatan kita.


Sedia maklum ikan cencaru memang sesuai dipanggang..kalau nak sedap lagi bolehlah buatkan cicah air asam atau sambal kicapnya.Bagi saya tak ada sambal cicah pun dah ok juga, sebab kita dah sumbatkannya dengan sambal diperut ikan tadi kan..Untuk rujukan resepi simple saya tu bolehlah rujuk di bawah ye..yang penting ia mudah dan cepat untuk sediakan..
CENCARU PANGGANG SUMBAT SAMBAL
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
4 ekor ikan cencaru
Garam
Kunyit
**Daun pisang secukupnya/kertas aluminium  foil untuk membalut

Bahan tumbuk:
1 labu bawang besar* | cincang, tumbuk
2 tangkai cili besar* | tumbuk
1 batang serai* | hiris halus, tumbuk
Sedikit belacan* | tumbuk
Sedikit asam jawa
Garam 
Gula

Bahan-bahan:
1.Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit.Ketepikan.
2.Tumbuk bahan bertanda (*).Gaulkan bersama asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3.Ambil ikan dan sumbatkan dengan bahan tumbuk tadi secukupnya.
4.Bungkus dengan daun pisang/aluminium foil.
5.Letakkan di atas kuali/jaring pemanggang dan panggang sehingga ikan masak.
6.Sedia untuk dihidang.