Rabu, 15 Mei 2013

PUDING LAICI DANGDUT

Assalamualaikum..
Salam ceria, jumpa lagi.Kebelakangan ni cuaca agak berbahang, mahunya peluh mengalir agak deras bila beraktiviti terutamanya bila berada di dapur nyata..Alangkah sesuainya jika ada puding yang menyegarkan untuk disua ke mulut, terasa nyaman rasanya.

Bila cuaca berbahang dan agak meresahkan automatik sebenarnya tekak kita menerima signal untuk menyantap yang dingin2 saje, lantas macam2 puding terbayang diminda kita.Masa tu juga kalau boleh nak cepat disediakan puding yang diidam2kan..

Puding Laici Dangdut ni kelihatannya sudah popular di kalangan rakan2 maya, ramai sudah yang mencuba dan memberikan respon yang baik dan menyatakan kesedapannya.Jawapannya memang tepat, enak dinikmati, rasa ingin berulang-ulang kali menjamahnya.Tq buat Chef Hanieliza atas resepinya.Resepinya saya kongsikan dari buku beliau yang bertajuk SenangnyaMemasak...Puding & Desert.
PUDING LAICI DANGDUT
Resepi:Chef Hanieliza
Sumber:Buku Senangnya Memasak..Puding & Desert

Bahan-bahan:
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
2 liter air (8 cawan air)
2 cawan gula halus
2 tin laici (di dalam tin) } diasingkan airnya
1 tin susu cair (400 mililiter)

Cara membuat:
1.Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2.Tutupkan api.Kemudian masukkan air laici dan susu cair.Kacau rata.
3.Tuangkan ke dalam acuan.
4.Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.
5.Hidangkan denagn buah laici yang diasingkan tadi.

Nota Chef Hanieliza:
Bagi membuat puding yang keras, kurangkan air.

14 ulasan :

Amie berkata...

Waaaa.... ada laici dangdut di dapur Rohah... lamanya kusimpan resepi ini tapi kok orak terbuat2 juga... memang cuaca sekarang ni yang tak menentu, lebih2 lagi panasnya tu...sesuai benarlah dapat satu hidangan laici dangdut buat penyegar tekak!

Asyifa Mustaffa berkata...

wah kak...berdangdut plak hri ni ye....:-)
mmg sdap dpt ni time cuaca yg panas skrng ni....

Mel berkata...

assalam kak. betul la tu, panas sangat cuaca sekarang. Rumah mel 3 hari dah takde air..pekena laici sejuk resepi kak rohah ni, mesti best...terliurrrr..

Tina Othman berkata...

Wah nyamannya naknya skrg musim panas, unik nama puding ni, dari dulu mesti nak gelak klu nampak post puding ni

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

betul la rohah.. cuaca skrg ni tak kira siang atau mlm mmg berbahang panasnya... dpt layan tekak dgn puding mcm tu mmg syok abis..

Suzana Ibrahim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Suzana Ibrahim berkata...

saya dah cuba buat puding ni..meme sedap!

zila norazila berkata...

slurrppp..wat akk kecur..tp buat masa nie buah laici tue akk x leh makan...mesti batuk..cuaca skrg mmg panas jew kan.

Sury Abil berkata...

Puding dangdut ni...1st time buat masa mula2 berbloging dulu... femes gak time tu....
Terasa sejuk2 kat tekak ni..uwaaaaa..nk gak..

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha
puding laici dangdut antara resepi yg femes di kalangan blogger...dah lama teringin nak buat tp belum2 jadi juga....
dpt mkn puding laici yg sejuk... nyamannya..

HALAMANKU berkata...

Salam akak.. terliur dibuatnyer.. lagi2 cuaca sekarang yang agakterik n bahang.. selalu fikir bila bahang2 nak hujan tapi tinggal harapan.. dapat layan puding laici dangdut akak neh nyamannyer..gulp.. telan liur jek huhuhu

kayumaniskorner563 berkata...

memang kawan2 semua dgn cuaca skrg ni, tercari cari puding dan agar2, tengok je puding rohah ni, sejuk sikit tekak......

Nooriah Abdullah berkata...

aduii malam2 tengok pun terasa sejukkkkkkkkkkkkk je Rohah kalau tengok siang mmg tak tau lah ni makan laici je pun dah enak bangat tu

Bbwana adienia berkata...

salam..

comel ja nama puding ni..tapi,memang betul la makan puding time cuaca panas ni sangat la sesuai..tapi,sya pla makan apa pun tiada rasa..sakit tekak..