Khamis, 28 Februari 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKERISEK



Assalamualaikum..
Salam malam jumaat buat rakan2 dikasihi, semoga barakah hendaknya.Slow saya nak bersiaran, kesihatan tak berapa mengizinkan..Tak berkesempatan juga nak menyinggah/ BW ke mana2, insyAllah akan dijejaki juga selepas ni.
Hidangan ni hampir 1/2 bulan berlalu, rezekinya baru malam ni nak disiarkan..Hari tu nampak Kak Yatie hidangkan ayam ni, nampak sedap sangat untuk dicuba.. Kebetulan bahan2nya pun mencukupi masa tu, terus saya buat...TQ Kak Ummi atas sumbangan resepinya, dan Kak Yatie yang sudi berkongsi lagi di Sinar Kehidupanku.
AYAM MASAK LEMAK CILI API BERKERISEK
Resepi:KakUmmi
Sumber:Kak Yatie

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | potong 12-14 ketul/ikut suka
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
3 sudu besar kerisek
Garam secukup rasa
Sedikit gula
2 helai daun kunyit | dibuang bahagian tengahnya dan simpulkan
5 batang serai ketuk
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan dikisar atau tumbuk lumat:
8 tangkai cili padi hijau (tak letak, takde stock)
4 tangkai cili padi merah (saya lebihkan sikit)
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 cm lengkuas

Cara memasak:
1.Ayam bersihkan dan toskan.
2.Panaskan minyak dalam periuk yang sesuai, tumiskan bahan kisar bersama serai yang diketuk tadi.Kacau hingga naik bau.
3.Masukkan ayam dan balik-balikkan.Masak hingga air ayam sedikit kering.
4.Masukkan santan cair, daun kunyit, dan asam gelugor.Masak hingga mendidih.
5.Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak lagi hingga ayam empuk.
6.Kemudian masukkan santan pekat dan kerisek dan masak hingga kuah agak pekat dan seimbangkan rasanya.
7.Tutup api dan hidangkan bersama nasi putih.

Rabu, 27 Februari 2013

KEK RED VELVET


Assalamualaikum..
Jumpa lagi hari ni dengan Kek Red Velvet yang dibuat pada 2 minggu yang lepas.Tak berapa menyerlah sebab saya gantikan pewarna coklat dengan coklat emulco.
Saya pernah buat Kek Red Velvet 2 tahun lepas, tapi tak menjadi langsung, tu yang serik nak buat lagi.Sebab memang langsung tak boleh nak dijamah, penangan untuk cik tong.Mungkin saya silap teknik ketika mengadun.Baru2 ni tergerak hati semula nak mencuba, tapi guna resepi yang lain, ambil dari majalah.Ambik resepi yang simple2 je.

Untuk saiz hidangan saya telah buat separuh sukatan dari sukatan asal, bimbang tak habis sebab anak2 kurang gemar kek berat.Untuk toppingnya saya guna pakai versi sendiri je, dengan mencampurkan krim cheese dengan whipping cream.

KEK RED VELVET
Resepi:Bakeri Enak Rasa (Majalah RASA)

Bahan-bahan:
240gm mentega
300gm gula kaster (saya kurangkan)
4 biji telur
300gm tepung rendah protein (saya guna superfine)
10gm susu tepung
1 sudu  teh esen vanila
50gm air
1sudu teh glycerin
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu makan pewarna coklat (takde stock ganti dgn coklat emulco, tp tak menyerlah warnanya)
1 sudu teh baking powder

Cara:
1.Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk adunan sehingga gebu.
2.Selepas itu masukkan esen vanila dan telur.Pukul lagi sehingga kembang.
3.Kemudian masukkan tepung rendah protein, baking powder, susu tepung, glycerine, pewarna merah dan pewarna coklat.Adun sehingga rata.
4.Selepas itu masukkan air dan kacau sehingga sebati.
5.Tuangkan ke dalam acuan bersaiz 9" dan bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 30 hingga 40 minit.

Topping:
250gm cream cheese
2 cawan whipping cream

Cara:
Lembutkan cream cheese dengan pemutar, kemudian masukkan whipping cream dan pukul hingga kental.

Nota/info:Glycerine memberikan tekstur kek yang agak berkilat sedikit.

Isnin, 25 Februari 2013

PUDING LAPIS KELADI




Assalamualaikum..
Lama juga tak buat puding..Tempohari ada sedikit keladi baki membuat Talam Berlauk Keladi, saya jadikan puding.Kebetulan cuaca masa tu panas terik,bagai mengantuk disorongkan bantal.Bingkas saya memulakan projek memuding.Lagipun keladi yang berbaki tu memang dah siap rebus, tinggal teruskan operasi sahaja.



Sebelum ni pernah buat Puding Aiskrim Keladi, memang sedap.Cuma bezanya tak ada rasa keladi lenyeknya.Memang tak jauh beza diapunya rasa, maklum je lah kan, bau keladi memang sedikit harum, warnanya pula memang cantik menawan.


PUDING LAPIS KELADI
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
10gm agar-agar kering/ tali
3/4 cawan gula
2 1/2 cawan air
100gm keladi (yang telah direbus) | lenyek
Pewarna ungu
Perisa keladi
1/2 cawan susu cair
1 cawan santan
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)


Cara:
1.Satukan agar2, gula dan air dalam periuk.Renehkan hingga kesemuanya larut sebati.
2.Dengan menggunakan api sederhana ,masukkan susu cair, santan dan garam.Kacau dan sambung mereneh sekejap.Masukkan bancuhan tepung jagung, sebatikan.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dibiarkan kosong, dan sebahagian lagi bubuhkan keladi lenyek, pewarna ungu dan sedikit perisa keladi.
4.Ambil loyang yang sesuai, selang selikan adunan sehingga habis.Teknik melapis; selepas satu lapisan dituang, pastikan ianya membeku sedikit (jangan sampai beku sangat), barulah dituang lapisan seterusnya.Ulang step tersebut sehingga adunan habis.
(Untuk pastikan adunan tidak cepat beku dengan memanaskannya sambil dikacau selalu di atas api sederhana).


Sabtu, 23 Februari 2013

PERIA GORENG BIJAN



Assalamualaikum..
Bagi penggemar peria, di sini saya ingin berkongsi resepi mudah untuk menyediakan peria goreng.Enak dibuat kudapan begitu sahaja.Sesuai dan sedap bila dicicah bersama sambal kicap.Cubalah sendiri jika mahu kelainannya...

PERIA GORENG BIJAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
250gm peria | hiris bulat
1/3 tepung jagung
1/3 cawan tepung gandum
Serbuk lada sulah secukupnya
Garam
Bijan hitam secukupnya
Sedikit air (untuk membancuh tepung)
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Hiris peria berbentuk gegelang dan buang empulur tengahnya.
2.Satukan tepung jagung, tepung gandum, garam, lada sulah dan bijan dalam mangkuk.Bancuh dengan sedikit air.Kacau sebati.
3.Panaskan minyak, ambil peria satu persatu dan celupkan ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga kekuningan.
4.Hidangkan.Enak dimakan begitu sahaja bersama sambal kicap atau dibuat sayuran ketika menjamah nasi.

BISTIK SOTONG ANAK BANYAK


Assalamualaikum..
Selamat petang..Jumpa lagi hari ni alhamdulillah...
Cerah ceria hari ni, bolehlah ambil kesempatan melakukan aktiviti yang sesuai dengannya kan..

Hidangan sotong dari Damai Qalbu sebagai jamuan mata untuk rakan2 maya.Sotong ni pun dah lama habis.Resepinya ala2 masak kicap, cuma ada tambahan rempah ratus.Resepi asalnya adalah menggunakan daging, tapi sebab ada stock sotong je masa tu, makanya jadilah BISTIK SOTONG ANAK BANYAK.Boleh mencuba jika teringin nak rasa kan..

BISTIK SOTONG ANAK BANYAK
Resepi Asal:BISTIK ANAK BANYAK
Oleh:Fauziah Hassan (Majalah SAJI)
Olahan: rohaisha

Bahan-bahan:
400gm sotong (resepi asal ialah daging)
2 biji kentang | hiris & goreng (tak letak)
1 sudu besar rempah | tumbuk (saya kisar)
1 sudu kecil jintan manis | tumbuk (saya kisar)
1 sudu besar cili kisar
1/4 cawan kicap manis
Air secukupnya
1 tin kecil kacang pis | toskan airnya
1 labu bawang besar | hiris
1/4 cm halia tumbuk
3 ulas bawang merah |tumbuk
2 ulas bawang putih | tumbuk
1 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kelopak bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit air
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan:
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
(Nota:Jika menggunakan daging, rebus terlebih dahulu daging dengan air secukupnya hingga lembut).
2.Masukkan rempah, jintan manis dan cili kacau lagi hingga masak.
3.Tuangkan sotong dan renehkan hingga kuah kering sedikit.
4.Tuangkan kicap, kacau rata.Masukkan bawang besar, kacang pis dan lada hitam.Kacau lagi hingga bawang layu.
5.Sebelum diangkat bolehlah dimasukkan kentang dan balik-balikkan sebentar.
6.Hidangkan bersama nasi atau roti.

Khamis, 21 Februari 2013

UDANG MENTEGA VIETNAM


Assalamualaikum.
Semalam nampak Kak Yatie hidang udang, hari ni pulak nampak kak Mamasya kita pun hidang udang....Kita pun ambil peluang nak hidang udang jugaklah..Hehee..Tapi udang kita ni sebenarnya dah terperam sebulan dalam draf, makanya memang tak usah ditanya la erkk ada lagi ke tidak ..yang ada hanya tinggal pinggan je kat rak tu.

Hasil menyelak majalah lama nampak resepi udang ni, simple je kiranya nak menyediakannya.Cuma saya tak ada stock krim masakan, jadinya tukar je dengan mayonis.Walaupun nampak ringkas je kat udang tu, tapi sedap, rasa lemak2 gitu.Bolehlah dicuba kalau teringin ya.Untuk hidangan ni saya gandakan lagi dari sukatan asal kat bawah tu.Selamat mencuba..

UDANG MENTEGA VIETNAM
Resepi:Majalah RASA

Bahan-bahan:
13 ekor udang
Minyak masak secukupnya

Bahan Sos:
10ml susu cair
10gm mentega
10ml santan
10ml krim masakan (saya gantikan dengan mayonis/gm)
Daun kari secukupnya

Cara memasak:
1.Panaskan minyak masak secukupnya.Goreng udang sehingga garing.(saya goreng separuh masak)Angkat dan ketepikan.
2.Masukkan susu cair, mentega, santan, krim masakan (saya gantikan dgn mayonis) dan daun kari secukupnya ke dalam periuk.Kacau rata diatas api perlahan sehingga mendidih dan pekat.
3.Selepas itu masukkan udang, gaul rata.
4.Angkat dan sedia dihidangkan 

Rabu, 20 Februari 2013

RENDANG AYAM RANTAU Vs PULUT KUNING


Assalamualaikum...
Inilah dia rendang ayam yang saya makan dengan Nasi Lemak Seri Pandan tempohari, merangkap sekali dengan Pulut Kuning.Memang betul2 Xtra rajin lagi time tu.Memang betul2 ikut selera tekak ku..hi2.Nasib baik tekak yang lain setuju juga.

Saje letak nama rantau tu sebab almaklumnya saya ni juga merantau, walaupun masih dalam lingkungan negeri sendiri iaitu Selangor ku sayang..Jangan marah ye kawan2 erkkk..saja nak berceloteh, tak ada niat nak beza2kan tau.Macam biasa, perencah rendangnya sama je macam orang lain buat, ada lengkuas, ada kerisek, itulah namanya rendang kan..Resepinya ada kat bawah tu ye..Selamat jamu mata..


RENDANG AYAM RANTAU
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 kg ayam
30gm cili kering | kisar
6 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
4 batang serai | kisar
10cm lengkuas | kisar
3 sudu besar kerisek
1/2 cawan santan pekat
Air secukupnya
Air asam jawa
6 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air dan daun limau purut.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam separa empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Taburkan hirisan daun kunyit.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.

PULUT KUNING
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
3 cawan pulut* | rendam semalaman bahan bertanda (*)
1 keping asam gelugor*
Serbuk kunyit*
Air secukupnya*
1 cawan santan pekat**
1 sudu besar garam** | satukan bahan brtanda (**)
2 sudu minyak masak

Cara:
1.Rendamkan bersama bahan2 bertanda (*) semalaman.Cuci bersih dan toskan.
2.Didikan air dalam periuk kukusan.
3.Alaskan kukusan yang berlubang dengan plastik yang telah dilubang-lubangkan.Letakkan pulut di atas plastik tadi.Ratakan dan kukus selama 20 minit.
4.Buka penutup kukusan, kacau gaul pulut tadi.Curahkan santan ke atas pulut dan gaul lagi supaya sebati.Sambung semula mengukus selama 20 minit.
5.Sudukan pula minyak ke atas pulut dan gaul lagi.Kukus lagi selama lebih kurang 10 minit.
6.Pastikan pulut masak dan tutup api.


ROTI BOYAN


Assalamualaikum...
Entah mengapa minggu lepas selepas terajin buat nasi lemak, teringin pulak makan Roti Boyan...hhmmmm, banyak betul teringinnya tu kann!!.Rentetan sambal nasi lemak yang masih berbaki, tak berlengah terus saya capai kentang dan mulakan projek apa yang terlintas diminda ketika itu.

Pernah buat Roti Boyan ni dulu, sedap pulak..walaupun masa tu saya tak buat sambal cicahnyanya, makan begitu saje.Tapi cam biasa, anak2 saya memang tak akan sentuh sambal.Penyelesaiannya mereka cicah dengan mayonis...Sedap juga!!.

Kiranya sukatan di bawah ni memang mengenyangkan, saya buat untuk hidangan makan malam, menggantikan suapan nasi.Tapi tu lah, bab uli menguli ni memang saya tak berapa nak terlebih rajin, jadinya kulit tu tak nipis..tebal semacam.Nak sedap memang kena nipis macam buat karipap tu, kalau boleh lagi nipis.Walaupun dah pernah dN3kan di Fb satu ketika dulu, saya sisipkan lagi sekali respinya di sini untuk mudah buat rujukan.Untuk sambalnya pula boleh rujuk di SINI.
ROTI BOYAN
Resepi:Majalah RASA

Bahan Untuk Kulit:
500gm tepung gandum
50ml minyak masak | dipanaskan sekejap
Sedikit garam
Air panas suam secukupnya

Bahan Untuk Inti:
1/2 kg kentang | direbus dan dilecek hingga halus
2 biji bawang besar | hiris halus (saya kurangkan)
2 biji telur rebus
Beberapa helai daun sup dan bawang | hiris halus
Lada sulah dan garam scukup rasa

Cara:
1.Kulit:Campurkan tepung bersama minyak dan garam.Gaul rata.
2.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut.
3.Ambil sedikit untuk dibulat-bulatkan sehingga adunan habis
4.Inti:Gaul dan lecekkan kentang bersama bawang, daun sup, daun bawang, lada sulah, garam dan juga telur.Gaulkan hingga sebati.
5.Canai doh seperti membuat roti dan letakkan bahan inti ke atas doh dan tutup seperti membuat murtabak.
6.Panaskan sedikit minyak dan goreng dengan api sederhana.