Selasa, 29 November 2011

MARBLE CHOCHOLATE CHEESE CAKE


Tq kak Yatie, bertuah sangat jumpa resepi kek ni.Memang enak rasanya, lembab2 camtu..bole cuba lagi lain kali, sebab marble saya tak secantik macam kak Yatie buat..

MARBLE CHOCHOLATE CHEESE CAKE
Sumber resepi:Yatie

Bahan A:
250 gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cawan serbuk koko *
1 1/2 cawan tepung halus *{sy guna tepung gandum}
2 sudu kecil baking powder * {bahan * diayak bersama}
1 sudu kecil pewarna coklat / coklat emulco
1/4 cawan susu cair

Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A

Cara-Cara:
1-Panaskan oven pada suhu 160 drjh C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2-Putar mentega dan gula hingga putih.
3-Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
4-Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengn susu cair hingga habis.
5-Gaul rata dengan spatula.Ketepikan.
6-Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
7-Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
8-Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
9-Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
10-Tuangkan baki adunan coklat (akhir) dan ratakan.
11-Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
12-Cucuk dengn lidi  untuk test sama ada kek sudah masak atau belum.Jika keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Kek ni saya buat untuk majlis hari raya bersama keluarga belah suami hari tu.Memang berbaloi diapunya rasa, tapi jangan pandang saya punya marble kat kek tu yea..tak berapa cantik..Apapun, sedap!!! ehheehe...Biasenya bila buat kek, tak semua jenis kek boleh mendapat tempat di sudut rasa cik abang saya ni.Tapi dia kata kek ni lembut & sedap.Sekejap je habis... 

Tiada ulasan :