Rabu, 24 September 2014

BINGKA ROTI TUNA


Assalamualaikum..
Kalau tak beriya2 memang tak jadi bingka roti ni.Ni gara2 roti sebungkal macam tak bersambut kewujudannya, sebab anak2 dah jemu makan roti kosong gamaknya kerana ada pilihan roti lain.Jadinya dalam kepala masa tu terus pick up resepi Bingka Roti Berlauk Kak Hanieliza.Makanya bebaloi jugalah sebab dapat makan bingka roti dan2 tu dek dah lama sangat tak buat.

Sebelum ni memang buat ikut resepi kak Hanieliza, cuma kali ni saya ubahsuai sikit bahan-bahannya terutama pada intinya memandangkan hanya ada stock tuna pada masa tu, bukan daging atau ayam.Bingka ni memang mengenyangkan bagi menggantikan menu nasi di malam hari...Tapi kalau dah berpotong2 masuk mulut, bukan diet dah tu...hihiii.Karbo tetap karbo...huwaaaa..Alhamdulillah licin juga satu loyang sebab ada yang suka sangat dengan bingka ni.

BINGKA ROTI TUNA

Bahan Bingka:
1 buku kecil roti [10 keping]
4 cawan susu segar 
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar minyak masak 
3 biji telur
garam

Cara:
1.Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan susu segar sehingga kembang.
2.Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3.Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4.Bakar dalam oven 180 drjh C selama 30 minit.
5.Keluarkan loyang dan taburkan tuna beserta inti [rujuk bahan2 dan langkahnya di bawah] dan bakar lagi selama 30 minit.
6.Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7.Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk:
1 tin tuna [saiz kecil], tidak perlu ditumis

Bahan Inti Tumis:
1 labu bawang besar, potong dadu
1 batang lobak merah, sagat
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
Air secukupnya
Minyak masak
Garam

Cara:
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu dan wangi.
2-Masukkan rempah kari dan rempah kurma, kacau sehingga naik minyak.
3-Masukkan lobak merah, garam, sos cili & sos tomato, juga air secukupnya. Kacau rata.
4-Masakkan sehingga carrot lembut di susuli hirisan cendawan butang.
5-Biarkan sehingga kuah menyusut.

Bahan Hiasan/hiriskan:
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng


Selasa, 23 September 2014

BANANA MUFFIN

Assalamualaikum
Asal nampak gambar mufin je, memang terhingin saje.Ketegaran yang teramat bagi saya, tak kiralah mufin apapun, memang saya sukakannya.Selainnya tu kebetulan anak2 mmg gemar makan mufin, jadi kalau buat banyak pun memang tak menjadi khuatir takut tak habis.
Tapi yang sedikit terkilan sebab saya lupa bubuh baking powder masa buat mufin ni, alamakk haii...nasib baik naik juga adunannya, maybe disebabkan mengandungi soda bikarbonat, sedikit membantu jugalah..hahaaa..yang penting masih boleh dijamah.

BANANA MUFFIN

Bahan-bahan
280 tepung gandum*
1 sudu kecil double action baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil garam halus*, satukan dan ayak
250 gm pisang, lecekkan
120 gm gula kastor
1 biji telur, pukul sedikit
90 gm susu segar
90 gm minyak jagung

Cara-caranya
1.Dalam mangkuk sederhana, satukan pisang yang telah dilecek bersama gula kastor, telur, susu segar dan minyak, gaul sebati.
2.Masukkan adunan kering yang telah diayak dan gaul rata. JANGAN TERLEBIH GAUL.
3.Sediakan loyang mufin bersama papercup dan tuangkan sepenuhnya adunan dalam papercup.
4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 darjah C selama 25 minit atau sehingga masak.
5.Keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai.Sedia untuk hidangan petang.




Isnin, 22 September 2014

SOTONG MANIS

Assalamualaikum..
Sinonimnya kalau kita masak lauk yang menggunakan kicap biasanya dipanggil masak kicap..Kalau kat Malaysia ni, saya rasa memang itulah istilah yang digunakan sama ada memasak daging , ikan ataupun yang sewaktu dengannya.
Adakalanya nak masak yang mudah2 pun macam buntu kan..[ada gangguan mood apabila nak memasak le ni..hihii].Hari tu dalam membelek resepi akibat kebuntuan,  jumpa pulak resepi yang cukup ringkas ni.Tapi saya tukarkan bahan asasnya daging kepada kepada sotong.Memang hilang terus kebuntuan tu.Mudahkan cerita, kalau kat Malaysia akan dipanggil Sotong Masak kicap.Tapi teringin nak try resepi dari majalah SEDAP ni, sebab penyediaan bahannya cukup ringkas sekali pada masa kejadian [sindrom buntu]...semuanya settle dengan pantasnya.Agenda penyelamat la ni...huhuu
SOTONG MANIS
Resepi Asal DAGING MANIS
Sumber Majalah Sedap

Bahan
400 gm sotong [resepi asal;daging lembut, potong 5x7x1/2cm]
2 cm halia, ketuk
3 biji cili merah besar, hiris bulat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula pasir
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
500 ml air [untuk sotong, jika nak pekat, kurangkan air]
2 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan kisar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara membuat
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan halia sehingga terbit aroma.Msukkan cili, kacau sehingga setengah layu.
2.Masukkan daging/ sotong, kacau sehingga berubah warna.Masukkan kicap manis, garam, gula pasir dan serbuk lada sulah.Kacau rata.
3.Tuangkan air.Masak sehingga matang dan menyerap.[untuk sotong, saya tidak reneh terlalu lama, untuk mengelakkan sotong menjadi liat.


Ahad, 21 September 2014

KUIH GETAS-GETAS

Assalamualaikum..
Suka betul makan kuih ni waktu kecik2 dulu.Bila gigit, tarik kuat2 dan kunyah sehabis baik...hihiii.Tu kalau dapat yang liat.Tapi kalau dapat yang lembut macam resepi ni, memang sedap mengunyahnya.
First time buat sendiri kuih ni, biasanya beli je atau dapat makan di majlis2 tertentu.Mudah je menghasilkannya, dan cepat siap.Saya try buat separuh adunan, tak sangka pulak anak2 dapat menjiwainya...Kira o.k sangat la tu..
KUIH GETAS-GETAS
Resepi; Teratai Desa
Sumber; Kak Yatie

Bahan-bahan/ 25 keping
1 peket tepung pulut [500 gm]
1 biji kelapa parut [guna yang putih dan muda]
Sedikit garam
2 cawn air [tuang sikit-sikit sampai jadi doh yang dikehendaki]
Minyak secukupnya untuk menggoreng kuih

Bahan-bahan untuk Gula Sira
1/2 cawan air
3/4 cawan gula

Cara-cara
1.Satukan tepung pulut dan kelapa kelapa parut
2.Campurkan air dengan garam.
3.Masukkan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi.
4.Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jangan lembik sangat/ keras sangat.
5.Ambil sedikit doh gentel memanjang, leperkan.
6.Goreng dengan api yang sederhana.

Cara untuk buat Gula Sira
1.Campurkan air dan gula di dalam kuali, masak hingga pekat, berbuih dan bertali baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
2.Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.



Khamis, 18 September 2014

JULAI dan OGOS, SEMOGA MENJADI ANAK YG SOLEH & SOLEHAH

Assalamualaikum
Setiap tahun dirai bersama hari kelahirannya antara Abang dan Kakak bila Julai menyapa.Sebab tarikh kelahiran mereka berdua beza 5 hari je.Sebulan kemudian Adik pula...Pernah beberapa tahun dulu kami raikan 3 orang sekali dalam satu masa...Diraikan secara santai2 je, sekadar menghiburkan mereka..semoga Allah memberkati usia mereka.
Birthday Abang n Kakak
Julai 2014
Macam2 jenis kek ada...hihiii, sampai naik muak menjamahnya
Time birthday Abang dan Kakak pada julai baru2 ni, abahnya sponsor kek dari kedai je...Ummi tak berkesempatan nak buatkan kek, maaf banyak2.Semoga Allah memberkati anak2 ummi dan berjaya dunia akhirat.Aameen.
Birthday Adik
Ogos 2014



Abang exited masa ni sebab sehari kemudian dah nak flight ke Riau.Kek Coklat Fudge pun atas permintaannya supaya dibuatkan untuk Adik..''Nanti 4 bulan abang x ada kat Malaysia, kalau boleh nak sambut birthday Mail sama2 sebelum abang bertolak''..hujahnya.

SELAMAT HARI LAHIR

Sabtu, 13 September 2014

SELAMAT BERMUSAFIR

Assalamualaikum
Dah masuk 2 minggu anak bujang bermusafir, didoakan agar sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. Doa sentiasa mengiringi agar Allah permudahkan segala urusan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi diperantauan walau hanya untuk 4 bulan je sehingga lewat Disember nanti.

Saya sisipkan sebahagian yang terakam di sini sebagai kenangan untuk diimbas...Bila dah masuk minggu ke minggu, rindu di hati si ibu semakin menjengah rupanya...hihiiii, ma sha Allah...
In sha Allah si abang ni dapat menyesuaikan diri di sana sebab suasana dan cara hidup di Indonesia tak jauh berbeza dengan Malaysia.Jawabnya ok sahaja bila dihubungi, alhamdulillah.











Setibanya di Lapangan Terbang Pekan Baru, Riau
[Gambar ehsan dari ustaz] 

Gambar ehsan

Gambar ehsan




Gambar ehsan
Selamat bermusafir dan pulang semula ke tanah air dengan beroleh keberkatanNya, in sha Allah ...Aameen Ya Rabb.

Jumaat, 12 September 2014

KEK COKLAT FUDGE


Assalamualaikum
Bila mood berblog kembali pulih...keraplah mengpdate N3, tapi aduhaiii... lambatnya nak siapkan 1 N3 dek laptop x laju..Jadinya selang selikan dengan aktiviti rumah yang pelbagai, alhamdulillah selesai lah juga.

Nak kabo kek yang superb moist ni, sedapnya....Permintaan anak bujang juga untuk Ulangtahun kelahiran Si Adik..Time birthday dia hari tu tak sempat nak buat kek untuknya, kesian juga Si Abang.Jadi interframe kehendak dia dekat Si Adik.Dia sukakan kek yang moist sambil diberi pilihan gambar kek yang tampak moist untuk dicuba dari google.Memang menepati citarasanya kali ni..alhamdulillah.

KEK COKLAT FUDGE
Sumber; Hairunnisak

Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk coklat
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam
Sedikit vanilin [juga boleh menggunakan vanila]
2 cawan gula
3 biji telur
1 1/4 cawan susu segar
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu teh coklat mocca [jika perlu]
1 1/4 cawan air panas

Cara
1.Ayak tepung, soda bikarbonat, serbuk koko, garam dan vanilin.[saya guna esen vanila, maka saya masukkan ke dalam bahan cecair]
2.Pukul gula, telur, susu,minyak dan mocca paste.
3.Campur bahan [1] dan [2] dan kacau rata.
4.Akhir sekali tambah air panas sambil adunan dan dikacau.
5.Masuk dalam loyang
6.Bakar dalam oven 180 darjah C selama 40-45 minit.

Topping
1 sudu besar mentega
Coklat masakan [saya guna 250 gm]
1 sudu besar susu pekat manis

-Saya panaskan secara double boiler
-Bila dah suam baru tuangkan ke atas kek

Rabu, 10 September 2014

RENDANG AYAM

Assalamualaikum..
Maaf la ye, masih menayang menu raya walaupun syawal dah berlalu..harap tak jemu...lama sudah tak mengupdate dan tak menyinggah dapur maya kawan2.Ni baru nak start..heeehe.Tapi yg paling membosankan sebab lampat sangat loading internet ni.Ke laptop dah sarat, sy pun tak pasti..Takpe2...langkah demi langkah akan terus di susun in sha Allah...

Menu rendang ni biasanya rata2 sama jer, tapi ni lah versi yg selalu saya buat.Ni pun buat sikit atas permintaan anak bujang yg nak makan dengan lemang segera hari tu.Tak dibuatkan rasa terawang-awang2 pulak nanti bila dah mula balik asrama.Jadi buat je lah walaupun dah kehabisan lengkuas pd masa kejadian..hmmm .Sweetnya jiwa seorang ibu ye.Macam tu lah perasaan ibu2 kita dulu agaknya melayan putera n puteri tersayang..
Ok, resepinya boleh teropong...heeehe 
RENDANG AYAM
Oleh; Rohah

Bahan
400 gm ayam
15 cili kering, kisar
5 ulas bawang merah, kisar
4 ulas bawang putih, kisar
4 inci halia, kisar
3 cm kunyit hidup, kisar
6 inci lengkuas, kisar [saya tak bubuh, takde stock masa ni, aduhaii..]
3 batang serai, hiris dan kisar
1//3 santan kotak
1 sudu besar kerisik
Air secukupnya
Bancuhan air asam jawa secukupnya
5 helai daun limau purut

Cara
1.Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.Masukkan ayam dan biarkan perencah bergaul rata.
2.Masukkan air.Biarkan mereneh bersama ayam.
3.Apabila ayam mulai empuk, masukkan santan pekat dan bancuhan air asam jawa.Biarkan kuah menjadi pekat barulah dimasukkan daun limau purut dan kerisek.Perasakan juga dengan garam dan gula.Biarkan sekejap.
4.Tutup api setelah masak.