Assalamualaikum..
Salam di pagi jumaat.Jumpa lagi, harap tidak jemu berkunjung di sini.Segala kekurangan harap di terima dengan lapang dada.Saya tetap beryukur dengan kehadiran rakan-rakan maya yang budiman dan dapat berkongsi ilmu2 yang ada dengan hati yang tulus.Semoga manfaat itu kita dapat nikmati bersama.
Inilah kiranya menu berpantang yang ringkas disediakan selain manfaatnya dapat dimakan 1 family, yang paling penting menjimatkan masa dari segi penyediaannya.Resepinya pun santai dan boleh diterima semua peringkat.Jadinya kena masak dengan kuantiti yang agak banyak.Telah masuk hari ke sepuluh rupanya saya berpantang, dan sedaya upaya untuk menjaga pemakanan sekudrat yang boleh..
AYAM MASAK HALIA
Oleh:rohah
Bahan-bahan:
1 kg ayam
1 labu bawang holland - hiris
5 cm halia - hiris ukuran batang mancis
4 ulas bawang putih - hiris
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
1 biji tomato - belah 4
Sedikit minyak bijan
1 tangkai cili besar hijau
1 tangkai cili besar merah
1 cawan air
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Cara:
1.Tumiskan bawang besar holland dan bawang putih hingga layu.Masukkan ayam dan kacau rata.Biarkan sekejap.
2.Masukkan sos tiram, lada hitam dan air.Tutup kuali dan renehkan dengan api sederhana.Biarkan sehingga kuah agak pekat dan ayam kelihatan empuk.
3.Titiskan minyak bijan, masukkan hirisan cili merah, cili hijau, tomato, garam dan gula.Kacau rata dan biarkan sekejap agar sebati rasanya.
4.Tutupkan api.
14 ulasan :
alhamdulillah Rohah sedap tu, kak noor yang tak berpantang pun selalu jugak buat yg menu macam ni, lagipun hubby suka banyak halia hahaa,semoga Rohah sihat walafiat dengan makanan yg sihat2 ni ya
Orang yg tak pantang pun suka menu begini. Simple, cepat dan berkhasiat.
as-salam
nyum2 sedapnye..
sedapnya tgk ayam halia tu.mmg tak penah masak buat sdiri.dulu pantang penah la mertua buatkan.nak cuba buat la
hehehehe.. kalau SK pantang jumpa ni...
p/s SK tertinggal keretapi, berpantang byk sebabnya, kerana apa ya???
sy suka mkn masakan yg ada halia camni..tp tak penah lg masak camni..hehe..nanti sy cuba ye..macih kak rohah.. :)
Salam rohah..sedapnya tgk ayam masak halia tu...tgh berpantang ke...pantang sbb melahirkan ka sebab2 lain...he he he
kak Sari n Kak Hafizah, 8 mei ari tu sy miscarriage..
Kita yg tak berpantang pun suke ayam masak halia mcm ni...sedap..
Selamat pagi Rohah,
harap terus bertambah sihatlah ye Rohah...
Halia memang sangat baik untuk kesihatan, sudah dipercayai seantero dunia tentang khasiatnya. Take care dear...
kak rohah, zila pun suka jgk...hehehe sedap ni kak..
Saved as a favorite, I like your web site!
Also visit my web blog ... Air Jordan
Salam... tumpang tanya, ayam tu sebelum buat masak halia perlu ke diperap dgn kunyit & digoreng dulu ?
halia masuk bila? dlm step kt atas xde pulak mention bila nk masukkan halia..
tq for sharing... nampak sedap :))
-Nad
Catat Ulasan