Ahad, 12 Mei 2013

KERABU EPAL HIJAU

Assalamualaikum..
Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu buat para ibu, semoga jadi ibu mithali, insyaAllah..amin.Kembali bersiaran denagn N3 tertunggak, dah 2 bulan terperam..

Mood melarat ni, tapi cuba up kan mood dengan tayangan Kerabu Epal Hijau yang cukup enak."Enak dimakan begitu saje....".Seriesssss..belum cuba belum tahu kan..Sebenarnya kerabu  epal hijau ni saya gandingkan dengan set Nasi Pilaf Tomato bersama Ayam Sosha Istimewa yang sangat sedap..InsyaAllah N3 kedua-dua menu tersebut akan menyusul kemudian.Untuk malam ni kita renung2 je resepi kerabu yang mudah ni ye..Cuba tengok dalam fridge, ada stock epal hijau tak?kalau ada, esok bolehlah zassss..Sedapnyeee..Tq kak Ena, berkongsi resepi!..
KERABU EPAL HIJAU
Resepi:Ena Zamri

Bahan-bahan:
3 biji epal | grated dengan kulit sekali
1 genggam udang kering | goreng tanpa minyak, tumbuk
1 batang serai | hiris halus
5 helai daun limau purut | hiris
6 biji cili api | hiris
Perahan lemon
Sedikt garam
Sedikit gula

Cara:
1.Mixed semua dan masukkan dalam fridge.
2.Hidangkan.



7 ulasan :

Tina Othman berkata...

Wah 2bulan tertunggak hihi, bestnya kerabu epal mesti masam manis pedas kan

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

pernah juga buat kerabu epal.. mmg sedap.. masam2 hmm.. yumyumm..

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah.
Semoga hari ini lebih bersemangat dan lebih bertenaga ye.
Nadz suka kerabu2 ni tp kadang2 tu malas nak buat..hahaha.. Makan jer yg rajin.hihihii..

Noor Yusoff berkata...

As salam ...nampak kecur je...sedap.

kayumaniskorner563 berkata...

nampak sedap rohah...nnti nak try lah

ady berkata...

as-salam
terliur tgk kerabu epal hijau nie..

Nur-nba berkata...

Oh sedapnya.. Tergoda ni..Selamat Hari Ibu buat Kak Rohah..