Ahad, 11 Mei 2014

KUIH SAGU permintaan Bonda

Assalamualaikum..
Bersua lagi hari ni, alhamdulillah.Terasa sayu bila tatap gambar kuih ni.Kuih inilah yang dia minta oleh Bonda setelah dia discaj dari hospital untuk kali keberapa saya pun dah lupa.Keluar sahaja keinginan dari bibirnya untuk menjamah kuih yang dimaksudkan, terus saya buatkan.

Namun apa yang menyedihkan, kali ini kemasukannya lagi ke hospital adalah tempoh paling lama berbanding waktu sebelum2 nya, iaitu telah mencecah 38 hari.Semoga bondaku terus tabah menghadapi dan melawan penyakit kanser hati dan kanser salur hempedu yang sedang dialaminya.Saya tahu, bonda seorang yang cekal dan tabah..Allah Maha Pengasih dan Penyayang..
Untuk resepi kuih sagu ni, saya sempat intai dari dapur Izah.Elok hasilnya, alhamdulillah...TQ juga buat Kak As kerana sudi berkongsi resepi.

KUIH SAGU
Resepi; Kak As
Sumber; Izah

Bahan-bahan;
2 cawan sagu,basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung,bancuh bersama sedikiut air
Kelapa parut tambah sedikit garam

Cara;
1.Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2.Apabila mendidih masukkan sagu.
3.Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih.
4.Masukkan bancuhan tepung jagung.
5.Angkat, tuangkan dalam acuan yang telah di gris dengan minyak
6.Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7.Setelah sejuk bolehlah di potong dan digaul dengan kelapa.