Jumaat, 15 Ogos 2014

SOTO SUP TULANG

Assalamualaikum..
Untuk penggemar soto, sesekali bolehlah guna tulang lembu untuk kuahnya.Lebih enak dari rebusan sup ayam..Tapi mungkin tak semua orang gemarkannya.Jadi bolehlah buat pilihan...heheee
Saya lebih suka rebuskan sup tulang tanpa menumis bahan-bahan perencahnya untuk mengelakkan terlalu berminyak.Sebab rebusan sup dengan sendirinya akan mengeluarkan lemak hasil dari lemak lembu tu kan...Namun terpulang pada citarasa masing-masing.Untuk yang gemar di tambah sambal kicap, bolehlah buat sekali sambal tersebut.Tapi saya lebih suka kosong macam tu je..eheee.
SOTO SUP TULANG
Oleh; Rohah

Bahan-bahan Sup Tulang
Tulang lembu
Air secukupnya
Bawang besar, hiris
Bawang putih, hiris
Halia, diketuk
Kayu Manis
Bunga lawang
Lada putih
Sup Bunjut
Kiub lembu knorr secukupnya
Garam
Sedikit Gula

Bahan Lain
Beberapa ketul ayam, didigoreng dan siat
Ketupat Nasi, direbus
Suhun, di goreng 
Kacang tanah, digoreng

Bahan taburan:
Tauge
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

Sambal Kicap
Cili api secukupnya
Sedikit bawang putih, ketuk
Jus limau nipis jika perlu
Sedikit garam dan gula
Sedikit air
;;;masak kesemua  bahan  hingga mendidih

Cara menyediakan:
1.Rebus tulang lembu dengan air secukupnya dalam anggaran 1 jam 30 minit.
2.Apabila sudah agak lembut dagingnya, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia, sup bunjut, bunga lawang, kulit kayu manis dan kiub lembu.Teruskan mereneh sehingga tulang betul2 empuk.
3.Masukkan pula sedikit gula dan garam apabila sup kelihatan sudah sebati.Diikuti pula dengan lada putih kisar.
4.Tutup api dan hidangkan sup bersama bahan-bahan taburan.
5.Hidangkan bersama hirisan ketupat nasi, suhun goreng dan isi ayam beserta bahan-bahan taburan yang lain. 

Rabu, 13 Ogos 2014

BISKUT CASABLANCA

Assalamualaikum..
Saya percaya ramai yang masih dalam mood raya ....pasti sibuk dengan aktiviti kunjung- mengunjung dan tak lupa juga menanti tetamu tiba ye...alhamdulillah, moga ukhuwah masih kekal ceria berpanjangan dengan adanya hari lebaran..
Selingan N3 biskut raya yang masih tertunda...eheee...mood raya katakan...
Rangup hasilnya, t/kasih kepada Chef Zubaidah atas perkongsian resepinya.Thanks Kak Yatie, atas sumber resepinya juga.
BISKUT CASABLANCA
Resepi;Chef Zubaidah
Sumber;Yatie

Bahan A
130 gm mentega
20 gm shortening
70 gm gula kastor

Bahan B
30 gm nestum, diramas
30 gm oat, panggang dan kisar
30 gm serbuk badam
20 gm bijan hitam

Bahan C
25 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
150 gm tepung gandum

Hiasan
Ceri merah dan hijau, kuning telur

Cara-cara
1.Sebatikan bahan A dan masukkan bahan B dan uli rata.
2.Masukkan bahan C dan uli lembut, kemudian canai menjadi kepingan nipis.
3.Terap dengan acuan empat segi tepat dan sapukan kuning telur dan hias dengan ceri merah dan hijau.
4.Bakar pada suhu 140 darjah C, selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Rabu, 6 Ogos 2014

SALAM LEBARAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN



Di kesempatan ini saya ingin memohom jutaan kemaafan 
di atas segala kekhilafan diri sepanjang perkenalan dan perkongsian ilmu di alam maya ini.

''SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN''