Jumaat, 3 Mei 2013

KEK BUAH KUKUS


Assalamualaikum..
Salam di pagi jumaat yang penuh barakah.Redup, mendung dan suram cuaca di sini..Delay sidai baju?? oh tidak...maybe drykan dalam suhu bilik; dalam rumah je nampaknya..on kan kipas, insyaallah kering juga..

''Sesungguhnya'' memang tak pernah membaking kek buah versi kukus, banyak resepi yang saya simpan untuk dicuba sebenarnya.Saya mulakan percubaan ini dengan menggunakan resepi Nor Aini Zakaria dari koleksi buku beliau.InsyaAllah akan mencuba resepi2 yang lain pula jika berkesempatan.

Untuk resepi ni saya hanya menggunakan separuh adunan dari sukatan resepi asal bimbang tak habis sebab hanya saya dan suami je yang laju makan kek ni.Semakin lama disimpan kek ni, semakin lembap strukturnya.Sedap.
KEK BUAH KUKUS
Resepi:Nor Aini Zakaria (BUKU KOMPILASI HIDANGAN KEK)

Bahan-bahan:
540 gm tepung gandum
500 gm buah-buahan campuran
320 marjerin
300 gm gula kastor (saya kurangkan, tak ikut sukatan ini)
190 gm gula pasir (saya kurangkan, tak ikut sukatan ini)
2 sudu teh serbuk penaik
 2 sudu teh soda bikarbonat
5 biji telur gred A

Cara membuat:
1.Griskan acuan bulat berukuran 10 inci x3 inci.Lapik dengan kertas serap minyak.Sediakan pengukus dan isikan air 3/4 penuh.Jerangkan hingga mendidih.
2.Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat di atas sehelai kertas lebar.Masukkan buah-buahan campuran dan gaulkan sebati dengan tepung.Bungkuskan kertas tadi elok-elok dan perapkan selama 30minit.
3.Pukul marjerin dan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4.Pindahkan adunan ini ke dalam mangkuk yang besar.Masukkan bahan yang diperap tadi sedikit-sedikit sambil digaul rata.Ketepikan.
5.Masukkan gula pasir dalam periuk dan panaskan atas api sederhana.Kacau dengan senduk kayu hingga cair dan perang.
6.Dengan cepat, tuangkan air gula ini ke dalam adunan kek tadi.Gaul rata-rata sehingga sebati.
7.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan.Tutup dengan kain nipis.Kemudian kukus selama 2 jam.



13 ulasan :

Mori Said berkata...

Salam pagi rohah... maveles nya kek buah tu.... sedap tol.... canteekk...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

akak suka juga mkn kek buah.. tp takleh mkn byk sbb kebanyakkannya terlalu manis kan.. kalau buat sendiri boleh adjust sukatan gula mcm rohah buat ni.. sebabnya.. buah kering pun dah terasa manisnya yg tersendiri...

Unknown berkata...

Salam...Rohah
Sedapnya.... akak mmg peminat kek buah, baru bercadang nak membuatnya.. Rohah dah mendahului akak nampaknya.

Yatie berkata...

lama dah teringin nak buah kek kukus ni...kali ni cuti mesti buat gak sbb boleh bawa balik kmpng sekali...

ady berkata...

as-salam
the cake looks so moist and irresistible!

suryabil berkata...

Kite pun kalau buat kek buah xde geng nk teman makan..sorg2 le jawapnya mengadap kek tu..kalau raya blh lh buat lebih sebb mak n mil minat kek buah..selalu buat ikut resepi mil.

Amie berkata...

Memang elok benar kurangkan kuantiti gulanya tu Rohah sebab bahan2 lain dah buat kek ni rasa manis, kek buah paling enak pernah aku pangan ialah di kapal terbang, memang ditempah khas dari caterer tapi gor sitiklah... sepotong vaey! Orak puas mangan... dadi taik untu tok!

Unknown berkata...

wah kak rohah..sedap tu..berbaloi tunggu lama..

Sweet red cherry berkata...

salam kenal kak rohah..

nampak sedap la kek buah tu..
singgah sini..

kak ruby berkata...

salam rohah, tak bleh tahan tngok kek buah, memang kak ruby suka sngt, mcm nak ambil je sepotong......

rahel berkata...

Resepi kek chef nor aini memang terbaek...dah byk yg kita try...semua menjadik..nampak sedap sangat kek buah ni kak...jgn lupa tinggalkan sepotong utk sy...malam baru singgah ambik...ke skali duduk minum kopi panas....hehe

Chah berkata...

Errr baju semlmpun blm kering....saya pun x penah buat kek buah ni...so x tau sapa yg suka sapa yg x suka kt rumah ni...sgt perfect kejadiannya tu...

Mylesung berkata...

tgk pun dah tau sedap..hehe..tapi tak berani nak buat sbb takut manis sgt..mungkin blh cuba resepi kak rohah ni..dah copy! hehe.. :)