Assalamualaikum..
Semenjak 3 hari miscarriage ni badan cepat letih dan mengantuk, lepas waktu zohor pasti saya nak lelapkan mata, begitu juga selepas masuk waktu isyak, bagai tak larat nak buat apa2..tapi setelah lelap sekitar 1-2 jam, pasti akan terjaga, barulah boleh sambung rutin harian.Mungkin itulah kesan dari miscarriage tu sendiri.
Tayang bingka roti yang dibuat pada minggu lepas sebab nak selamatkan roti dari expired.Yang paling suka makan bingka ni my hubby..dan pembantu peribadinya..siapa lagi kalau tak saya..he heee..Anak2 tak berapa gemar..Selamat jamu mata.
BINGKA ROTI PANDAN COKLAT CIP
Oleh:rohah
Bahan-bahan: (loyang 8 inci)
10 keping roti putih - siat
1 cawan santan
1 cawan air pandan daripada 5 helai daun pandan
1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
1/4 - 1/2 cawan coklat cip
1 sudu besar mentega
Sedikit pewarna hijau
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu besar air
Bijan untuk di tabur
Cara:
1.Koyak-koyakkkan roti.Ketepikan.
2.Dalam satu bekas satukan santan dan air pandan, kemudian masukkan roti yang disiat tadi ke dalamnya.
3.Dalam bekas berasingan satukan telur, mentega, gula, garam dan bancuhan tepung jagung bersama pewarna hijau.Kacau menggunakan whisk sahaja agar sebati.
4.Satukan kedua2 bahan di atas tadi bersama coklat cip dan kacau agar sebati.
5.Sapukan loyang dengan sedikit mentega.Masukkan bahan ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
5.Panaskan oven dengan suhu 180- 200 darjah celcius, dan bakar adunan selama 45-60 minit dengan api atas dan bawah.Setelah masak tambahkan 3-5 minit untuk setting api atas sahaja bagi penghasilan sedikit kerak di permukaan bingka.
6.Hidangkan.
6 ulasan :
Takziah atas kehilangan. Akak pun tak berapa sihat, dah mula nak bersin je ni..
salam kak rohah..
nampak best ja bingka roti dengan coklat cip tu..pasti sedap..
Assalam Rohah
skrg akak lepas isyak memang pengsan he hee tak dan nk msk 2 lg
yg pandan blm cuba lg, cantikkan kaler hijau
samalah kita ank2 tak layan kalu buat kita je mkn nanti
Assallamualaikum Rohah.
Ermm sedap bingka ni..mesti harum baunya. Naz suka binka yg bahagian tepi2 loyang yg cam hangus2 sket tu tp di rumah Naz ni kalau buat bingka, jawabnya Naz jer la kena perabiskan. Tu yg terbantut kalau nk buat tu tp kadang2 tu teringin gak nak makan bila tgk org lain buat.. Minta sikit rohah...hehee..
salam rohah...
bila makin scroll ke bawah semua mende nakkkk... adehhhh.. napsu mkn nombor satu!
Assalamualaikum Rohah,
mudah-mudahan awak eh waras... ati2 nak nggawe kerjo, masa aku gugur tahun wingi aku asyik nangis vaey sampek telong dino, aku moh dewe'an nang ngomah...aku lungo kerjo tapi lepas kuwi aku terpaksa coti sebab rahimku bengkak kakeyen bergerak...
Mudah-mudahan angger eneng rezeki yo Allah nguwei meneng yo...sama-samalah berdoa kepada-Nya.
Catat Ulasan