Selasa, 29 November 2011

IKAN MASAK UNGKEP

 Assalamualaikum...

Selamat petang dan semoga dipermudahkan segala urusan sahabat semua..Nak gebang sikit tentang ikan masak ungkep ni.Sesekali jemu makan gorengan je, masaklah ikan ungkep ni, segarrrr je rasanya kat tekak.Lagipun buatnye senang je...

IKAN MASAK UNGKEP
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 inci halia*
1 biji tomato} potong dua
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil lada putih} tumbuk halus
Air secukupnya} tak perlu banyak@ sekadar meneggelamkan ikan dalam periuk
Gula dan garam secukupnya
Cara:
1-Masukkan kesemua bahan dalam periuk serentak kecuali garam dan gula.Tak perlu kacau dulu.
2-Masak atas api.Tutup periuk sehingga ikan separuh masak.Kemudian baru kacau perlahan agar sebati.
3-Masukkan gula dan garam.Tutup api apabila telah mendidih...


Boleh dikatakan masa dalam pantang,  menu inilah yang selalu terhidang atas meja..tapi sedap apeee,,, kan!!!...kalau hari2 biase pun saya suka masak ikan ungkep ni, anak2 pun o.k je 'menjawabnya'..alhamdulillah..

Talapia Goreng Kuah Asam

Salam semua..


Inilah hidangan masa kecik2 dulu..TALAPIA GORENG KUAH ASAM...dulu senang sangat nak dapatkan ikan ni..menjala je kat parit depan rumah..kekadang bole dpt satu baldi..Resepi bondaku ini mmg sedap.....

Talapia Goreng Kuah Asam

Resepi:Bonda Rohaisha

Bahan -bahan:
3 ekor talapia}goreng mcm biasa

Kuah:
1 labu bawang besar}hiris
1 biji bawang putih} hiris
3 tangkai cili merah} potong & tumbuk (x perlu lumat)
5 tangkaI cili padi}hiris (x letak pun tak ape)
Sedikit belacan } tumbuk
1 biji tomato} potong dadu
Bancuhan air asam jawa dengan air secukupnya (bancuh dgn air masak)
Gula} bubuh byk sikit (supaya seimbang masamnya)
Sedikit garam

Cara:
1-Ikan yang digoreng tadi dimasukkan dalam batu lesung untuk ditenyeh-tenyeh dgn alu lesung. (bukan nk bagi hancur, cuma nak bg pecah sikit agar kuah asam meresap ke dalamnya)
2-Campurkan semua bahan untuk kuah dan kacau sebati.
3-Siramkan kuah asam td ke atas ikan...dan sedia utk dihidang.



Ikan talapia sungai lagi sedap berbanding ikan talapia sangkar yang ada kat pasar2.Isinya yang lemak memang sesuai untuk semua jenis masakan sama ada goreng saje, masak sambal merah, masak lemak cekur ataupun di panggang..mmm memang tiada tandinganlah kalau cerita ikan talapia ni..Tapi bagi sesetengah golongan memang tak gemar makan ikan sungai camni kan...coz tak lalu dengan rasa hanyirnya yang agak melampau..Tapi itulah yang menambat selera tekak ni..ehehheee..

IKAN CENCARU PERCIK



IKAN CENCARU PERCIK
Resepi: Majalah RASA

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru
200gm santan pekat
100 gm cili kisar (sy guna 4 batang  cili merah)
2 biji bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih- kisar
5 cm halia- kisar
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbukkunyit secukupnya

Cara:
1-Gaul ikan dengan garam.Bakar sehingga masak.
2-Masukkan santan , cili kisar,bawang putih, bawang merah, dan halia yang dikisar.Kacau rata sehingga sebati dan pekat.
3-Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa.Gaul sebati sehingga benar-benar pekat dan masak.
4-Setelah siap, siram ke atas ikan yang sudah siap dibakar tadi.Sedia dihidangkan.


ACAR IKAN





Masak acar ikan ni lagi sedap kalau kita pakai ikan yg banyak isi.Contohnya ikan baguk dan ikan mayung.

ACAR IKAN
Resepi:Rohaisha


Bahan-bahan:
3 ekor ikan merah (digoreng)
5 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
2 cm halia (hiris)
2 3 biji bunga lawang
1 btang kulit kayu manis
1-2 sudu cuka
Sedikit serbuk kunyit
1 sudu kecil bijan hitam
1 1/2  cawan air
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1-Goreng ikan seperti biasa dan ketepikan.
2-Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia hingga kekuninagn.Kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan serbuk kunyit.Kacau.
3-Masukkan air dan cuka.Biarkan mendidih seketika.
4-Masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan gula.
5-Taburkan bijan dan hirisan bawang besar.Ratakan sebentar dan tutup api.




Saya memang suka makan acar ikan ni.Biasanya dapat makan acar ikan ni time kat rumah orang kenduri.First time dapat tengok kakak ipar masak, mudah je rupanya...Cuma dalam resepi saya ni,saya tukarkan biji sawi dengan bijan hitam... .

SPAGHETTI CARBONARA


                                                 
Salam semua..Mendungnya cuaca petang ni..., x secerah mentari pagi tadi..Kalau ada hidangan spaghetti cam kat atas ni, tentu sedap.

SPAGHETTI CARBONARA
Resepi:Rohaisha

Bahan-bahan:
250gm spaghetti} direbus hingga kembang /toskan
 
Bahan Sos:
300gm Sos Spaghetti Carbonara Mushroom} ready made
2 keping daging burger  @ daging fresh/ daging cincang}potong dadu
2 ulas bawang merah} cincang
2 ulas bawang putih} cincang
Cendawan secukupnya/cendawan shitake} cincang besar
1 cawan susu UHT
1 sudu besar tepung gandum*
1 cawan air* dibancuh bersama
1 keping keju cheddar} cincang
Garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk taburan:
Daun ketumbar} cincang
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk Parsley Flakes* x ada pun x pe

Cara memasak sos:
1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu. kemudian masukkan daging lembu cincang dan masak hingga naik minyak.
2.Masukkan sos spaghetti, cendawan dan susu segar.Kacau hingga separa menggelegak.Kemudian masukkan bancuhan tepung gandum beserkeju dan kacau rata supaya tidak berketul.Perasakan dengan garam dan matikan api apabila telah masak.
3.Hidangkan bersama spaghetti yg telah dicelur dan taburkan bahan2 tabur untuk pelengkap rasa.   

                                      
Bab2 spaghetti ni saya sorang je yang laju, anak2 & cik abang tak berapa gemar...ehhhmm, rugi la sesapa yang tak suka makanan ala2 barat ni ye tak..bukan hari2 nak makan kan..




Tapi kalau saya masak sos merah, lagilah diaorang tak berapa gemar nak makan.Resepi ni saya dapat dari sembang2 secara tak langsung oleh seorang selebriti produk kecantikan terkenal.Time tu teruja sangat dengan kelazatan sos spaghetti yang terhidang di atas mejanya...Apa lagi!!! minta skil lah...Walaupun beliau memberi gambaran kasar je, alhamdulillah dapat gak saya hasilkannya dengan mudah...Kira taram je lah...



MIHUN GORENG SINGAPORE



Assalamualaikum....Selamat malam buat semua.Meh kita cerita sikit pasal mihun goreng singapore nie.Bila saya post gambar kat fb tentang mihun ni, rupa-rupanya sahabat kita di Singapura kata di sana mereka tak panggil MIHUN SINGAPORE...aikk?? terkejut juga saya..Kat malaysia mihun putih ni dah sinonim dengan name mihun singaporenya...Mesti ada sejarah yang tercatat disebalik keunikan nama mihun goreng ni kan!!..Yang pastinya rakyat singapura memanggil mihun putih ni sebagai mihun goreng siam..Ehhh, betul ke ni??? kalau salah tolong betulkan ye..Kat bawah ni versi saya sendiri..jomlah!!


MIHUN GORENG SINGAPORE
Resepi:Rohaisha
Bahan:
1 bungkus bihun-direndam dengan air suam selama 1/2 jam
2 -3 bahagian ayam-potong kecil
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air
5 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
10 gm udang kering-kisar
1 batang lobak merah-cincang halus memanjang
7 biji bebola ikan-hiris
1-2 sudu besar lada hitam-kisar halus
miyak utk menumis
garam secukupnya

Bahan taburan:
1-2 tangkai cili merah@ hijau-hiris
daun bawang secukupnya
1-2 biji telur dadar-hiris

Cara menyediakan:

1.Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.Maukkan ayam dan sos tiram.Kacau sebentar.
2.Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.Masukkan lada hitam, lobak merah dan garam.Kemudian masukkan mihun dan bebola ikan. Gaul mihun hingga sebati dengan bahan2nya.
3.Matikan api apabila mihun telah masak sepenuhnya.
4.Hias dan hidangkan.
Memang kami anak-beranak suka masakan mihun putih singapore ni,lebih2 lagi anak sulong saya..
Masak mihun putih ni memang mudah je kan.. takde lah cerewet sangat bahan perencahnya.Tapi bagi saya kalau cukup bahan perencah bilis @ udang keringnya, memang mihun terasa lemak dan tewrangkat gitu..(amboi!!!, macam terror pulak,,,ehehee).

MEE GORENG

Mee goreng ni memang menu pebret kami anak-beranak.Camtulah dipendekkan ceritanya..

MEE GORENG
Resepi:Rohaisha


Bahan-bahan:
400-450gm mee kuning}basuh & toskan
2 bahagian isi ayam}potong kecil
2 tangkai cili merah} tumbuk@kisar
5 ulas bawang merah}tumbuk @ kisar
3 ulas bawang putih}tumbuk @ kisar
10gm udang kering}tumbuk @ kisar
Kobis secukupnya}hiris kecil
1 sudu besar sos totam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili/tomato
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Hiasan:

Cili merah
Timun
Limau kasturi

Cara:

1.Tumiskan bahan-bahan kisar@tumbuk hingga naik minyak.
2.Masukkan ayam, sos tiram,kicap manis dan sos tomato.Kacau dan biarkan sebentar.
3.Masukkan mee dan kobis,kacau hingga rata.Kemudian perasakan dengan sedikit garam dan gula.
4.Matikan api setelah mee masak.
5.Hiaskan mee dengan cili merah, timun dan limau kasturi.


jom layann....


MEE JAWA





Apa-apa je yang berkaitan dengan mee, memang saya suka...tu yang best tu (suka makanlah senang kisahnye..).Bolehlah try mee jawa kelolaan saya nie..


MEE JAWA
Resepi:Rohaisha

Bahan:
400gm mee kuning} celur
 
Kuah:
10 ekor udang
2 biji keledek saiz sederhana} potong kiub , rebus & kisar
1 sud besar serbuk kari} bancuh dengan sedikit air
1 sudu esar cili giling
5 ulas bawang merah} kisar
3 ulas bawang putih} kisar
30gm udang kering} kisar
2 ketul gula melaka}potong kiub
6 sudu besar kacang tanahyg telah di kisar
8 cawan air

Bahan hiasan/ taburan:


Daun sup} hiris
bawang goreng
cili merah} hiris
sawi} celur & hiris
taugeh} celur
1 biji tauhu} digoreng & potong kiub
5 biji telur} rebus

Cara:

1.Tumiskan bahan kisar dan serbuk kari sehingga pecah minyak.
2.masukkan keledek bersama air dan kacau.Kemudian masukkan gula
melaka dan didihkan hingga hancur.
3.Masukkan kacang tanah kisar.Masukkan udang.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Matikan api apabila kuah telah masak.Hidangkan bersama mee dan bahan taburan.


BEBOLA PELANGI


Jangan buang lebihan kek yg ada kat dapur kita, sebaliknya cari inisiatif untuk mengelakkan dari lebihan kek terbuang begitu saje....Sebenarnya ada sedikit lebihan kek yg dah tak dilayan dek anak2..apalagi, geledah resepi kat majalah.Alhamdulillah dengan adanya resepi ni, kek habis dengan begitu pantas...maybe anak2 terpikat dengan warna-warni yg menyaluti bebola kek ni gamaknya~~Saya buat sekali ganda lg dari resepi asal..

BEBOLA PELANGI


Resepi:Chef Pok Su Din (MAJALAH RASA)
Olahan:Rohaisha 

Bahan-bahan:


100gm kek span coklat} sy guna lebihan kek coklat black beauty
50gm mentega
50gm coklat cair} sy guna coklat susu yg dicairkan
100gm coklat urai-secukupnya
*Cawan kertas secukupnya *saya gunakan item ini dlm resepi


Cara:
1.Gaulkan kek span coklat dengan mentega hingga sebati
2.Cairkan coklat masakan dan masukkan  coklat cair ke dalam adunan kek span coklat tadi.Kacau hingga sebati.
3.Bulatkan kek span tadi dan celupkan ke dalam gula-gula pelangi.
4.Letak bebola kek tadi ke dalam cawan kertas.

 Lepas ni kalau ada baki2 kek yang tak terjawab tu bolehlah buat bebola cam gini ye..Sekurang2nya bolehlah elakkan pembaziran...


MARBLE CHOCHOLATE CHEESE CAKE


Tq kak Yatie, bertuah sangat jumpa resepi kek ni.Memang enak rasanya, lembab2 camtu..bole cuba lagi lain kali, sebab marble saya tak secantik macam kak Yatie buat..

MARBLE CHOCHOLATE CHEESE CAKE
Sumber resepi:Yatie

Bahan A:
250 gm mentega
1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
5 biji telor gred A
1/2 cawan serbuk koko *
1 1/2 cawan tepung halus *{sy guna tepung gandum}
2 sudu kecil baking powder * {bahan * diayak bersama}
1 sudu kecil pewarna coklat / coklat emulco
1/4 cawan susu cair

Bahan B:
250 gm cream cheese
3 sudu besar gula halus (gula kastor)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur gred A

Cara-Cara:
1-Panaskan oven pada suhu 160 drjh C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
2-Putar mentega dan gula hingga putih.
3-Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
4-Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dengn susu cair hingga habis.
5-Gaul rata dengan spatula.Ketepikan.
6-Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
7-Masukkan telur dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
8-Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
9-Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
10-Tuangkan baki adunan coklat (akhir) dan ratakan.
11-Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
12-Cucuk dengn lidi  untuk test sama ada kek sudah masak atau belum.Jika keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.

Kek ni saya buat untuk majlis hari raya bersama keluarga belah suami hari tu.Memang berbaloi diapunya rasa, tapi jangan pandang saya punya marble kat kek tu yea..tak berapa cantik..Apapun, sedap!!! ehheehe...Biasenya bila buat kek, tak semua jenis kek boleh mendapat tempat di sudut rasa cik abang saya ni.Tapi dia kata kek ni lembut & sedap.Sekejap je habis... 

KEK PISANG



Sangat gebu....percubaan yang memuaskan..tq kepada pemilik resepi..

KEK PISANG
Resepi:Mat Gebu
Sumber:Yatie
 
Bahan-bahan: (20cm)

250gm tepung gandum*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
1/2 sudu kecil garam halus* (*gaul rata & ayak)
15gm ovallet
150gm gula halus
5 biji telur gred A
125 gm mentega, dicairkan dan dibiarkan sejuk
100gm minyak jagung
225 gm pisang emas + 1 sudu kecil vanila & lecek halus

Cara Memasak:

1-Panaskan oven pada suhu 175C.Lenser loyang dengan mentega.Tabur rata tepung dan ketuk keluar lebihan tepung.Ketepikan.
*kalau guna tin hitam guna suhu 160C.
2-Putar gula dengan ovallet hingga sebati.Kemudian masukkan kesemua telur dan putar dengan kadar kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi naik dan pekat (macam adunan bahulu).Perlahankan speed dan masukkan pisang pisang lecek,gaul rata.
3-Masukkan tepung berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung tadi.Buathingga siap dan gaul rata.Tuang dalam tin pembakar dan bakar selama 55-69 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
4-Hidangkan apabila telah mule sejuk.
Tak pernah saya merasa kek pisang sesedap ini.Ada keistimewaan tersendiri saya rasakan...Strukturnya yang lembut merupakan bonus yang paling meyakinkan..jomlah rasa!!!..




KEK KELAPA PANDAN


~lemak..~

KEK KELAPA PANDAN

Sumber resepi: Majalah RASA

BAHAN:
200gm majerin
50gm mentega * saya tak guna marjerin, tp guna 250 gm mentega shj.
250gm gula kastor *saya kurangkan sukatan 20 gm/tak nak manis
5 biji telur gred B
250gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
20gm kelapa kering (dipanggang)
Pewarna hijau dan perasa pandan secukupnya.

CARA:

1-Putar mentega, marjerin dan gula kastor sehingga berkrim.
2-Masukkan telur sebiji demi sebiji.Ayak tepung gandum dan serbuk penaik di dalam bekas berasingan.
3-Akhir sekali masukkan tepung yang diayak, kelapa kering, pewarna hijau & perasa pandan.
4-Adunkan sehingga sebati, masukkan ke dalam loyang 9 inci bulat dan bakar pada suhu 160-180 drjh C selama 45 minit atau sehingga masak.


Masa kami kecik2 dulu mak saya gemar buat kek kelapa.Tapi dia suka warnakan kelapa keringnya dengan 3 jenis warna..Memang cantik!!.. 
Tengoklah,, memang gebu!!.. Tak sangka pulak mak mertua saya suka gak makan kek kelapa ni..

MOIST CHOCOLATE MOCHA CAKE

Kek ni dibuat khas untuk sambutan hari jadi anak2 saya.Saya olah tajuk resepi ni dari resepi asal sebab telah menambahkan bahan kopi segera ke dalam adunannya.
MOIST CHOCOLATE MOCHA CAKE
Sumber:
k.izan Myr MOIST CHOCOLATE CAKE 
Olahan :rohaisha

Bahan-bahan: (loyang 9x3")
2 cawan tepung gandum    } diayak
2 sudu kecil baking powder } bersama
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250gm butter
2 sudu kecil esen vanila

Bahan:(Bancuhan Koko/Pes Coklat)
1 cawan serbuk koko
1 sudu besar serbuk coffee instant (saya tambahkan item ni)
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair @ fresh milk

Topping:

250gm krimwell
150gm gula icing
*campurkan kedua-dua bahan di atas dan pukul sehingga kembang.

Cara memasak:
1- Untuk membuat bancuhan koko: Masukkan serbuk koko,serbuk coffee gula halus dan air panas dalam periuk.Jerang atas api perlahan, kacau rata sebentar hingga berkilat.Tutup api dan biarkan sejuk dalam suhu bilik sekejap.Tuangkan susu cair, kacau dan ketepikan.
2- Sementara itu, pukul rata gula dan butter hingga kembang.
3- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
4- Masukkan esen vanila dan gaul rata.
5- Masukkan tepung berselang seli dengan pes coiklat tadi dan digaul hingga rata.Masukkan dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180C menggunakan api atas bawah.


Bab2 mendeco memang saya tak pandai.Tapi kali ni adik bongsu saya tolong bereskan untuk separuh akhir..ehehhee...tengoklah hasil 2 tangan yang berbeza kat atas tu...tapi org kata jangan pandang pada rupa ye tak!!. "Rasa" kek tetap no.1.....Terima kasih untuk k.Izan myresipi, memang terbaikkk!!...


PAI KASTARD PEDAS SARDIN



Assalamualaikum...
Selamat malam buat semua, dah makan malam ke belum??.Alhamdulillah, saya dah pun menyantap hidangan mee kari.Tapi yang nak saya masukkan kat sini, "Pai Kastad Pedas Sardin"...

PAI KASTARD PEDAS SARDIN 
Resepi:majalah RASA

Bahan pastri:

225gm tepung serbaguna
100gm mentega bergaram Tatura(sy guna buttercup je)
1 sudu kecil gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu besar krim masam Paul's (sy gantikan dengan yogurt plain)
1 sudu besar salad cream Heinz (sy guna Sos Salad Coleslaw)

Bahan inti:
4 ekor sardin bersos tomato (sy asingkan sosnya)
1 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar salad cream Heinz (sy guna Sos Salad Coleslaw)
1 sudu besar krim keju Tatura
Sedikit hirisan cili benggala hijau dan merah
2 biji telur
200ml susu segar (sy guna 100ml sahaja; itupun lebih dari mencukupi)
Garam dan serbuk lada hitam (secukupnya)

Cara memasak:

1.Pastri: gaul semua bahan dan jadikan doh lembut.Tambah lebih tepung supaya mudah dicanai.
2.Canai dan tekankan ke dalam acuan kegemaran dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C selama 15 minit dan keluarkan dari ketuhar.Ketepikan.
3.Inti: Campurkan bawang kisar, salad cream, krim keju, susu, telur, garam dan serbuk lada hitam dan kacau.Ketepikan.
4.Aturkan ikan sardin dan taburkan cili hiris.Tuangkan bancuhan susu dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah C selama 20 minit hingga keemasan.
5.Alihkan dari ketuhar dan sejukkan sebelum dipotong dan dihidang dengan daun salad.(sy tak guna salad time ni, coz x de).

Tips:

Selain sardin, boleh juga digunakan sotong, ayam, daging atau ikan bilis yang telah sedia dimasak dan boleh terus dimakan.
 
 
Kalau nak lebih pedas bolehlah bubuh banyak sikit tang lada hitamnye..saya tak bewrani nak bubuh banyak2, coz anak2 mesti tak 'berani' nak makan.


BINGKA ROTI BERLAUK



Assalamualaikum di pagi yang cerah ceria nie..
Macam biase, saya nak entri koleksi resepi2 yang lalu.Sebenarnya saya rasa tertarik dgn enaknya 'rasa' bingka roti buatan kak Ayu Jalinan Rasa (rakan fb) bulan puasa tempohari.Itulah yang  membuatkan saya terpanggil untuk mencuba resepi ni.Tq ye kak Ayu n pemilik resepinya, sedapppp sangat kuih bingkanya nie....

BINGKA ROTI BERLAUK
Resepi:  Chef Hanieliza
Sumber : Ayu Jalinan Rasa

Bahan Bingka:
1 buku kecil roti }10 -12 keping
800 ml santan @1/2 biji kelapa * sy guna susu UHT
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter} cairkan
3 biji telur
garam

Cara:
1- Roti dikoyakkan dan rendamkan dengan santan sehingga kembang.
2- Gaulkan semua bahan lain dengan roti yg telah direndam supaya sebati.
3- Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan dgn minyak.
4-Bakar dalam oven 180 drjh C selama 30 minit.
5-Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6- Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7- Potong dan dan hidangkan.

Bahan Lauk:
400 gm daging kisar - Sy guna daging ayam kisar
2 labu bawang besar }potong dadu
1 biji kentang } potong dadu kecil
1 batang carrot }potong dadu kecil
3 subu besar rempah kari
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan/hiriskan:
daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara:
1- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2- Masukkan daging kisar yg telah dicincang. Kacau rata.
3-Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4-Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5-Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6-Bila telah masak masukkan dalam pinggan. (jangan ambil lebihan minyak)

Lembut dan lemaknya rasa roti bingka ni memang terserlah.Pekene pulak dengan inti berasaskan daging, memang sedap..lebih enak dari burger.Tapi saya pakai daging ayam kisar je..

Tauhu Goreng Kentucky


Assalamualaikum...
Salam pagi buat semua..Suka makan tauhu?? kalau saya, ratah macam tu pun sedap aje..Tapi lagi sedap kalau kita goreng tauhu dengan tepung kentucky..

Tauhu Goreng Kentucky

Bahan-bahan:
3 ketul tauhu} potong dua jadi 3 segi bucu
1 biji telur}kacau
Tepung kentucky secukupnya
Garam secukupnya


Cara:
1-Kocak telur bersama garam
2-Celupkan tauhu ke dalam telur kemudian golekkan ke dalam tepung kentucky sehingga rata.
3-Goreng hingga kekuningan.
4-Angkat dan toskan.Hidang.

Bahan sos:
1 tangkai cili merah}blender
2 ulas bawang putih} blender
Sos tomato secukupnya
Sedikit cuka
Gula gan garam secukupnya
Air secukupnya

Cara:
Campur kesemua bahan dan masak atas api sehingga mendidih.Hidangkan.




Mengalas perut dengan tauhu goreng ni memang terasa kenyang.Kalau tak makan nasi pun tak pe..

Donut Keladi



Donut oh donut....,versi keladi memangg diminati oleh saya.Kebetulan ada keladi dari yang kg tak habis2 lagi. Terfikir pula nak buat donut keladi...semak2 di myresipi.com jumpa resepi donut kentang, so saya ikut sukatan asal pemilik resepi ini, hanya olah pada tajuknya dan bahan utama (keladi) sahaja.Terima kasih untuk pemilik resepinya;daunpandan@myresipi.com..donutnya lembut dan gebu..
 
Donut Keladi

Sumber: Donut kentang (daunpandan@myresipi.com)
Olahan :Rohaisha

Bahan-bahan ( 14 biji /ikut saiz )

•    200 gm tepung gandum
•    30 gm gula halus
•    1/2 camca besar yis kering
•    1 camca besar susu tepung
•    1 camca teh dough softener
•    1 camca besar susu pekat manis
•    1 1/2 camca besar shortening
•    1/2 biji telur
•    3 camca besar kentang lecek (saya guna keladi)
•    1/2 camca besar minyak jagung
•    1/2 camca teh bread improver
•    secubit garam
•    1/4 cawan air sejuk

Cara-cara:

1. Campurkan air sejuk,telur dan susu pekat.Kacau rata dan ketepikan.
2.  Campurkan tepung,gula halus,yis,susu tepung,shortening,dough softener,bread improver dan gaul rata.
3.  Masukkan campuran air sejuk ke dalam campuran tepung.Uli hingga sebati .
4. Masukkan kentang lecek dan minyak jagung.Uli dalam 20 minit. 
(*Klu ikut resepi asal,tidak perlu tambah tepung, kerana sememangnya melekit.Tapi saya taburkan sedikit tepung juga kerana agak sukar pula nak menyanai jika melekit.Ikutlah keserasian masing-masing.Rehatkan doh 1/2 jam.)
5.   Bila doh dah naik sekali ganda,bulat-bulatkan dan buat bentuk donat.Rehatkan lagi 1/2 jam.
6. Goreng dengan api sederhana hingga masak.Toskan minyaknya,hiaslah ikut suka.
 
Hmmm..salut dengan gula je pun sedap.Itupun laju je anak2 makan.Kalau salut dengan coklat, licin sepantas kilat gamaknya..



Puding Mutiara


Assalamualaikum..
Puding oh puding...kenyal-kenyal je rasanya bila dikunyah dalam mulut.Puding ni lebih kurang seiring macam puding jagung.Terasa lemak wangi sebab ia dihasilkan dari tepung hoo kwee.
 
Puding Mutiara
Sumber:Majalah koleksi (local pastry/bilingual edition)
Olahan:Rohaisha

Bahan-bahan:
100gm sagu besar
1 peket (80 gm) tepung kacau hijau @ tepung hoo kwee
200gm gula 
(*sy dah kurangkan 20gm masih manis.dicadangkan 150gm sudah memadai rasanya.)
1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
200ml santan pekat
400ml air
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning.

CARA:
1-Masak sagu di dalam air panas sehingga masak dan lutsinar.Bilas dengan air dan kemudian toskan.Bahagikan kepada 3 bahagian.Masukkan pewarna merah, hijau dan kuning ke dalam setiap bahagian..
2-i-Satukan santan dan air.
  ii-Satukan tepung kacang hijau dan sedikit santan sehingga sebati.
 iii-Satukan santan yang selebihnya dengan gula, garam dan serbuk agar-agar.Masak sehingga larut.Tuangkantepung kacang hijau ke   dalamnya.Kemudian masukkan kesemua sagu yang diwarnakan tadi.Kacau sebentar.
3-Tuangkan adunan ke dalam acuan, biarkan sejuk beku.Hidangkan.

Apam Yogurt



Assalamualaikum..
Gambar apam yang diN3kan ni  merupakan gambar koleksi masakan saya sebelum2 ini (sebelum buka blog).Baru kesempatan untuk di tayang di sini..Sumbernya saya perolehi dari Kak Zullyati dan Kak Ayu Jalinan Rasa..Terima kasih saya ucapkan atas perkongsian resepinya di fb.Sedap apam ni..yang seronoknya bila nampak diapunya 'merekah' tu..


Apam Yogurt

Sumber: Zullyati Zulkfili
Sumber: Ayu Jalinan Rasa

bahan-bahan:
1 1/2 cawan gula (cawan matrix)-boleh kurangkan
2 biji telur
2 cawan tepung
1 sudu teh ovallete
1/2 sudu teh double acting baking powder
1 cawan plain yogurt (perisa asli)
1 sudu teh koko powder
1sudu teh chocolate emulco.

Cara-cara:
1-Pukul gula & telur sampai kembang (kelajuan tinggi, max 10 minit).
2-Apabila adunan telah menjadi pekat & gebu mcm adunan bahulu, masukkan ovallete & yogurt.Pukul lagi sehingga sebati.
3-Double Acting Baking Powder dicampur dengan tepung gandum, gaulkan dan masuk sikit demi sedikit ke dalam adunan sambil putar lagi.
4-Asingkan 5-10 sudu adunan untuk dicoklatkan.Yang selebihnya biarkan plain shj.
5-Masukkan adunan plain dalam papercup sebanyak 3/4 shj, atasnya diletakkan adunan bercoklat tersebut.Boleh juga letak inti jika mahu.
6-Panaskan periuk kukusan dahulu.Kukus selama 15 minit.


*jika mahu merekah gunakan api kuat, jika tidak,biase shj.