Assalamualaikum...
Selamat bersiaran kembali..Dah ramai yang bercuti ye sempena CNY..berhati-hati di jalan raya bg rakan2 yang balik ke kampung.Semoga selamat perjalanan anda.Resepi brownies kali ni.Sedap ...cuma untuk bahagian atasnya ada yang kurang anjal...tak tahu kenapa sebab dah tambah masa mengukus.Mungkin ada teknik yang saya kurang arif..Teringin makan dan buat lagi sbb enak...
BROWNIES CHEESE KUKUS
Resepi;Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
sumber;imasak.com
Bahan-bahan
Bahan A [Brownies]
2 biji telur
1/2 cawan susu cair/ 250ml
1/2 cawan susu pekat manis
100 ml minyak
1/2 cawan gula kastor
Bahan-bahan yang diayak bersama
1/3 cawan serbuk koko [boleh tambah hingga 1/2 cawan jika suka lebih koko]
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
Cara
Satukan bahan-bahan A dan masukkan ke dalam blender.Kisar perlahan-lahan hingga sebati.Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kisar lagi hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang 7 atau 8 inci yang digriskan dahulu dan dialas dengan kertas minyak dan kukus lebih kurang 25-35 minit hingga masak.[simpan sedikit sahaja adunan ini untuk membuat corak atas lapisan keju nanti].Bila brownies dah masak, baru tuangkan adunan keju di atasnya.
Lapisan keju
500 gm cream cheese
4 biji telur gred B
140 gm gula halus
Sedikit esen vanila
Cara
Pukul cream chese hingga gebu.Masukkan gula dan pukul hingga sebati.Masukkan pula telur dan vanila.Pukul lagi hingga rata.Tuang ke atas brownies yang dah siap dikukus.Ambil sedikit adunan brownies dan titiskan ke atas adunan keju.Lorekkan dengan hujung pisau atau lidi.Kukus semula lebih kurang 20 minit dengan api sederhana hingga masak.Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.