Selasa, 23 Oktober 2012

KEK CHEESE BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE


Assalamualaikum...
Selamat malam rakan2 yang dikasihi, bertemu lagi di sini..alhamdulillah.Mudah-mudahan ada keberkatan dari yang Esa.Beberapa hari lagi semua umat Islam akan menyambut Aidil Adha, semoga kita dapat meraikannya dengan penuh kesyukuran.

Hari ni ingin berkongsi rasa Kek Chesee Bersalji yang sangat mabeleeessss, kaya ngan rasa lemak2 cheese..Memang teruja bila tengok kawan2 kat luar sana dah mencuba kek ni.Lagi terpaut hati saya bila ternampak  Kak dZana punya kek hari tu, simpan terus hajat tu menjadi rindu membara nak membuatnya & teringin nak makan semenjak dua menjak ni.Kali ni memang tak berlengah2...
Mengasyikkan.. 
TQ kepada pemilik resepi ini dan kak dZana yang sudi berkongsi rasa...

KEK CHEESE BERSALJI @ SNOW CHEESE CAKE
              Kak dZana@Inspirasiku 

Bahan-bahan:
6 biji telur (buang 2 putihnya)
100gm gula halus
100gm tepung Hong Kong (Blue Key Superfine pun boleh juga)-saya guna Self Raising Flour
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder (saya tak letak) 
2 sudu makan ovalet
75gm mentega | dicairkan

Bahan Untuk Krim:
1 kotak cream cheese Philadelphia (saya guna cream cheese Tatura)
1/2 tin susu pekat manis (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

Bahan Untuk Topping:
1/2 kotak Kraft Cheddar Cheese |  parut
Esen Vanila (saya tak letak)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sedikan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar  dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit hingga ke 1 jam, dengan kepanasan 150 darjah celcius.(saya bakar 1 jam lebih: ikut oven masing2)
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong ditengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese Kraft yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.(Guna mata parut yang halus).
9.Masukkan dalam peti sejuk dalam 1-2 jam.Selepas itu barulah dipotong.



17 ulasan :

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

selamat malam Rohah
wahhh dah sampai sini snownya ye, memang ramai yg tgh menayang kek sedap ni kan, nampak beberapa blog tu
mesti teruja nk mencuba bila semua kata sedap
tp kan akak tunggu reda baru buat he he
sesuai utk hari raya nanti ni
Selamt menyambut hari raya korban ye buat Rohah

tun_telani berkata...

Salam kak rohah.. tun xbalik rayaaa!!!! sob sob sob... :(
nway, skrg tgh musm kek snow cheese ni ye. grated cheddar tu x masin ke kak? konpius jap tun. huhu

Unknown berkata...

As-salam sis..
Mesti sedap kek nih kan, masih x berkesempatan nak buat..

Marsita Yahya berkata...

emmm memang mabeles...bila nak wat plak ntah.

Sheila Shafeareen berkata...

salam kak cehhh pengsan leeee mmg tebaik.....demam sudah gan kek ni...bila aya nak ikut jejak akk niiii.....kalau ada bhn dan masa nak try jugak

asyifamustaffa berkata...

Salam kak.....
Sungguh kayadgn lemak2 nie.....mmg sedap mkn time sejuk nie.....

Evelyn Gemina berkata...

Selamat pagi kak rohah, sukanya tgk kek ni, pasti sedap kan???nak sikit ya : )

Unknown berkata...

wah sana sini dah bersnow ni Rohah walaupun cuaca panas membahang tapi tetap ada snow jugak heheeee sedap tu dah menggigil ni akak nengok kan kek tu

Tanpa Nama berkata...

wah meleleh, sana sini demam cheesecake ni kan, kita je tak sampai seru lg hihi

Nadz Nazharzan berkata...

Assallamualaikum Rohah..

Salam aidiladha ye Rohah.. Lagi 2 hari je kan.. Rohah pun dah buat kek ni ye.. Naz juga yg tak terbuat2 lg..

Unknown berkata...

Selamat hari raya Rohah, dah siap keknya tu......raya nnti tinggal bekas je, hehe..

rahel berkata...

Sedapnya....tak lama lagi meter rosak kalau mcm ni...ahakssss....
Lajunyer meter....

Qasey Honey berkata...

wah dh try ehhh...jelesnya...QH jugak la yg ketinggalan...hukhuk...mesti sedapkn kek ni...

slm aidiladha buat akak sekeluarga yea...

zila norazila berkata...

sedapnya rohah..dr semalam tgk..nk terjah blog x sempat2..hehheee.. akk keep resepi yer..tergoda:))

Amie berkata...

Aduhai....bertukar mataku nan coklat hitam jadi hijau biru buat seketika!

dZana berkata...

aslmkum rohah.. akk dah 3 kali buat.. mmg boleh kembang bdn ni dibuatnya.. hohoho.. mkn2 n tak engat ...

Tanpa Nama berkata...

Dah try buat dahhhh. Awww mmg marveles lah!!!!!