Khamis, 9 Mei 2013

DIA Yang Memberi, DIA Juga Yang Berhak Mengambilnya

Assalamualaikum..
Tak semua yang indah akan terus menjadi indah...di muka bumi ni semuanya adalah pinjaman dari Allah.Dalam pelbagai bentuk Allah beri pinjaman kepada makhlukNya yang berupa nikmat rezeki, sihat, kaya dan sebagainya..Apa sekalipun bahagian yang kita terima, kita  wajib bersyukur, belajar menerima dan redha pada hakikat kehidupan.

Sebenarnya ini kali ke-3 saya mengalami miscarriage.SINI dan SINI, kisah setahun yang lalu.Harapan saya KETABAHAN kali ini bukan sahaja ketika mana tulisan ini sedang dicatatkan, tapi untuk esok dan hari-hari seterusnya.DARI pengalaman2 yang lalu, apabila berlakunya miscarriage pada seorang wanita sebenarnya peperangan emosi sedang mengadun rasa dalam diri wanita itu.Antara realiti dan rasa ketidakpercayaan.Begitulah kecelaruan yang dialami.Tapi ketenangan akan hadir jika kita kembalikan segala persoalan yang terbit dari bibit bicara hati kita dengan kebijaksanaan dan kebesaran yang ESA sekalipun agak sukar untuk kita menerimanya.Mungkin mengambil masa yang agak lama untuk kita kembali tenang di samping mengharungi kesan fizikal dari keguguran yang dialami.

REZEQI itu bukan milik saya, hanya 8 minggu sahaja anugerah Ilahi itu mampu bertahan dalam rahim saya, kerana DIA lagi berhak ke atasnya.Berita kehadirannya memang memberi kegembiraan buat saya dan suami, tapi pada masa yang sama, saya cuba seimbangkan perasaan saya kerana ujian yang ditunjukkan pada  bacaan UPT saya sekalipun positif, tapi samar2.Sama seperti kejadian sebelum misscariage tahun 2012 yang lepas.Saya terus menggoggle info di internet dari sehari ke sehari mengenai keputusan upt yang saya perolehi.Ya, seharusnya saya bersedia dengan segala kemungkinan2 yang timbul rentetan dari result upt saya itu.Tapi saya manusia biasa, seperti mana insan2 lain di luar sana.Pengharapan saya merupakan pengharapan seorang hambaNYA.

Belum berkesempatan untuk saya berjumpa doktor untuk pengesahan ujian UPT saya yang samar2, dengan kuasa dan izinNya, pada masa yang sama saya telah mengalami bleeding pada awal Mei lalu, sehinggalah semalam  8/5/2013 saya yakin bahawa yang saya telah miscariage untuk kali ke-3.Pelbagai petanda yang muncul sedari awal itu cukup mengingatkan saya supaya tidak terlalu berharap....Tambahan pula setelah bertemu doktor atas sebab kerisauan bleeding yang saya alami, ujian UPT saya telahpun bertukar menjadi negatif.Menunjukkan kemungkinan hcg saya menurun.Walaupun result ultrasound yang dilakukan oleh doktor menunjukkan kemungkinan besar saya pregnant, tapi berkemungkinan juga saya sedang berhadapan dengan proses pra keguguran atau atas sebab lain2 juga.Rentetan peristiwa 8/5/2013 semalam, pagi tadi saya berkejar semula ke klinik untuk kepastian miscarriage.Kini telah terjawab, doktor telah mengesahkan sememangnya miscarriage setelah melalui ujian ultrasound.Rahim sudah kosong.Maka kembali juga pada fitrah ''DIA yang memberi, DIA juga yang berhak mengambilnya''.Saya percaya semua ada hikmahNya.

-SEKADAR BERKONGSI RASA-

Jom baca dan kongsi info PENTING /BERGUNA;

15 ulasan :

dari dapur nasya berkata...

Sabarlah kak Rohah....yang pasti Dia yang lebih mengetahui segalanya....

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

sabar byk2 ye rohah.. mgkin belum rezeki rohah & suami... segalanya telah tersurat.. hanya DIA yg maha mengetahui apa yang terbaik utk hambaNYA... semoga rohah jaga kesihatan.. slmt berpantang...

Mori Said berkata...

sabar la yer Rohah...

HALAMANKU berkata...

Salam rindu kak Rohah...
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.. terharu n bangga dengan ketabahan akak.. Allah telah merancang, sesungguhnya rancangan yang ditakdirnya adalah yang terbaik.. Moga ada hikmah disebaliknya..
semoha akak cepat sembuh n sihat kembali...

ZalinZalina berkata...

Moga awak tabah...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...

Moga tabah menghadapi ujian ini ye Rohah ....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Salam Rohah, moga tabah, Rezeki darinya juga..insyaallah, takkan selamanya gagal kan??

Sweet red cherry berkata...

salam kak..

moga tabah dan banyak besabar..insyaallah pasti ada hikmah disebaliknya..

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam Rohah
moga kuat dan tabah menerima ketentuanNya
insyaallah ada rezeki lg nanti ye
w/pun akak tak penah melaluinya tp melalui pengalaman kawan2 memang sukar sebanrnya
dorongan insan2 tersayang harap memberi kekuatan pada Rohah ye

Unknown berkata...

Assalamualaikum Rohah, banyak2 bersabar ya dik, rezeki ajal maut semua ALLAH yg tentukan jadi kita wajib kena pasrah lah MUNGKIN belum rezeki lagi lah tu...

Cendana Kasih berkata...

sabar yer Rohah..ada hikmah disebalik setiap kejadian, hanya DIA MAHA MENGETAHUI

semoga ada rezeki lagi dikemudian hari

zila norazila berkata...

Salam rohah.
Tabah tau..insyallah ada gsnjaran yg hebat allah akn beri bg org yg sntisa redha..moga ada rezeki nnt tau..

Qasey Honey berkata...

slm kak Rohah..
sabo ye kak...mgkn lom rezekinya lg..semoga akak kuat n tabah..

kak ruby berkata...

salam dan slmt pagi rohah, kak ruby turut rasa smpati, sabar lh diatas dugaan Allah ni, Allah sayang pd hamba nya, sbb itulh dia bg dugaan, Allah tahu rohah kuat dan boleh mnhadapinya, insyaAllah nnti ada rezeki......

Amie berkata...

Rohah,
aku ketinggalan entri iki... ya Allah... podolah usia kandungan aku tahun lepas seng keguguran nang kampung bukit ijo...sampek aku fobia... owala.. seng sabar waelah yo... rejekiney urong tekan...