Assalamualaikum..
Gambar apam yang diN3kan ni merupakan gambar koleksi masakan saya sebelum2 ini (sebelum buka blog).Baru kesempatan untuk di tayang di sini..Sumbernya saya perolehi dari Kak Zullyati dan Kak Ayu Jalinan Rasa..Terima kasih saya ucapkan atas perkongsian resepinya di fb.Sedap apam ni..yang seronoknya bila nampak diapunya 'merekah' tu..
Apam Yogurt
Sumber: Zullyati Zulkfili
Sumber: Ayu Jalinan Rasa
bahan-bahan:
1 1/2 cawan gula (cawan matrix)-boleh kurangkan
2 biji telur
2 cawan tepung
1 sudu teh ovallete
1/2 sudu teh double acting baking powder
1 cawan plain yogurt (perisa asli)
1 sudu teh koko powder
1sudu teh chocolate emulco.
Cara-cara:
1-Pukul gula & telur sampai kembang (kelajuan tinggi, max 10 minit).
2-Apabila adunan telah menjadi pekat & gebu mcm adunan bahulu, masukkan ovallete & yogurt.Pukul lagi sehingga sebati.
3-Double Acting Baking Powder dicampur dengan tepung gandum, gaulkan dan masuk sikit demi sedikit ke dalam adunan sambil putar lagi.
4-Asingkan 5-10 sudu adunan untuk dicoklatkan.Yang selebihnya biarkan plain shj.
5-Masukkan adunan plain dalam papercup sebanyak 3/4 shj, atasnya diletakkan adunan bercoklat tersebut.Boleh juga letak inti jika mahu.
6-Panaskan periuk kukusan dahulu.Kukus selama 15 minit.
*jika mahu merekah gunakan api kuat, jika tidak,biase shj.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan