Ahad, 29 April 2012

TELUR ANAK MENANTU



Salam manis..
Sesekali tukar menu pulak eih...Hidangan lauk yang sempat saya cuba, mudah & sesimple yang mungkin untuk masakan telur ni, iaitu  resepi ori dari Siam yang telah saya dapatkannya dari sebuah majalah yang saya sebutkan di atas.Unik namanya tu, para menantu harus cuba resepi ni, mesti mak mertua sayang..hi hi..
Resepinya kat bawah tu..



TELUR ANAK MENANTU
Resepi:Resepi Ori Dari Thai (Buku MAKANAN SIAM)

Bahan-bahan:
8 biji telur
2 sudu makan minyak masak

Perasa: (saya gandakan kuantiti untuk kuah)
2 sudu gula merah
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan jus asam jawa

Hiasan:
1/ cawan daun ketumbar|dicincang (saya guna daun sup)

Cara-cara:
1.Masukkan telur-telur itu ke dalam air sejuk.Didihkan air dan rebus selama 7 minit.Keringkan telur dan kupas kulitnya.
2.Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan telur ke dalamnya dan biarkan api dalam keadaan sederhana.Apabila warna telur berubah menjadi keemasan, asingkan telur dari kuali.


5 ulasan :

dapurCikWan berkata...

Salam.. unik betul nama dia kan,,aritu CW ada tengok CMG buat.. =)

quinnie berkata...

sempoinya resepi ni rohah..dah tu kuahnya tak dimasak ke? curah gitu je ye? senang betul la...boleh cuba ni...:)

Norzie hany berkata...

Patut la tak pernah dengar nama resepi ni... rupanya masakan siam.nampak mcm sedap aje.

zila norazila berkata...

he hee namanya pelik..sapa yg dah boleh masak nie..jadi ler menantu ksayangan..:)

Nina Mirza berkata...

Wahh .... unik dan simple!
harus cuba nie~~ ;)