Selasa, 29 November 2011

IKAN CENCARU PERCIK



IKAN CENCARU PERCIK
Resepi: Majalah RASA

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru
200gm santan pekat
100 gm cili kisar (sy guna 4 batang  cili merah)
2 biji bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih- kisar
5 cm halia- kisar
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbukkunyit secukupnya

Cara:
1-Gaul ikan dengan garam.Bakar sehingga masak.
2-Masukkan santan , cili kisar,bawang putih, bawang merah, dan halia yang dikisar.Kacau rata sehingga sebati dan pekat.
3-Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.Gaul sebati sehingga benar-benar pekat dan masak.
4-Setelah siap, siram ke atas ikan yang sudah siap dibakar tadi.Sedia dihidangkan.


Tiada ulasan :