Assalamualaikum..
Jarang2 masak pucuk manis kat rumah ni, tapi selalu makan..macam mana tu??..Biasanya makan time balik kampung, sebab bonda saya ada tanam pokok ni di tepian terataknya..tinggal petik je..Gitulah kisahnya.PUCUK MANIS MASAK LEMAK PUTIH
Oleh:rohah
Bahan-bahan:
1 ikat pucuk manis (ambil daun dan pucuk muda)
1500ml santan
2 ulas bawang merah | tumbuk
Sedikit belacan (sedikit sahaja) tumbuk
15 gm ikan bilis | buang tulang | tumbuk
3 tangkai cili merah | hiris
Suhun secukupnya | rendam sekejap dalam air
Garam
Gula
Cara:
1.Masukkan santan dalam periuk beserta bahan-bahan yang telah ditumbuk.Biarkan mereneh sekejap.
2.Setelah mula menggelegak, masukkan daun pucuk manis.Kacau sentiasa.
3.Bolehlah dimasukkan rendaman suhun setelah beberapa minit daun pucuk manis dimasukkan.Masak hingga mendidih.
4.Apabila suhun kelihatan sudah mengembang dan daun pucuk manis sudah lembut, barulah diperasakan dengan garam dan sedikit gula.Masukkan hirisan cili merah.
5.Matikan api.
SAMBAL BELACAN
Oleh:rohah
Bahan-bahan:
5cm belacan*
3 ulas bawang merah* |belah
1 ulas bawang putih* | belah
10 tangkai cili api*
Gula
Air asam jawa secukupnya
Sedikit Jus limau
Sedikit minyak masak
Cara:
1.Gorengkan bahan bertanda (*) hingga beraroma dan layu.Angkat dan toskan.
2.Tumbuk lumat bahan2 yang digoreng tadi.
3.Gaulkan dengan air bancuhan air asam jawa dan sedikit perahan jus limau.Perisakan juga dengan sedikit gula.
4.Hidangkan.
SAMBAL BELACAN
Oleh:rohah
Bahan-bahan:
5cm belacan*
3 ulas bawang merah* |belah
1 ulas bawang putih* | belah
10 tangkai cili api*
Gula
Air asam jawa secukupnya
Sedikit Jus limau
Sedikit minyak masak
Cara:
1.Gorengkan bahan bertanda (*) hingga beraroma dan layu.Angkat dan toskan.
2.Tumbuk lumat bahan2 yang digoreng tadi.
3.Gaulkan dengan air bancuhan air asam jawa dan sedikit perahan jus limau.Perisakan juga dengan sedikit gula.
4.Hidangkan.
3 ulasan :
wahhhhhh, favourite akak nih! sambal belacan tu semangkuk akak leh makan sorang, hehe
Wusssss.. Masak lemak putih ada sambal blasyann pastu...pastu...ikan goreng....wallaaa!!!!
Masak lemak pucuk manis memang sedap. Gerenti menambah nasi :)
Catat Ulasan