Isnin, 27 Mei 2013

CEKODOK PISANG LEMBUT


Assalamualaikum..
Apa khabar semua, semoga dalam keadaan sihat dan tenang selalu.Selamat menjalani tugas harian dengan penuh keceriaan.


Menu kuih muih tradisi je hari ni, siapa yang tak kenal dengan cekodok pisang kan..Sedap dibuat sarapan.Cekodok pisang ni lembut sangat sebab saya adun dengan tepung naik sendiri...tak perlu bubuh soda bikarbonat, tetap cantik gelembung, gebu lagi strukturnya.Mentelahan pisang awak banyak tempohari, so memang sedap dibuat cekodok.

CEKODOK PISANG LEMBUT
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak - lecek
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Lenyekkan pisang.Masukkan gula dan garam.Sebatikan.
2.Masukkan tepung dan gaul rata.
3.Panaskan minyak dengan api sederhana besar.Jemputkan dengan tangan mengikut saiz yang disukai.
4.Setelah kekuningan dan masak, angkat dan toskan.
5.Ulangi step menggoreng sehingga adunan habis.Pastikan minyak dibiarkan panas anggaran 1 minit setiap kali mengulangi proses menggoreng seterusnya.

16 ulasan :

syapex ( Wan Muhammad Syafiq ) berkata...

buat menu minum petang sedap ni...
pekena dgn kopi O...

JaSSNaNi berkata...

semalam dok umah.. mmg teringat2 nak buat cokodok pisang.. tapi takde pisang pun kat umah.. so dok umah buat cokodok manis je...

Mamasya berkata...

Aslmkum Roha
sedap jemput pisang buat minum ptg....anak2pun suka...kejap je licin...
crepe choc keju kat bawahpun nampak sedapp...

tun_telani berkata...

salam kak rohah.. tun mmg peminat tegar cekodok pisang ^^ mmg kalau buat sekali hadap je habis.

ady berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ady berkata...

as-salam
sedapnye petang2 dapat mkn ceko dok pisang..

Chah berkata...

Rohah? 10 sisir? Ah bener nih! Pape pong...cekodoks forevers....

mama sara nur @ Cik Nor berkata...

assalam
akak suka cekodok lembut gebus gini
memang kalu buat habis je laku kat rumah akak ni

Rohah berkata...

Aha ha...kak chah, dah edit kat sisir atas tu, tukar ke 'biji'..; belajar BM tak tos..kehkeh

rahel berkata...

Memang sedap i digandingkan dengan teh O panas...perghhh

Mori Said berkata...

Cantik bulat cekodok tu.... Mori jarang dpt buat bulat cm tu hehehe

Amie berkata...

Enak temen kayaney jumput pisangey kuwi.... iso entek sepereng kiye angger dipangan karo wedang panas...

zila norazila berkata...

sedap..akk pun suka nie..wt minum ptg mmg sesuai..

Sue @ Nenie berkata...

Assalamualaikum Kak.>Wahhh memang lembut gebusssss cekodok akak ni..Bila tengok keratan rentas dia...walllaaaaahhhhhhhh

Qasey Honey berkata...

aduhaiii sukanya..tp klau mkn cekodok pisang ni QH suka cicah ngn sambal kicap..perghhh meletoppp..hihi

rulien berkata...

Cuba jgn x cuba..resepi yg mudah , hasilnya Sedap😊..TQVM for sharing.. semoga Allah dpat membalas