Isnin, 16 April 2012

MUFIN KAPUCINO WALNUT



Santai-santai di malam yang tenang.Santai sambil menguyah mufin..Lembut dikunyah, sesekali terasa crunchy bila tergigit walnut yang ada kat dalamnya.Ni lah dia mufinnya, sebab nk habiskan stock pes cappucino yang akan habis tempoh hayatnya tak lama lagi..Jangan sampai dibuang begitu saje, membazir tauu..Lagipun memang dah lama tak buat mufin, anak2 memang suke makan mufin, emaknye pun tak kurang juge..ehehee.Terubat sudah rinduku pada mufin.Hmmm..Penat juga nak ngomel banyak2 kan..kita lihat je lah resepinya.


MUFIN KAPUCINO WALNUT
resepi:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum* |ayak
1 sudu kecil baking powder* | ayak
½ sudu kecil soda bikarbonat* |ayak
½ sudu kecil garam* | ayak (* ayak bersama)
½ cawan gula halus
50 gm walnut | dipanggang & dicincang/sebahagiannya utk taburan
1 biji telur
1 cawan yogurt cappuccino/plain (saiz cup yogurt@135gm)
½ cawan minyak masak/jagung
½ cawan susu segar
3 sudu kecil paste cappucino
½ cawan coklat  chip

Taburan:
Walnut
Coklat chip

Cara menyediakan:
1.Bahan kering (A):satukan bahan-bahan ayak seperti tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam bersama gula, kacang walnut (cincang) dan coklat chip.Gaul rata.
2.Bahan basah (B):Dalam bekas yang lain, satukan telur, yogurt, minyak masak, susu segar dan paste cappuccino.Kacau rata.
3.Campurkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit sambil digaul rata.Gaul sekadarnya dan tidak perlu terlalu lama.
4.Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin dengan sukatan ¾ dari  saiz cup muffin.Taburkan sebahagian kacang walnut tadi dan sedikit coklat chip di permukaan muffin.
5.Panaskan suhu oven sebanyak 180 darjah celcius selama 10 minit.Kemudian bakar muffin selama 20-25 minit atau sehingga masak.

13 ulasan :

Unknown berkata...

wow sedap nya Rohah,kak Noor suka snagat muffin yg macam ni ada kekacang,tolong lontarkan sebiji dua lapo lah pulak ni...

Amie berkata...

Selamat malam Rohah,
puas hati rasanya kalau dapat buat muffin yang gebu .... sedapnya!

zila norazila berkata...

salam rohah
kita org pertama nie..ada lg x?..wat akk kecurr jew..h ehhee

Rohah berkata...

Hehe Kak Nor, nti kalu lontar2 pening nak makan, kita pos elok2 je lah ye..Walnut tu mmg kruncy..tp kena kat anak sy yang kecik, dikopek2nya tak mauu..

Rohah berkata...

Sedap kak Amie..jomlah buat muffin..

Rohah berkata...

waalaikumussalam kak Zila,
ada 4 cup lg nie,, cepat, cepat..cukup ke tak?

Si Matatajam berkata...

Emmmm... Sedapnya. Kalau mkn lg sedap....

Rohah berkata...

betul tu, jomlah buat muffin ni Si Matatajam..

CT Delima berkata...

As'alam Rohah

nampak gebu naik muffin tu, lama juga tak memuffin ni. kalau buat pun tak nak banyak2 sebab anak2 kurang dah nak makan muffin dan kek ni. Tu yang lama dahhhh tak buat :)

izahdaut berkata...

comelnya muffinnn... naik pun lawaa la.. suke tengok kejadian muffin lawa2 cam ni. :-)

Rohah berkata...

waalaikumussalam kak CT,
Tu lah kan kak CT, kalau anak2 tak brapa nk makan kekadang kita pun bebelah bagi nak buat ke tak.mmg kena limitkan kuantitinya kalau cam tu.Anak sy pun tak berapa nk makan kek, tu yg jarang buat.Tapi kalau muffin ni diorang mmg suka..

Rohah berkata...

tq Izah,alhamdulillah naik elok.akak suka pkai cup yg kecik cam ni..sedang2 nak habiskan..

quinnie berkata...

wahhh ..gemoknya muffin..geram tengok..elok jadiknya....:)