Salam..
Kembali bersiaran..
Ni lah dia... sayur untuk hidangan makan tengahari siang tadi.Saya berikan kelainan sikit untuk perencahnya, iaitu dengan memasukkan bawang goreng readymade ke dalam tumisan ini.Bersatu pulak ngan udang geragau, memang sedap sangat dia punya aroma dan rasa.Bonda saya memang suka menggunakan udang kering berbanding bilis dalam masakannya, dia kata mesti ada kelainan rasa pada hasilnya.Memang terbukti, saya juga brfikiran yang sama macam ibunda saya tu..Tapi saya takde lah selalu guna udang kering, nanti jemulah pulak asyik guna perencah yang sama kan..Sesekali pakai juga ikan bilis.
Resepi ni simple, tapi cukup menambat hati saya, jomlah cuba...
TUMIS KACANG PANJANG BERPERENCAH BAWANG GORENG
resepi: rohaisha
Bahan-bahan:
8 tangkai kacang panjang | potong pendek
3 biji cendawan butang | hiris
1 labu bawang Holland | hiris & sebahagiannya di tabur kemudian
2 ulas bawang putih | diketuk
3 sudu besar bawang goreng (optional)
10 gm udang geragau
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap soya cair
2 tangkai cili merah | hiris
1 sudu makan tepung jagung | dibancuh bersama air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula sesedap rasa
Minyak untuk menumis
Taburan:
Daun bawang
Cara menyediakan:
1.Tumiskan separuh hirisan bawang Holland dan bawang putih hingga naik bau.
2.Masukkan udang kering bersama bawang goreng dan hirisan cili merah.Kacau rata.Seterusnya masukkan pula sos tiram, kicap cair.Sebatikan.
3.Masukkan kacang panjang dan cendawan.Kacau rata bersama gula.Tutup kuali dengan tudung periuk untuk mengempukkan kacang sekadarnya.Setelah itu barulah di masukkan bancuhan tepung jagung.Ketika ini bolehlah diperisakan dengan garam secukup rasa dan taburkan lebihan bawang holland tadi.Tutup kuali sekali lagi agar kacang panjang dan cendawan masak.
4.Apabila kacang kelihatan masak secukupnya, barulah matikan api.
5.Hidangkan bersama taburan daun bawang.
5.Hidangkan bersama taburan daun bawang.
9 ulasan :
Assalamualaikum Rohah,
berselera sekali nampak lauk kacang panjang campur cendawan tu...
Selamat pagi Rohah...suka sgt kcg panjang patah2 gitu, krap krup mkn kan?
Esok nak cari kacang la, stok sayur dah habis ni.
waalaikumussalm kak Amie,
makan ngan nasi panas mmg menyengat kak.sy suka nguyah2 cndawan yang lembut2 kenyal tu.
Pagi selamat Zana,
saya pun suka yg sparuh masak, rangup je bila kita gigit..
Salam Berzirah..nampak sedap juga tumis-tumis macam gini...pekena ngan nasi panas memang ngam...
Sore kak Rohah.. hubby suka sekali makan kacang panjang, tapi biasanya melly buat yg di campur dgn ikan bilis dan telur.. hmm lain kali coba resep yg ini.. ;)
KAK AMIE,
Memang kak, sayalah tu,suka sangatlah kak.Time makan ni tak toleh kiri kanan..khusyuk jerr..keh3
KAK ZANA,
Masak jgn layu2 kan kak..terasa kerangupannya..
SUE NENIE,
Tq berkunjung ke dapur saya...tumisan yang simple , tp mmg kena dgn selera saya, betul kata Sue tu..
MELLY,
Saya mmg selalu buat menu tumisan kacang yg mcm Melly cakap tu, kali ni saya nak cari kelainan sikit.
Catat Ulasan