Rabu, 8 Mei 2013

BUBUR PULUT HITAM BERSAMA BARLI

Assalamualaikum..
Jumpa lagi, apa khabar semua??.harap sihat semua ye.Pembuka siaran saya di Damai Qalbu untuk minggu ini dimulakan dengan dessert orang melayu..Siapa yang dah kenal dengan dessert ni, mesti           dah jatuh cinta.Tapi tak mustahil mungkin ada yang kurang menggemarinya.

Kali ni penyediaan Bubur Pulut Hitam saya ni saya campurkannya dengan barli, bagi saya bertambah sedap.Apa yang penting biarlah pulut hitam dan barli tu betul2 kembang, rasa kenyang diperut bila menikmatinya.
BUBUR PULUT HITAM BERSAMA BARLI
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut hitam | rendam 1-2 jam
1/4 cawan barli | rendam 1-2 jam
800 air
1000 ml santan sederhana pekat
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan

Cara:
1.Rendamkan beras pulut hitam dan barli dalam bekas berasingan selama lebih kurang1-2 jam.Toskan.
2.Masukkan 800 ml air dan daun pandan ke dalam periuk bersama beras pulut hitam dan barli.Didihkan hingga kedua-duanya kelihatan kembang dan empuk.
3.Masukkan gula dan garam agar mesra.
4.Tuangkan santan dan kacau hingga mereneh sekali lagi.Kacau selaluu agar tidak pecah minyak.
5.Matikan api.

8 ulasan :

kayumaniskorner563 berkata...

salam Rohah, memang kak ruby dah jatuh cinta pun dgn bubur pulut hitam ni, sdp sngt nmpak......

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

akak suka ni rohah.. kalau kat kg akak.. kenduri kawin disediakan bubur sebagai pencuci mulut.. kalau ada bubur pulut hitam ni mmg akan mkn puas2.. tp kalau kena yg buat manis sgt tu.. mkn semangkuk jelah.. hihi...

ady berkata...

as-salam
1st time dgr bubur hitam letak barli..tapi mmg npk sedap..btw banyaknye pisang2 kat bawah tu..kalau dekat blh mintak sikit..

Tina Othman berkata...

Kretifnya combine dua2 tu, saya sukaaa sangat bubur pulut hitam, tp tak pandai buat

Gee® berkata...

Sudah lama tak makan bubur pulut hitam... sedapnya hirup sejuk2 kan...

Ayu berkata...

oh campur dengan beras barli ya Rohah..boleh cuba lain kali kan..sebab selalu akak masak beras pulut hitam aje then ada santannya curah atasnya..

tun_telani berkata...

sedap ni kak.. tun xpenah makan yg campur barli.. cicah roti paun sedap gak nih.

Qasey Honey berkata...

mnarik..mesti sedap bile bubur tu cmpr barli..mkn sejuk2 pon sedap jugak ni..