Jumaat, 12 Oktober 2012

GULAI LEMAK IKAN PARI BERSAMA PUCUK KADUK

Assalamualaikum..
Bersiaran lagi alhamdulillah..Menu kali ini adalah menu masak lemak.Yang enaknya tu sebab saya sekalikan masak lemak ikan pari ni dengan pucuk daun kaduk.Sebelum2 ni memang saya tak berapa kenal rupa paras daun kaduk ni, sehinggalah berjiran dengan seorang makcik yang mempunyai tanaman pokok kaduk.Dengan rasa terujanya saya pun mintalah sikit pucuk kaduknya itu untuk di buat menu ini.Sebab saya pernah merasa lauk yang telah dihantarnya beberapa kali dengan memasukkan ulaman kaduk ni, memang sedap!!
Daun Kaduk


Rupa paras daun kaduk ni seiras macam daun sireh, cuma bezanya saiz pucuk kaduk ni agak kecil sedikit dan tumbuhnya secara menjalar rimbun di permukaan tanah.Saya ada terbaca tentang khasiat daun kaduk ni kat majalah, dipercayai ada nilai perubatannya tersendiri, tapi dah tak ingat bilangan majalah tu, insyaAllah akan saya cari semula nanti.
O.klah, berbalik pada menu, memang aroma daun kaduk ni memiliki aroma tersendiri, jadi bila bercampur dengan ikan pari masak lemak ni, memang boleh menambah nambah nasi semasa menikmatinya..fuhhh, sedap bukan kepalang..O.klah, resepinya yang simple tu bolehlah dirujuk di bawah ye..


GULAI LEMAK IKAN PARI BERSAMA PUCUK KADUK
Resepi:Rohah

Bahan-bahan:
350gm++ ikan pari | potong
1/2 cekak pucuk daun kaduk | buang tangkai yang keras
3 ulas bawang merah | tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
2cm halia | tumbuk
2cm kunyit hidup | tumbuk
1 camca kecil udang kering | tumbuk
3 cawan santan sederhana pekat
1/2 keping asam gelugor
Garam
Gula

Cara:
1.Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan.Masak hingga kelihatan sedikit wap barulah dimasukkan ikan pari.
2.Kacau sentiasa menggunakan api perlahan.Anggaran 5 minit, masukkan pula pucuk kaduk, asam gelugor, garam dan gula.Kacau sehingga daun agak lembut dan kuah mendidih.
3.Matikan api setelah gulai masak.

8 ulasan :

Amie berkata...

Pinjam resepinya ye Rohah....

Fadzillah berkata...

Sedapnya... masak lemak tu. Minta semangkuk.
Pucuk kaduk ni, kalau dibuat masak lemak dgn siput sedut mesti sedap... kan.

Nadz Nazharzan berkata...

Wah sedapnya gulaiiii.. ada telur asin lak tu.. Mmg kena dgn lauk lemak cam ni...

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rohah :D
Sedapnya masakan kampung mcm ni...kalau Kak Lin makan lauk mcm ni pasti guna gear 5 hahaha, mak mertua lalu kat belakang buat 2 tak nampak jer....hik3

cushion cut engagement rings berkata...

Wah sedapnya gulaiiii.. ada telur asin lak tu.. Mmg kena dgn lauk lemak cam ni...

hukum islam berkata...

Wah sedapnya gulaiiii.. ada telur asin lak tu.. Mmg kena dgn lauk lemak cam ni

vimaxkapsul.org berkata...

Wah sedapnya gulaiiii.. ada telur asin lak tu.. Mmg kena dgn lauk lemak cam ni obat pembesar penis

cream anisa berkata...

Terima kasih infonya,,