Selasa, 14 Mei 2013

KEK SPAN CREAM-O


Assalamualaikum..
Alhamdulillah dapat menyiapkan sebiji kek lewat petang semalam atas permintaan anak dara saya.Sepatutnya kek ni saya buat sempena sambutan hari ibu seperti yang dikehendaki oleh Si Anak Dara saya nan seorang tu untuk digandingkan sekali dengan surprise pemberiannya, tapi bila tiba masanya mood umminya menjunam terus ke dasar laut..tinggal igauan je.

Si ummi cuba juga menggagahkan diri tapi tak berdaya, sehinggalah saya memberitahu kepada SI Anak Dara, insyaAllah kalau ummi berkesempatan esok harinya, ummi akan buat juga.Dia bersetuju tanpa hampa.

Dah tertunai permintaannya...

Suprise dari dari Anak Dara

Biasanya tak adalah nak buat sambutan beria sangat sempena Hari Ibu, cuma anak2 ni memang suka bagi suprise setiap kali datangnya hari tersebut.Ni lah suprise dari dia yang semahu2nya digandingkan dengan kek yang umminya buat.TQ dari ummi untuk Anak Dara.Tahun ni pulak Si Anak Teruna kata ''abang tak tahu lah nak bagi kat ummi...''..kisahnya...

Tiba2 semalam semangat on air kembali, maka on je lah terus supaya niat yang ada tak tertangguh.Kebetulan ada stock biskut Cream-O, ambil resepi yang mudah2 je dan terus saya buat KEK SPAN CREAM-O beradapatasikan dari resepi Kek Span Coklat oleh Chef Noraini Zakaria di mana dah berulang kali saya buat kek span menggunakan resepi beliau.Tak pernah menghampakan, sure menjadi elok.Resepi asal boleh lihat SINI ye.


KEK SPAN CREAM-O
Resepi asal:KEK SPAN COKLAT oleh Noraini  Zakaria
Sumber:(Buku KOMPILASI HIDANGAN KEK)
Olahan:rohah

Bahan-bahan: loyang 8''
150gm gula kastor (saya kurangkan-guna 100gm shj)
110 tepung kek*
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak bahan bertanda (*bahan A)
75 gm minyak masak
15 gm ovalette
5 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
60 gm air
70 gm biskut cream-O - yang telah dibuang intinya dan kisar

Cara  membuat:
1.Griskan acuan kek.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada sushu 180 darjah celcius.
2.Gaul ovalette dan gula kastor dalam mangkuk adunan.Masukkan telur sebiji -sebiji sambil dipukul hingga sebati.
3.Kemudian masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau.
4.Pukul dengan kelajuan perlahan selama 2 minit untuk sebatikan adunan.Tukar kepada kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan kembang dan gebu.
5.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit lagi.
6.Masukkan biskut Cream-O kisar diikuti minyak masak dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.
8.Keluarkan kek dari ketuhar dan terlangkupkan.Setelah 5 minit, pusingkan pada kedudukan asal.Tujuannya supaya  kek tidak mendap.
9.Hiaskan kek.

13 ulasan :

Sury Abil berkata...

Salam kak..cantek kek..sure si ank dara tu suka tgok..permintaan nya ditunaikan...janji ditepati lh ni..ehheh sekli layan kek span best gak..:-)
Selamat hari ibu buat kak gak..:-)

JaSSNaNi berkata...

naik elok je kek span ni.. cantek lak tu... best tengok orang wat kek menjadi belaka..

HALAMANKU berkata...

Selamat menyambut Hari Ibu.. wah rajinnyer nampak sedap n cantik kek tu..nyum2

Tina Othman berkata...

Cantik gebu gebas kek span ni, tina pun suka guna resepi chef noraini ni

Asyifa Mustaffa berkata...

sedapnya....:)
elok jer nmpk kejadiannya kek tu kak..tercapai la hajat hati si anak dara tu ye...
selamat hari ibu kak....

Cendana Kasih berkata...

lawanyer kek.,,mcm kat kedai la plak..

Mel berkata...

Walla kak rohah rajin betul membaking..nampak sedap sangat tu.

Selamat hari ibu kak ^^

Amie berkata...

Kabare Rohah... wes waras yo, apik temen kejadian keknya tu... aku tak berani lagi nak mendeko secantik kekmu itu... puas hati anak perawannya ye. Untung ndduwe Ummi yang rajin & pandai buat kek.

Bbwana adienia berkata...

salam kak rohah..

bestnya tengok kek tu, gebu dan nampak sedap..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Salam...terujanya negok yg sedap ni...:D

Cheq Sue berkata...

gebunya kek tu kak...^^

Teena Tna berkata...

Mcm sedap..kna try ni..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

rahel berkata...

Waaa macam sedap pulak letak krim oreo...bole cuba ni..