Selasa, 9 Oktober 2012

TALAM TOKYO


Assalamualaikum..
Bersiaran lagi di keheningan malam...Mungkin dah ada yang masuk tidur mahupun sudah diulit mimpi rasanya.InsyaAllah sama-samalah kita bermohon kepada yang Esa agar hari esok menjanjikan keceriaan buat kita semua.
Terus kepada menu tayangan malam ini...Inilah dia kuih talam.Dah lama tak buat talam talam bagai ni..rindu nak menjamah rasanya.Banyak kali makan talam tokyo ni, tapi beli kat makcik yang berniaga sarapan pagi berhampiran di tempat saya ni je..Kali ni mencuba sendiri, sebab dah tahu kuih ni memang sedap sangat, ala2 serimuka.Pssssttt...,tapi permukaan kuih saya ni tak secantik kak Yatie punya..menggerutu je kelihatannya.Selalu sangat saya terlama mangaduk tepung time naik wapnya tu..asyik terlajak lama macam nak kacau dodol je..ekeke...takpelah untuk makan sendiri je, janji sedap!.

Tapi saya tetap tak serik na bab talam menalam ni..seriusss!!
Sesiapa belum pernah buat tu, cuba2lah buat, asyikkk sangat diapunya rasa kuih ni..sebab berkait sejarah dengan bandar Tokyo kot..(gurau je ye..).TQlah saya ucapkan buat Chef terkenal kita iaitu Chef Asma yang empunya sebenar resepi ni, sedaplaaaa!! TQ juga  untuk kak Yatie yang rajin sangat lebar-lebarkan resepi aneka talam dilaman kesayangannya tu ye..lain hari cuba talam yang lain pulak ye kak!!

TALAM TOKYO
Resepi:Chef Asma
Sumber:Yatie

Bahan Untuk Lapisan Bawah (Loyang 10x10x2")
300gm sagu kecil warna putih
60gm sohoon
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 sudu kecil garam

Cara-cara:
1.Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
2.Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
3.Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak.Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
4.Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Untuk Lapisan Atas:
4 biji telur
300gm gula pasir
400m santan pekat
400ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
100gm tepung kastard
Sedikit pewarna hijau
1/8 sudu kecil alkaline water@air abu *(boleh guna air kapur)
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
1.Campurkan semua bahan dan blend rata.
2.Kacau sebati dan tapiskan.Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3.Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
4.Padamkan api dan angkat kuih setelah masak.Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.


11 ulasan :

Marsita Yahya berkata...

Salam Rohah...tgh mlm tayang Talam ...memang sedap Talam ni...

zila norazila berkata...

salam rohah,
pepagi nie dh ternampak2 talam nie..mgrutu sikit x apa rohah asal sedapp..:)))

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Memula tgk tajuk dan tgk gambar kuih, ingatkan salah letak tajuk..hehehee.. Mmg sebiji rupa kuih seri muka.. Naz tak pernah lg cuba buat talam tokyo yg terkenal ni.. Bilalah nak cuba ni.. Banyak nya waiting list menu yg menunggu..

Amie berkata...

Isuk2 melebu dapure ndelok talam tokyo... koyo opo yo, ooo nganggo suun yo... yang penting sedap Rohah, jangankan talam tokyo, aku buat serimuka pun langsung tak ada seri he he he ehh

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam, Rohah.. dah jauh sampai ke Tokyo, tentunya sedap, Rohah pun kata sedap.. seakan seri muka, rupanya lapisan putih tu sagu ya, sukaaaaaaa!!

Unknown berkata...

kak rohah pkai suhun masak lauk tu ke...Aneh jugak...macam menarik

asyifamustaffa berkata...

salam kak...jauh bejalan nampak...smpi tokyo dah tu....hehe...
x penah rasa kuih nie...sekali nmpk cam seri muka pulak...bila dah belek resepinya.....oooo lain rupanya....

ijayuji berkata...

Salam kak rohah! kita peminat kuih2 traditional gini atau kukus2 ginii ehehe... tp tgh cuti lerr skrg nii tgn gatal jer nak buat tp takde org yg makan nanti belen2nya, sedapnya! kalau dpt sepotong pun cukup lerrr huhu

Norzie hany berkata...

Assalam Rohah.
Sedap dan cantik nampak kuih talam tokyo rohah ni.Akak pun suka cuba resepi talam dari blog yatie...sedap tp tak blh makan byk2 kuih yg manis2.

Azie Kitchen berkata...

Mohon salin resepinya ya.

Tanpa Nama berkata...

sedapnya