Isnin, 30 April 2012

PAU KACANG MERAH




Salam petang ...
Lenguh juga menguli pepagi hari, tapi berbaloi..., habis sepagi itu juga pau yang aku gentel..Sukatan resepi Pau Kacang Merah ni saya ambil dari blog Rahel (ikut sukatan Pau Pulut Hitam), cuma saya gantikan pulut hitam dengan kacang merah, tapi intinya bukan kacang merah tau sebaliknya saya guna inti coklat.Inti coklat tu merupakan resepi topping untuk Kek Black Beauty Chocholate Cake.Mudah je kan, tak payah susah2 nak beli sebab cepat nak sediakan.



PAU KACANG MERAH
Adaptasi dari: Pau Pulut Hitam (sumber dari Rahel)
Sumber asal: Majalah Sedap

Bahan-bahan: 
225 tepung pau (saya guna tepung superfine/ halus)
50gm kacang merah kisar (Dicuci, toskan, jemur terlebih dahulu, kemudian kisar)
1 ½ sudu teh yis segera
15gm tepung susu
50gm gula kastor
1 putih telur
115 air sejuk dari peti sejuk
20gm shortening

Cara:
1.Campur tepung pau, tepung pulut hitam, yis, tepung susu dan gula kastor.Gaul rata.Tambahkan putih telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga sebati.Tambahkan shortening.Uli sehingga elastic.Diamkan selama 30 minit.(Saya tutup doh dengan plastik wrap).
2.Kempiskan adunan.Timbang masing-masing 30gm.Bulatkan.Diamkan  selama 10 minit.Canai nipis.Beri inti.Bentuk bulat.
3.Alas dengan kertas minyak atau cawan kertas.Diamkan lagi selama 30minit.
4.Kukus selama 8 minit.

Inti coklat:
resepi:Chef Zubaidah
Sumber:Maklang, Yatie

Bahan inti coklat:
½ cawan serbuk koko
1 cawan gula
2 ½ cawan air
½ cawan tepung jagung
2 sudu besar marjerin/ butter

Cara:
Masuk semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau.Bila dah siap sejukkan sebentar.




Ahad, 29 April 2012

TELUR ANAK MENANTU



Salam manis..
Sesekali tukar menu pulak eih...Hidangan lauk yang sempat saya cuba, mudah & sesimple yang mungkin untuk masakan telur ni, iaitu  resepi ori dari Siam yang telah saya dapatkannya dari sebuah majalah yang saya sebutkan di atas.Unik namanya tu, para menantu harus cuba resepi ni, mesti mak mertua sayang..hi hi..
Resepinya kat bawah tu..



TELUR ANAK MENANTU
Resepi:Resepi Ori Dari Thai (Buku MAKANAN SIAM)

Bahan-bahan:
8 biji telur
2 sudu makan minyak masak

Perasa: (saya gandakan kuantiti untuk kuah)
2 sudu gula merah
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan jus asam jawa

Hiasan:
1/ cawan daun ketumbar|dicincang (saya guna daun sup)

Cara-cara:
1.Masukkan telur-telur itu ke dalam air sejuk.Didihkan air dan rebus selama 7 minit.Keringkan telur dan kupas kulitnya.
2.Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan telur ke dalamnya dan biarkan api dalam keadaan sederhana.Apabila warna telur berubah menjadi keemasan, asingkan telur dari kuali.


Sabtu, 28 April 2012

ROTI GORENG BREAD CRUMBS




 Salam malam minggu, 
selamat beristirehat untuk esok dan bersantai bersama family tersayang..
Resepi simple aje ni, bahan doh masih sama dengan Sosej Roll yang saya buat hari tu, cuma gentel ikut suka je, janji tercapai niat untuk dijadikan roti goreng yang ada salutan bread crumbs..

 


Roti Goreng Bread Crumbs
Resepi asal:Roti AsasManis
Oleh:Sa’adiah Mohamad  (Buku Aneka Roti)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
200gm tepung berprotein tinggi
20gm marjerin cair
1 biji telur

Bahan (A) dilarutkan
30gm gula kastor
3gm yis
20ml susu sgar
Sedikit air suam

Bahan (B) disatukan
1 biji telur
2 sudu besar susu segar

Cara membuat:
1.Ayak  tepung berprotein tinggi, tepung gandum dan garam da lam mangkuk adunan.Masukkan marjerin dan telur.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Tuangkan bahan (A).Uli doh hingga lembut dan kenyal.Biarkan doh ini naik dua kali ganda selama satu jam.
3.Canaikan doh ini sekali lagi.Kemudian bentuk mengikut citarasa.Aturkan doh ini dalam dulang yang digris(supaya tidak melekat).Biarkan doh naik kali kedua selama 40 minit.
4.Celupkan doh ke dalam bancuhan susu dan telur, kemudian terus golekkan ke dalam bread crumbs hingga rata.
5.Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan.Toskan
6.Hidangkan bersama sos dan mayonis.













Khamis, 26 April 2012

APAM KACANG MERAH




Salam..
Bagi penggemar apam bolehlah cuba buat apam kacang merah  ni.Terhasilnya disebabkan teringin nak rasa apam versi kacang merah.Lebih kurang macam buat apam pisang je..Jenguklah resepinya kat bawah tu ye..



APAM KACANG MERAH
oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
1 cawan kacang merah | cuci, toskan, jemur dan kisar halus
1 cawan tepung gandum* | ayak
1 sudu kecil baking powder* | ayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat* | (*)ayak bersama
2 biji telur
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan santan | sederhana pekat
Sedikit pewarna merah

Cara:
1.Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2.Satukan telur dan gula, kacau menggunakan whisk.
3.Masukkan santan berselang seli dengan tepung dan kacang merah kisar, kacau rata.
4.Titiskan sedikit pewarna merah.Masukkan minyak dan sebatikan.
5.Didihkan air dalam periuk kukusan, kemudian panaskan acuan yang sesuai untuk beberapa minit.
6.Sapukan acuan dengan minyak, kemudian masukkan adunan secukupnya.Kukus selama 20-25 minit.













MIHUN GORENG TAUCU




 Salam mahabbah,
Bersiaran lagi...
Untuk kali keduanya saya buat Mihun Goreng Taucu.Sesimple2 resepi ikut bahan yang ada kat dapur je...jom jalan terus kat resepi..


MIHUN GORENG TAUCU
oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
300gm bihun | direndam dengan air suam selama 1 jam & toskan
3 ekor sotong | potong kecil
½ labu bawang besar | hiris
4 ulas bawang putih | hiris
Sawi secukupnya| potong pendek
4 sudu besar taucu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
½ cawan air (bergantung pada jenis mihun)
Gula secukup rasa
*saya tak bubuh garam sebab masinnya mencukupi

Bahan taburan:
Cili hijau
Daun bawang
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
10-15gm ikan bilis
5 tangkai cili kering | buang biji

Cara:
1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.Masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik minyak sedikit.Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair  taucu,  sotong dan gula.Biarkan seketika.
2.Masukkan air dan biarkan mereneh sebentar.Selepas itu barulah dimasukkan bihun dan sawi.Kacau sebati hingga bihun lembut.
3.Angkat bihun setelah benar-benar masak.
4.Hidangkan bersama hirisan cili hijau dan daun bawang.




APAM GULA HANGUS





Salam pagi Khamis yang cerah ceria..
Tanpa celoteh panjang-panjang, cubalah rasa apam gula hangus yang tersangat lembut ni hasil resepi Nasrien Nas (rakan FB).Terima kasih atas keenakan apamnya ini Rina..



APAM GULA HANGUS
resepi:Nasrien Nas

Bahan untuk gula hangus:
1 mug gula pasir
1 mug air

Cara:
1.Masak gula atas api yang perlahan hingga hancur dan keperangan.
2.Masukkan air perlahan-lahan dan kacau hingga gula hangus cair semula.
3.Sejukkan.

Bahan-bahan:
1 mug tepung gandum
1 sudu teh penuh soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 mug minyak masak

Cara:
1.Masukkan susu dan minyak dalam mangkuk, kacau rata guna senduk sahaja.
2.Masukkan telur satu persatu dan kacau lagi hingga sebati.
3.Masukkan air gula hangus yang telah sejuk, kacau rata.
4.Masukkan tepung bersama bikarbonat sedikit-sedikit, kacau rata dan tapis.
5.Tuang dalam acuan dan kukus selama 15 minit. (saya sapukan minyak pada acuan )


Rabu, 25 April 2012

SOSEJ ROLL



 Assalamualaikum..
Salam mahabbah dan selamat malam...
Hari ni sesaja mengadun doh untuk buat Sosej Roll.Resepi saya ambil dari sebuah buku yang bertajuk Aneka Roti hasil dari karangan Sa'adiah Mohamad.Untuk doh asas roti ni adalah berpandukan resepi Roti Asas Manis, kemudian saya olah sedikit sukatannya untuk mendapatkan kuantiti yang minimum.




Sosej Roll
Resepi asal:Roti Asas Manis
Oleh:Sa’adiah Mohamad  (buku Aneka Roti)
Olahan:rohaisha

Bahan-bahan:
200gm tepung berprotein tinggi
20gm marjerin cair
1 biji telur
Sedikit garam
12 batang sosej | celur sekejap dan toskan
Bijan putih | taburan

Bahan (A) dilarutkan:
30gm gula kastor
3gm yis
20ml susu segar
Sedikit air suam

Bahan (B) disatukan:
1 biji telur
3 sudu susu segar

Cara membuat:
1.Ayak  tepung berprotein tinggi dan garam dalam mangkuk adunan.Masukkan marjerin dan telur.Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.Tuangkan bahan (A).Uli doh hingga lembut dan kenyal.Biarkan doh ini naik dua kali ganda selama satu jam.
3.Canaikan doh ini sekali lagi.Kemudian bentuk mengikut citarasa.
*Untuk buat sosej roll:Canai leper memanjang adunan doh tadi, dan potong menjadi 12 bahagian.Ambil satu jalur doh dan lilitkan ke atas sosej.Pastikan permulaan lilitan hendaklah ditindankan dengan lilitan seterusnya agar tidak terbuka.Untuk akhir lilitan pula, selitkan penghujung doh ke dalam lilitan sebelumnya.Aturkan doh ini dalam dulang pembakar yang telah digris.
4.Sapukan permukaan doh dengan bahan B supaya berkilat.Bubuh bijan di atasnya.Biarkan doh naik kali kedua selama 40 minit.
5.Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius.Bakar doh selama 15 minit.


  Di bawah ni saya tunjukkan step yang saya gunakan untuk membuat Sosej Roll.

  

Ahad, 22 April 2012

KUIH KETAYAP KOKO




Salam manis dan selamat petang.
Petang sudah tiba, apa menunya??? Inilah dia.Saya panggil lempeng, ada orang panggil ketayap atau dadar.Sebenarnya kuih ni banyak nama tapi diapunya bahan-bahan lebih kurang sama, cuma ada yang tambah itu, ada yang tambah ini..so akan jadi begitu, dan jadi begini...aikkk??!!!..iyelah ...betullah kan..
Bonda saya kalau mengadun kuih dia suka bubuh 'minyak masak' sedikit agar kuih lembut.Contohnya adunan lempeng, kasuwi, pulut tanak dan kuih lapis..Itu adalah skill yang dia selalu pakai.Tapi lain orang lain caranya dan juga pendapatnya.Yang penting senang dengan cara memasingkan..



Untuk inti saya memang suka inti kelapa putih (maknanye saya guna gula pasir, tidak menggunakan gula merah).kiranya ikut selera anak tekakku lahkan...Tapi bondaku pun memang suka masak inti putih..ibarat pepatah "ke mana lagi kuah kalau tak tumpah ke nasi"


KUIH KETAYAP KOKO
resepi:rohaisha

Bahan-bahan: (5 biji)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

Cara menyediakan:

1.Satukan kesemua bahan dalam blender, kisar hingga sebati.
2.Titis dan lenserkan sedikit minyak di atas kuali leper, kemudian sendukkan 1 senduk adunan tepung ke atas kuali tersebut.Lebarkan adunan dengan menyengetkan kuali untuk beberapa pusingan agar tepung rata dan menjadi bentuk bulatan.
3.Biarkan anggaran 2 minit dan barulah diangkat.
4.Masukkan terus inti, lipat kiri dan kanan lempeng kemudian gulung secara memanjang.
5.Hidangkan.


Bahan inti: (inti putih)*utk 2 ganda adunan di atas
3 cawan kelapa parut
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air


Cara menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan dalam kuali dan gaul hingga sebati.Masak hingga tanak menggunakan api sederhana.
2.Sejukkan.


NASI GORENG LADA HITAM




Salam malam minggu.. 
Ni dia nasi goreng simple tapi sedap dari koleksi resepi Chef Asma.
Saya hidangkan bersama telur masin, kasi selera dan terus selera ....
Boleh lihat resepinya yang mudah dan ringkas aje di bawah nie..



NASI GORENG LADA HITAM
resepi:Chef Asmawati:Buku Aneka Nasi Goreng

Bahan-bahan:
300gm nasi putih
2 tangkai cili kering | kisar
2biji bawang putih | kisar
3 biji bawang merah | kisar
1/2 batang lobak merah | hiris halus
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil srbuk lada hitam kasar
1 biji telur | digoreng hancur
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara menyediakannya:
1.Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2.Masukkan nasi, lobak merah, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam dan garam.Gaul hingga sebati.
3.Taburkan telur sebelum dihidang.




Sabtu, 21 April 2012

KUIH LOMPANG



Bersantai-santai dipetang hari sambil menikmati secangkir kopi..Boleh juga cuit-cuit rasa kuih lompang nie...Layan resepi teruslah ye.Resepi di ambil dari dapur Kak Wan citarasawan.


KUIH LOMPANG

Bahan A:
1 cawan gula 
2 cawan air

Bahan B:
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose (saya guna esen pandan)
1 sudu teh air kapur

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut
Sedikit garam
(Gaulkan dan kukus sebentar)

Cara-cara:
1.Masak bahan A hingga larut
2.Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul hingga rata, kemudian ditapis.
3.Celupkan jari, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan.Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4.Tuang adunan ke dalam mangkuk lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5.Jika mahu lompang berwarna warni, asingkan adunan dan titikkan dengan pewarna di sukai.
6.Setelah masak biarkan sejuk dan keluarkan lompang.Hidang  dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.



Jumaat, 20 April 2012

SIZZLING YEE MEE



Assalamualaikum..
Selamat malam jumaat.Sesekali kena tukar menulah kan..takkan nak makan nasi jerr.Memang beberapa hari ni rasa muak juga nak makan nasi, asyik teringat Mee Sizzling je.Makan kat kedai ari tu asyik teringat2 je, maybe belum puas makan kot.Bak kata suamiku, "time pregnant pun mengidam, tak pregnant pun mengidam jugak".Sah-sahlah saya ni suka makannn..keh3.Janji dapat apa yang diidamkan.Haaa..kali ni buat sendirilah, boleh dapat banyak.Ambikk!!!..Apapun sedap resepi dari Lildvalley ni.Tq ye...Rata-rata ramai yang mengadaptasikan menu beliau dalam dapur2 suri yang telah mencubanya...Lepas ni buat sendiri jer lah ye, tak yah gi restoran..(iye lah tu..)





SIZZLING YEE MEE

Bahan-bahan:
2-3 sanggul /gulung yee mee
5 ulas bawang putih (saya ketuk)
5 biji cendawan shitake/ cendawan kering | rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam | potong ikut citarasa
3 biji cili kering | potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia | hiris nipis
Serbuk lada hitam
Garam | secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yang telah dipotong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat.Masukkan pula serbuk lada hitam.Biarkan mendidih.
5.Masukkan cendawan serta sayur-sayur lain.Tunggu 2-3 minit.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik, jangan banyak-banyak.
8.Akhir sekali masukkan yee mee, biarkan sebentar dan hidangkan panas-panas.

nota rohaisha:pastikan garam di masukkan sekadarnya kerana kuah sudah ada rasa masin.


Khamis, 19 April 2012

AYAM PORTUGIS



Salam sejahtera dan selamat petang..
Makin petang makin mengantuk  pula...tapi masa untuk turun ke dapur sudah hampir tiba, rasanya kena lelapkan juga untuk berehat seketika, dapat 20 minit melelapkan mata pun jadilah errkk.. (kot2 terlajak nti pulaknyee..heee).Lauk yang ni adalah menu 2 hari yang lalu.Nampak mula2 kat blog kak norlie terus jatuh cinta nak cuba..memang pandai hatiku berkata2..(ewahh..), SEDAP rupanya.Suka kat kuahnye yang agak pekat dan lazzzzat tu.Terima kasih utk kak norlie, kerana telah jatuh cinta pada pic ayam kat blog tu.Makanya tertunai terus hajat untuk masak Ayam Portugis ni.Tq juga buat kak Latipah atas perkongsian resepinya yang enak dan lazat sekali...


AYAM PORTUGIS
Resepi:Siti Latipah Yusop
Telah dicuba oleh:Rohana Sulaiman, norlieharumaini

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | potong kecil
20 tangkai cili kering*
20 ulas bawang merah*
4v ulas bawang putih*
1 batang serai*  (*kisar bersama)
4 sudu makan biji sawi | kisar berasingan
1 mngkuk santan (saya guna 300ml santan sederhana pekat)
2 labu bawang besar | hiris
4 tangkai cili merah | belah 2/ tak putus
Sedikit cuka / air limau kasturi (saya guna 3 sudu besar)
4 biji bawang merah | hiris
Garam
Gula (saya bubuh item ini)
Minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1.Goreng hirisan bawang merah (bawang kecil), masukkan rempah kisar dan tumis hingga naik aroma.Masukkan biji sawi kisar dan masak sebentar.Kemudian masukkan ayam dan santan.
2.Apabila kuah sudah mula mendidih, masukkan cuka, masak hingga kuahnya pekat.asukkan pula hirisan bawang besar dan cili merah.Bali-balikkan dan angkat.