Sabtu, 25 Mei 2013

KREPE COKLAT KEJU

             
Assalamualaikum....
Cuti sekolah dah bermula...mungkin sebahagian rakan-rakan dah memulakan perancangan bercuti   dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga..selamat bercuti dan beriadhah saya ucapkan, semoga perancangan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar, lebih2 lagi bagi mereka yang menempuh perjalanan jauh..
Krepe coklat ni adalah permintaan anak bujang...dari tahun lepas lagi dia minta dibuatkan, tapi delay memanjang.Ada je bahan yang tak cukup walaupun mudah penyediaannya.Ini pun kiranya ada satu atau dua bahan yang saya gantikannya dengan yang lain sebab tak ada stock kat rumah dan saya kira ianya bersesuaian.

Tajuk resepi asal bertulis Krep Coklat Keju Rangup, tiba kat saya hilang pulak perkataan "rangup" tu sebab saya belum dapat capai kerangupan yang sebenar, mungkin ada teknik pembuatannya yang perlu saya baiki lagi agar dapat merasa kerangupannya.Ala2 apam balik, cuma ianya agak pejal dan sedap dijamah ketika masih panas.

KREPE COKLAT KEJU RANGUP
resepi:majalah  SEDAP

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
1sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula pasir halus
1 biji telur
250 ml susu cair
25 ml krim pekat (sy gantikannya dengan UHT Whipping Cream)
1/2 sudu teh pes coklat
50 ml air (dalam resepi asal tak ada, sy masukkan item ni sbb adunan terlalu pekat)

Bahan taburan:
100 gm keju cheddar parut- angin-anginkan
1 sudu makan gula pasir@secukupnya
1 1/2 sudu makan susu pekat manis coklat@secukupnya- sy guna susu pekat manis dan campurkan dengan sos coklat Delfi

Cara membuatnya:
1.Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik.Masukkan garam dan gula pasir.Kacau rata.Ketepikan.
2.Campurkan telur, susu cair, krim pekat, dan pes coklat.Kacau rata.Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau sehingga rata.
3.Panaskan acuan apam balik berdiameter bawah 20 cm dan diameter atas 22 cm.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan apam balik nipis-nipis.
5.Sapukan nipis susu pekat manis coklat.Taburkan keju parut dan gula pasir di salah datu bahagian tepinya.Lipat dua dan lipat lagi bentuk tiga segi.

9 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

mmg peberet bdak2 ngan mak budak skali kak klau libatkan coklat2 ni....hehe..

zila norazila berkata...

Kna buat lg nipis kot bru rangup rasanya..tp mmg sedap nie..

syapex berkata...

wahh...
ala2 apam balik keju la pulak...
hehehehee...

mama sara nur berkata...

krap krupp mesti sedap ni
cc sekolah sure ank2 nk mkn je kan

Bbwana adienia berkata...

salam kak..

crepe tu memang sedap dengan gabungan keju..mantap la..

Mori Said berkata...

Salam rohah... Nmpk sedap tul tgok krepe tu...

Amie berkata...

Tak apalah Rohah... yang penting sudah cuba buat, kali kedua & seterusnya ranguplah jadinya nanti... tapi nampak sedap kok...nampak rangup juga tu!

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. sekali imbas tgk ingat apam balik. hihi... kene byk2 kali buat baru rangup kot :)

Qasey Honey berkata...

wah kali pandang mcm apam balik dh..tp crepe rupanya..sedap ni..leh try..sbb biase beli klau tringin..hehe