Ahad, 19 Mei 2013

Menu Berpantang: KERABU JANTUNG PISANG

Assalamualaikum...
Bersiaran kembali,semoga ceria-ceria selalu.Bagi penggemar kerabu yang ringkas, bolehlah mencuba resepi ni.Tak susah dan tak  perlu banyak perencah, yang penting jantung pisangnya ada, sebab bahan-bahan lainnya mesti dah sedia ada kat dapur kita kan..
Kiranya menu berpantang saya untuk hari kedua berpantang tempohari..sebab kebetulannya ada jantung pisang awak yang sedang2 elok untuk ditebang ketika itu.Mulut teringin pulak nak makan kerabu..menjadi je lah terus sebab barang2 dah ada..

KERABU JANTUNG PISANG
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 biji jantung pisang-cuci,buang kulit, belah 2 dan celur
1/2 cawan santan pekat- jerang sekejap
1 labu bawang besar- hiris halus
30 gm ikan bilis - cuci, rendam air panas, tumbuk, sangai sekejap
1 sudu kecil lada hitam- tumbuk
1 batang serai - hiris lalus
1 biji lada merah besar- hiris
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk bersama sedikit garam dan rebus jantung pisang hingga empuk.Toskan.
2.Hiriskan jantung pisang.Gaulkan bersama bawang, bilis tumbuk, lada hitam, serai, lada merah dan jus limau kasturi.
3.Curahkan santan, gaul lagi bersama garam dan gula secukup rasa.
4.Hidangkan.

10 ulasan :

Asyifa Mustaffa berkata...

Sedap ni kak....kecur air liur ni...

Norzila Zakaria berkata...

kak rohah , zila kalau ada jantung ni mang dtg bwk pinggan hehehe

zana fahmi berkata...

Rohah berpantang? Pantang gemok eh...hihi..
Kakpb tak pandai mkn jantong:-) tp terisek kelantan kakpb suka pulak.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

betul2 SK pantang ni...

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah.
Macam mana hari ni? Dah semakin bersemangat dan semakin kuat tak? Harap Rohah segera sihat sepenuhnya ye.
Rajin betul Rohah ni bab masak memasak..Suka jantung pisang.. Sedapnya tgk gambar2 yg rohah paparkan tu..

zila norazila berkata...

bru tau org brpntg leh mkn jntung pisang..akk nnt suruh mak cuba jgk la..

Gee® berkata...

Sedapnya meratah...

Cendana Kasih berkata...

salam Rohah.. harap sihat.. jantung pisang ni bukan mende sejuk ke? first time dengar boleh makan jantung pisang wktu pantang..kalo mak CK, genap 3 bln baru la dpt makan mende2 sejuk ni

Rohah berkata...

waalaikumussalam CK,dari sumbr internet, kebaikan jantung pisang ketika berpantang adalah untuk memperbanyakkan air susu ibu..bg ibu yang menyusukan.

Cytotec berkata...

thank for sharing
Cytotec
Obat Telat Bulan