Isnin, 21 November 2011

CHOCHOLATE CHIPS MUFFIN

Salam semua...Kali ni saya nak bawakan resepi muffin yang enak.Sumber resepinya adalah dari Noreen UK.Namun saya dapat sumbernya dari halaman dapur Mat Gebu.Budak2 memang suka bab perisa2 coklat nie..Memang berbaloilah...Sebelum tu kita tatap dulu rupa muffinnya~~..
Sememangnya muffin yang mewah dengan coklat chip ternyata menambahkan rasa lazat~~ itu dari sudut lidah saya..Kalau kanak-kanak memang dah tentulahkan..So, apalagi nak diceritakan jauh2 dengan resepi yang sememannya enak ni.Kita lengkapkan dengan sukatan2 bahannnya je di sini..ehehe..Saya c&p je sumber resepi ni dari memo Mat Gebu..Izinkanlah ye cik Mat Gebu.Semoga dilapangkan segala urusan..

Resepi:Noreen UK
Sumber:Mat Gebu

Bahan Disatukan Dan Diayak:-
250g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-
250 ml susu
90 ml minyak sayur/jagung (sy guna minyak masak biasa)
1 biji telur gred A (sy pakai gred B)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Lain:
175 g gula halus
150 g chocolate chips (sy guna 100gm shj)

Hiasan:-
50 g chocolate chips (sy guna coklat chips belang putih *ini je yg ada)

Cara membuatnya:-
1.    Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra.
2.    Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
3.    Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga.

Tiada ulasan :