Isnin, 29 April 2013

LEMPER

Assalamualaikum...
Bersua lagi hari ini...Saya doakan rakan maya semuanya sihat dan dapat meneruskan aktiviti harian dengan sebaiknya.2 hari saya off dari BW ke blog kawan2.Ada masa saya akan jalan2 juga nanti insyaAllah.

Hari ni memperkenalkan kuih tradisi masyarakat jawa di Selangor, untuk masyarakat jawa di segelinap negeri lain saya tak pastilah pula.Kirannya kuih LEMPER ni memang menjadi kuih famous ketika musim kenduri kendara sebagai hidangan untuk tetamu dan orang yang buat kerja rewang/ kejobos.

Pengalaman membungkus LEMPER ketika saya kecik dulu di rumah jiran2 yang mengadakan kenduri kahwin yang membolehkan saya membungkus kuih ni.Kalau tak, mungkin tak dapat saya nak memokan pengalaman itu di halaman ini.Walaupun tidak secekap makcik2 di kampung, tapi bolehlah setakat membuatkan bungkusan kuih ni tak terburai ketika dikukus..ahaaa hhaaa..


Macam mana nak sebut perkataan LEMPER tu ye??..sebab vokal "e" kita mempunyai 2 tugasan bunyi.Tapi untuk perkataan LEMPER ni, 2 ketul huruf  "e" yang terkandung dalam perkataan tersebut disebut seolah2 menyebut suku suku kata "e" dalam perkataan "EMAS"..Heee hhee, dah siap explain macam guru bahasa pulak dah..

Rasanya memang sedap sebab digandingkan dengan inti/ serunding tu.Sukatan gula dan garam dalam inti ni memang banyak untuk menyeimbangkan rasanya.Jika sedikit, ianya memberikan kesan yang tidak enak pada kuih yang kita buat setelah kuih LEMPER ini siap dikukus.Itulah rahsianya.Bagi sesiapa yang teringin menikmati keenakan rasa kuih LEMPER ni, bolehlah rujuk cara penyediaan dan pembungkusannya di bawah.Selamat mencuba. 

LEMPER
Rujukan:Bondaku Tercinta
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (15 biji)
2 cawan pulut
1 1/2 santan pekat
1 sudu kecil garam

Cara:
1.Rendamkan pulut selama 1 jam.Cuci dan toskan.
2.Didihkan air dalam periuk kukusan.
3.Satukan pulut, santan pekat dan garam dalam loyang.Kukus selama 30 minit.

INTI/ SERUNDING (sesuai untuk 2 adunan pulut di atas)
Bahan-bahan:
1 biji kelapa parut | sangai sampai perang, tumbuk
20 gm udang kering | goreng, tumbuk
5 ulas bawang putih | hiris & goreng, tumbuk
1 batang serai | hiris nipis, goreng, tumbuk
10 biji lada putih | tumbuk
4 - 5 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam

Cara:
1.Sangrai kelapa parut hingga perang.Tumbuk.(jangan sampai jadi kerisek ye, agak2 lumat macam nak buat serunding nasi kerabu).Ketepikan.
2.Gorengkan hirisan bawang putih, serai dan udang kering.Tumbuk lumat.
3.Dalam satu mangkuk, satukan kelapa sangai yang telah ditumbuk tadi bersama bahan2 gorengan yang ditumbuk lumat.
4.Gaulkan pula dengan lada putih tumbuk, gula dan garam hingga sebati.


LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN & MEMBUNGKUS LEMPER
1.Sediakan daun pisang yang dikoyakkan menjadi saiz seperti di bawah untuk dijadikan barut (untuk membalut pulut).
 

2.Sediakan daun pisang dan batang  lidi secukupnya.Layur sekejap daun pisang untuk memudahkan proses membungkus.

3.Inti/ serunding.

4.Supaya pulut tidak melekat ketika dileperkan, gunakan plastik membungkus sebagai pengalas pulut.Sarungkan tangan kita dengan plastik juga jika boleh.Setelah pulut dileperkan, bubuhlah inti ke dalamnya.

5.Kepalkan pulut secara membujur panjang.Padatkan agar inti tidak terkeluar.

6.Ambil barut daun pisang (item no.1 di atas), dan balutkan kepalan pulut dengan kemas.

7.Buat sehingga pulut habis untuk memudahkan proses seterusnya.

8.Lihat cara membungkus pulut pula.Hamparkan helaian daun pisang, dan letakkan balutan pulut.Lihat gambar di bawah.

9.Lipatkan tepi daun pisang ke bahagian tengah.

10.Lipatkan bahagian tepi daun pisang yang sebelahnya lagi untuk langkah yang sama sepeti item no.9.

11.Kemudian lipatkan sisi daun seperti gambar di bawah.

12.Kepilkan dengan lidi supaya lipatan tidak terbuka.

13.Buat lipatan yang sama untuk sisi yang satu lagi.Beginilah rupa bentuknya setelah siap.Jika mahu, gunting sedikit hujung daun yang berkepil dengan lidi supaya kemas.(jika tak nak pun tak apa).

14.Buat sehingga habis.Susun dalam loyang kukusan.Kukus selama25 minit.Sejukkan, dan hidangkan.

12 ulasan :

Sheila Shafeareen berkata...

Assalamualaikum kak sdp npknye tu 1 st negok dan degar ada kuih ni...ada mcm rasa pulut inti serunding ye kak?

ady berkata...

as-salam
npk mcm sedap kuih ni..tapi 1st time dgr kuih ni..

Rohah berkata...

waalaikumussalam Sheila, inti tu mmg ada rasa serunding Sheila..

Fadzillah berkata...

Salam Rohah....
Baru pertama kali dengar kuih lemper ni. Mesti sedap rasanya... ya.

tun_telani berkata...

Assalamualaikumm... wahh.. jakun! tun xtau kewujudan kuih nih :O
mcm pulut panggang versi kukus la kan kak.

zila norazila berkata...

X pernh dgr jgk ne rohah..mcm kuih pulut pnggng kukus kn..

Unknown berkata...

macam pulut inti jugak ye kak rohah..sedap ni..bau daun pisang nye lagi...mau tambah sambil rewang nye

Unknown berkata...

Salam....Rohah
Pertama kali akak dengar nama kuih ni.
Akak ingat mcm kuih kochi sebab berbungkus dgn daun pisang.... rupanya pulut yang berisi serunding..
Pasti sedap serunding yang diapit dengan pulut dan harum dari aroma daun pisang kan...

Mori Said berkata...

Salam rohah... Tgok pon dh sedap ni ... Hehehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Akak pernah jumpalah kuih ni, tak tahu pulak namanya lemper.. eh, kalu Rohah tak ajar cara sebut, mesti akak akan sebut e tu bunyinya ea.. hehehehe...

kakbesah berkata...

salam Rohah, akk selaku jawa pure memang knal sgt ngn lemper ni, sgt popular di daerah Banting Selangor. sedapnyer.. dh lame akk tak mkn, akk suke ngn rase intinye yg manis2 pedas 'merico' tu. rajinlah Rohah ni.. hehe

Furniture Online berkata...

salam kak rohah...lemper isi daging atau isi abon sama2 nikmatnya. biasanya dinikmati sebagi bekal di perjalanan