Jumaat, 31 Mei 2013

YOGURT PANNA COTTA BERSAMA STRAWBERI


Asalamualaikum..
Salam ceria dan salam bahagia buat teman2 setia di Damai Qalbu,  juga buat pengunjung2 yang dikasihi di luar sana.Semoga semuanya ceria2 belaka..amin.Dek hampir setiap hari berkemelut dengan cuaca panas sekarang ni, tempohari sempat juga melayan tekak dengan panna cotta yang lembut.Enak sungguh menikmatinya, dingin dan asyik mahu berulang kali menjamahnya.Sehingga mengalami sakit tekak dan serak suara, walaupun saya dah nyahkan sejuknya terlebih dahulu...terima je lah akibatnya kan..hehe..sedap punya pasal katakan..


Kali ni berkongsi resepi panna cotta dari Kevin Lynch, namun saya olah sedikit mengikut citarasa dan bahan yang ada ketika itu.Sedap panna cotta ni bila kita gunakan bahannya dari jenis cream berbanding susu segar biasa.Tampak pekat dan begitu terasa bila dinikmati.Walaupun resepi di bawah ni telah saya olah,  namun saya sisipkan sekali resepi asal dari Kevin sendiri di bawah sekali  tu.Bolehlah rujuk terus ye.


YOGURT PANNA COTTA BERSAMA STRAWBERI
Resepi asal:Kevin Lynch (YOGURT PANNA COTTA WITH STRAWBERRY JELLY)
Olahan:rohah

Bahan-bahan:
2 1/4 sudu teh gelatin
1 cawan UHT whipping Cream
1/3 cawan gula
1 bekas yogurt (140 gm +-)

Cara:
1.Taburkan gelatin ke dalam mangkuk berisi air dan biarkan sehingga lembut anggaran 5 minit.
2.Masukkan whipping cream dan gula ke dalam pan dan renehkan sehingga gula larut.
3.Buangkan haba dan kacau dalam gelatin.
4.Masukkan yogurt guna ke  dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
5.Campurkan krim dengan yogurt.
6.Tuangkan bahan tadi ke dalam ramekins atau bekas yang sesuai dan sejukkan dalam peti ais selama 3 jam.

PURI STRAWBERI
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
200 gm buah strawberi
4 sudu besar air
2 sudu kecil gula

Cara:
1.Kisarkan semua bahan di atas dan sejukkan dalam fridge.
2.Hidangkan bersama Yogurt Panna Cotta.

YOGURT PANNA COTTA WITH STRAWBERRY JELLY
Kredit:Kevin Lynch

Yogurt Panna Cotta

Vanilla yogurt panna cotta.
Ingredients
  • 1 envelope unflavoured gelatin (2 1/4 teaspoons)
  • 3 tablespoons water
  • 1 cup heavy cream
  • 1/3 cup sugar
  • 1 vanilla bean (split and seeds scraped)
  • 1 (16 ounce) container Greek yogurt
Directions
  1. Sprinkle the gelatin into the water in a bowl and let sit until softened, about 5 minutes.
  2. Bring the cream, sugar and vanilla seeds to a simmer in a small sauce pan until the sugar has dissolved.
  3. Remove from heat and mix in the gelatin.
  4. Whisk the yogurt in a bowl until smooth.
  5. Whisk the cream into the yogurt.
  6. Pour the mixture into 6 1/2 cup ramekins (or the equivalent) and chill in the fridge for at least 3 hours.

Strawberry Jelly

Strawberry jelly with fresh strawberry puree.
Ingredients
  • 1/2 envelope unflavored gelatin
  • 3 tablespoons water
  • 1 cup strawberry puree
  • 1 tablespoon lemon juice
  • 1/4 cup sugar
Directions
  1. Sprinkle the gelatin into the water in a bowl and let sit until softened, about 5 minutes.
  2. Simmer the strawberry puree, lemon juice and sugar until the sugar is dissolved.
  3. Mix the gelatin into the strawberry mixture.
  4. Remove from heat, let cool, pour it into what you want and chill in the fridge until set.

Khamis, 30 Mei 2013

BINGKA PISANG GULA MERAH


Assalamualaikum..
Salam ceria dan salam bahagia buat semua..Diam-diam dah masuk hari keenam bercuti sekolah anak2.Apa yang ummi dah buat cuti sekolah ni ye..Biasanya kalau dah tahu nak cuti, saya mula menge'set' minda nak buat itu dan ini kat rumah..tapi macam biasa, ada yang terbuat, ada yang tak...Last2 bila dah habis cuti, makanya rutin pun bermula macam biasa..Time tu baru 'terasa' begitu berharganya masa yang ada jika digunakan dengan cara yang betul..




Bingka Pisang Gula Merah untuk siaran hari ni.2 minggu yang lalu bingka ni dioperasi...dah tammat kiranya.Resepi yang ni saya guna gula merah, lagi sedap rasanya, terasa lemak2 camtu.Peminat tegarnya ialah cik abang nan sorang..pun dah request lagi supaya buat bingka pisang.InsyaAllah lah tu, kalau tukang masak tak ngelat2...hehee..

BINGKA PISANG GULA MERAH
Oleh: rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak*
1 cawan santan* 
1 biji telur*
1/2 cawan gula merah*
1/2 sudu kecil garam* | kisar bersama bahan bertanda (*)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan minyak masak
Bijan untuk ditabur

Cara:
1.Satukan pisang, santan, gula merah, telur dan garam dalam blender.Kisar.
2.Tuang bahan yang dikisar dalam satu bekas, gaulkannya dengan tepung gandum, tepung beras dan minyak masak.Kacau sebati.
3.Sedikan loyang berukuran 7'' atau 8'', griskan dengan sedikit minyak masak.Masukkan adunan ke dalamnya, taburkan bijan dan bakar dalam oven selama 1 jam dengan suhu 180 darjah celcius.
4.Potong dan hidangkan.

Rabu, 29 Mei 2013

MUFFIN COKLAT CHIP


Assalamualaikum..
Dah lama tak buat muffin..terbuat sebab anak-anak request untuk jamuan sempena Hari Guru di sekolahnya tempohari.Kebetulan dah nampak mufin montokss kat dapur kak Ina hari tu, memang dah jeling2 resepi ni untuk dicuba..hasilnya naik elok.Anak bujang memamg nak mufin cekelat cip, itulah kegemarannya.So tak perlu dah menggoogle resepi lain.

Terima kasih kak Ina kerana memanjangkan rantaian resepi ni.Untuk sumber2 sebelumnya juga terima kasih banyak2..Resepi asal kalau tak silap dipunyai oleh Jun, tapi tak ada linknya.Boleh tengok kat dapur kak Ummi.

MUFFIN COKLAT CHIP
Resepi;Jun

Bahan-bahan;
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1 cawan fresh milk
1 biji telur - pukul sikit
1/3 cawam minyak atau butter yang dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
Choc chips secukupnya

Cara;
1.Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam.Ayak dan ketepikan.Gaulkan dengan gula.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak.Kacau rata.
3.Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata.
4.Masukkan choc chips.
5.Sudukan ke dalam muffin cup dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya dan bakar selama 20 minit atau hingga masak.




Isnin, 27 Mei 2013

CEKODOK PISANG LEMBUT


Assalamualaikum..
Apa khabar semua, semoga dalam keadaan sihat dan tenang selalu.Selamat menjalani tugas harian dengan penuh keceriaan.


Menu kuih muih tradisi je hari ni, siapa yang tak kenal dengan cekodok pisang kan..Sedap dibuat sarapan.Cekodok pisang ni lembut sangat sebab saya adun dengan tepung naik sendiri...tak perlu bubuh soda bikarbonat, tetap cantik gelembung, gebu lagi strukturnya.Mentelahan pisang awak banyak tempohari, so memang sedap dibuat cekodok.

CEKODOK PISANG LEMBUT
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 biji pisang awak - lecek
2 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam

Cara:
1.Lenyekkan pisang.Masukkan gula dan garam.Sebatikan.
2.Masukkan tepung dan gaul rata.
3.Panaskan minyak dengan api sederhana besar.Jemputkan dengan tangan mengikut saiz yang disukai.
4.Setelah kekuningan dan masak, angkat dan toskan.
5.Ulangi step menggoreng sehingga adunan habis.Pastikan minyak dibiarkan panas anggaran 1 minit setiap kali mengulangi proses menggoreng seterusnya.

Sabtu, 25 Mei 2013

KREPE COKLAT KEJU

             
Assalamualaikum....
Cuti sekolah dah bermula...mungkin sebahagian rakan-rakan dah memulakan perancangan bercuti   dengan pelbagai aktiviti bersama keluarga..selamat bercuti dan beriadhah saya ucapkan, semoga perancangan yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar, lebih2 lagi bagi mereka yang menempuh perjalanan jauh..
Krepe coklat ni adalah permintaan anak bujang...dari tahun lepas lagi dia minta dibuatkan, tapi delay memanjang.Ada je bahan yang tak cukup walaupun mudah penyediaannya.Ini pun kiranya ada satu atau dua bahan yang saya gantikannya dengan yang lain sebab tak ada stock kat rumah dan saya kira ianya bersesuaian.

Tajuk resepi asal bertulis Krep Coklat Keju Rangup, tiba kat saya hilang pulak perkataan "rangup" tu sebab saya belum dapat capai kerangupan yang sebenar, mungkin ada teknik pembuatannya yang perlu saya baiki lagi agar dapat merasa kerangupannya.Ala2 apam balik, cuma ianya agak pejal dan sedap dijamah ketika masih panas.

KREPE COKLAT KEJU RANGUP
resepi:majalah  SEDAP

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
1sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan gula pasir halus
1 biji telur
250 ml susu cair
25 ml krim pekat (sy gantikannya dengan UHT Whipping Cream)
1/2 sudu teh pes coklat
50 ml air (dalam resepi asal tak ada, sy masukkan item ni sbb adunan terlalu pekat)

Bahan taburan:
100 gm keju cheddar parut- angin-anginkan
1 sudu makan gula pasir@secukupnya
1 1/2 sudu makan susu pekat manis coklat@secukupnya- sy guna susu pekat manis dan campurkan dengan sos coklat Delfi

Cara membuatnya:
1.Ayak tepung, serbuk koko dan serbuk penaik.Masukkan garam dan gula pasir.Kacau rata.Ketepikan.
2.Campurkan telur, susu cair, krim pekat, dan pes coklat.Kacau rata.Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung gandum sambil dikacau sehingga rata.
3.Panaskan acuan apam balik berdiameter bawah 20 cm dan diameter atas 22 cm.
4.Tuangkan adunan ke dalam acuan apam balik nipis-nipis.
5.Sapukan nipis susu pekat manis coklat.Taburkan keju parut dan gula pasir di salah datu bahagian tepinya.Lipat dua dan lipat lagi bentuk tiga segi.

Khamis, 23 Mei 2013

CAKE POP


Assalamualaikum...
Jumpa lagi alhamdulillah..Hari ni berkongsi cara membuat Cake Pop berdasarkan pencarian di google, rata2 asas pembuatannya sama, cuma sesetengahnya ada yang menggunakan bahan mengikut citarasa dan kesesuaian sendiri.Saya cuba mengadaptasikan teknik-teknik yang ada di google dengan menggunakan bahan2 mengikut kesesuaian saya di sini.

Seronok juga membuat cake pop ni, bagai bermain permainan anak2..tapi tak berkesempatan membuatnya bersama anak2 yang dah besar tu, sebab time operasinya ketika mana Si Abang dan Si Kakak bersekolah, jadinya melayan seni ini sendirian..berselang seli ditemani oleh Si Kecik yang sekali sekala dengan versi tolong tolong kacau..

Untuk kek asas saya guna adunan kek saya sendiri, tapi hanya guna sebahagian kek, sebahagian kek untuk dimakan begitu saje.Kek coklat ni memang tidak terlalu manis, memang sesuai bila dipadankan dengan kemanisan yang ada pada salutan coklat tu nanti.

Untuk campuran kek yang dihancurkan, saya tidak memasukkan sebarang manisan seperti jem, tetapi hanya mencampurkannya dengan krimwell sahaja.Hasilnya  memuaskan, Cake Pop tidak manis dan tetap moist lebih2 lagi setelah semalaman di simpan di dalam fridge.

Untuk versi salutan saya gunakan dark coklat, bagi saya adalah amat bersesuaian kerana ianya kurang manis, sebaliknya tidak menggunakan coklat masakan sebab bimbang dengan kemanisan yang agak terasa di mulut apabila di makan nanti.Namun terpulang pada citarasa masing2.

Kek Coklat
Oleh:rohah

Bahan-bahan: (loyang 8"/ 1 kg)
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudi kecil soda bokarbonat*
1 cawan serbuk koko* (ayak bersama bahan bertanda *)
1  1/ 2 cawan gula perang
3 biji telur
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan minyak masak

Cara:
1.Ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
2.Dalam bekas lain, satukan gula perang, susu cair, telur dan esen vanila.Pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.Tidak perlu lama sehingga kembang, sekadar bercampur dan sedikit sebati.
3.Satukan bahan kering yang telah diayak dengan adunan basah yang dipukul sebati tadi.Kaup balikkan perlahan-lahan dan gaulkannya dengan minyak.Sebatikan.
4.Lenserkan marjerin ke dalam loyang, alas dengan kertas serap minyak dan masukkan adunan ke dalamya.
5.Panaskan oven 160 - 170 darjah celcius, dan bakar adunan selama 45- 50 minit atau sehingga masak.
Cake Pop
Oleh:rohah

Bahan-bahan:(25 biji)
500 gm kek coklat (separuh adunan kek di atas)
2 sudu besar krimwell

Bahan pelengkap:
250 gm Dark Compound  Chocholate (Colatta)
Lolipop stick
Manik hiasan atau yang sesuai dengannya

Cara:
1.Ramas kek hingga hancur.
2.Masukkan krimwell dan gaulkannya dengan kek yang dihancurkan tadi.Sebatikan.
3.Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan/ kepalkan. Buat hingga habis.(Untuk mendapatkan saiz yang sama, gunakan scoop aiskrim untuk mencedok kek, kemudian padatkan dengan tangan).
4.Cairkan coklat secara double boiler.
5.Ambil lolipop stick dan celupkan sedikit bahagian hujungnya ke dalam coklat cair dan terus cucukkan ke dalam bebola kek tadi.Buat sehingga habis dan masukkan ke dalam fridge untuk beberapa minit.
6.Keluarkan dari fridge dan celupkan bebola kek ke dalam coklat yang dicairkan tadi.Teruskan menghias kerana salutan coklat terlalu cepat membeku.
7.Cucukkan stick tadi ke atas gabus untuk memudahkan proses pengeringan pada cake pop agar tidak melekat antara satu sama lain.Buat sampai habis.

Rabu, 22 Mei 2013

PUDING LONGAN SELASIH


Assalamualaikum..
Kembali lagi hari ini..panas  terik cuaca sekarang ni.Macam biasa bila cuaca terik teringinlah nak makan puding atau agar2 yang lembut.




Sebelum tu nak ucapkan terima kasih kepada pengunjung2 setia yang sudi menyinggah ke sini.2 hari saya tak mengupdate...Rasa rindu pada Damai Qalbu walau baru selewat itu.haaa..  Sungguhpun kita manusia biasa je, tetapi jika tiba masanya telah didatangkan kesibukan walau sedikit, pasti kita tak ada tumpuan kan..sebab tu tak berupdate, nak singgah jenguk kerangkaian maya pun tak berekesempatan.Alhamdulillah dapat juga menyelit sekejap dengan puding longan ni.Layan-layankan tekak dengannya...pasti kehidupan akan rasa tenang dan nyaman...alhamdulillah.. 




PUDING LONGAN SELASIH
Oleh:rohah

Bahan-bahan:
10 gm agar2 tali-rendam 1/2 jam
4 cawan air     
1/2 cawan gula (boleh tambah, ikut suka)
1 tin longan- asingkan air dan isinya
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar selasih- rendam dalam air panas, biarkan kembang, toskan.

Cara:
1.Rendamkan biji selasih dalam air panas secukupnya.Setelah kembang, toskan.Ketepikan.
2.Rendamkan agar-agar tali dalam air anggaran 1/2 jam.
3.Masukkan 4 cawan air dalam periuk bersama 1/2 cawan gula.Renehkan hingga agar-agar dan gula hancur dan larut.
4.Masukkan air longan dan kacau rata.Matikan api.
5.Ambil satu cawan agar2 dan asingkan ke dalam mangkuk, kemudian campurkan bersama 1/2 cawan susu cair.Kacau rata.Ketepikan.
6.Ambil pula biji selasih yang telah kembang tadi, dan campurkan ke dalam baki agar-agar.
7.Sediakan gelas atau bekas yang bersesuaian, masukkan agar2 yang bercampur susu terlebih dahulu.Bekukan sekejap, kemudian masukkan sedikit buah longan, barulah disiramkan agar2-agar campuran selasih pula.Sejukkan.Boleh juga ikut cara masing2 cara nak menyediakannya.
8.Hidangkan bersama lebihan buah longan. 

Nota; puding ni hanya sesuai di makan terus dari gelas atau bekas yg  sesuai kerana kejadiannya yang lembut.Jika nak hasilkan yang agak pejal, bolehlah dikurangkan airnya ye.