Selasa, 29 November 2011

Donut Keladi



Donut oh donut....,versi keladi memangg diminati oleh saya.Kebetulan ada keladi dari yang kg tak habis2 lagi. Terfikir pula nak buat donut keladi...semak2 di myresipi.com jumpa resepi donut kentang, so saya ikut sukatan asal pemilik resepi ini, hanya olah pada tajuknya dan bahan utama (keladi) sahaja.Terima kasih untuk pemilik resepinya;daunpandan@myresipi.com..donutnya lembut dan gebu..
 
Donut Keladi

Sumber: Donut kentang (daunpandan@myresipi.com)
Olahan :Rohaisha

Bahan-bahan ( 14 biji /ikut saiz )

•    200 gm tepung gandum
•    30 gm gula halus
•    1/2 camca besar yis kering
•    1 camca besar susu tepung
•    1 camca teh dough softener
•    1 camca besar susu pekat manis
•    1 1/2 camca besar shortening
•    1/2 biji telur
•    3 camca besar kentang lecek (saya guna keladi)
•    1/2 camca besar minyak jagung
•    1/2 camca teh bread improver
•    secubit garam
•    1/4 cawan air sejuk

Cara-cara:

1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
2.  Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
3.  Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit. 
(*Klu ikut resepi asal,tidak perlu tambah tepung, kerana sememangnya melekit.Tapi saya taburkan sedikit tepung juga kerana agak sukar pula nak menyanai jika melekit.Ikutlah keserasian masing-masing.Rehatkan doh 1/2 jam.)
5.   Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.
 
Hmmm..salut dengan gula je pun sedap.Itupun laju je anak2 makan.Kalau salut dengan coklat, licin sepantas kilat gamaknya..



Tiada ulasan :