Sabtu, 5 Mei 2012

SOTONG BERKUAH TELUR




Salam mahabbah..
Resepi ni memang selalu saya buat..yang paling suka ialah anak2 saya,kalau boleh nak ratah macam tu je..Lagi enak kalau kuahnya tidak terlalu banyak, tapi kalau kering sangat rasa cam tak best pulakkan...Sedang2 je lah senang cerita.Resepinya pun "senang cerita" gak.



SOTONG BERKUAH TELUR
resepi oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
600gm sotong | potong kecil
2 biji telur
1 labu bawang besar/holland | hiris
5 biji bawang merah | tumbuk
4 ulas bawang putih | tumbuk
4 tangkai cili besar | tumbuk  (2 lagi boleh buat hiasan jika mahu)
2cm halia | hiris halus memanjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 tankai serai| titik
1/2 -1 cawan air 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bawang besar halia dan serai, biarkan seketika.
2.Masukkan pula bahan yang ditumbuk sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan serbuk kunyit dan sedikit gula.Kacau rata.
3.Masukkan air dan biarkan mendidih.Kemudian barulah masukkan sotong.Kacau rata dan tutup kuali dalam masa 2-3 minit sahaja.(jangan masak sotong terlalu lama kerana ia akan liat)
4.Masukkan garam, sebatikan dan kacau rata.Kemudian pecahkan telur.Kacau sebentar/ sekadarnya.
5.Taburkan lebihan hirisan bawang besar/cili merah.Tutup api.




6 ulasan :

zila norazila berkata...

salam rohah
sedap tue..akk biasanya msk sambal atau goreng tepung jer..bole cuba nnt..:)

Chik Mimi berkata...

sedapnya rohah ,sotong masak gini mesti lakukan

dapurmerahibu berkata...

mesti sedap ni rohah,ala2 kuah mee bandung rasanye la..main agak je ni.

Unknown berkata...

Belum pernah masak sotong dgn telor, boleh cuba ni....

Norzie hany berkata...

Salam Rohah.
Waduh2...Nampak sungguh menyelerakan.Bolehlah cuba resepi ni nanti.

Unknown berkata...

Mesti cuba ni...try dlu