Jumaat, 30 November 2012

NASI KERABU KELANTAN



Assalamualaikum...
Salam di penghulu segala hari..Semoga  semuanya dalam keceriaan selalu.Apa khabar, dan selamat bersiaran lagi.Hari ini berkesempatan berkongsi rasa Nasi Kerabu Kelantan resepi dari Kak Azie@Azie Kitchen.Alhamdulillah sedap menyantap menu ini, Tq untuk Kak Azie.Cuma untuk nasi & sukatan berasnya tu adalah mengikut sukatan saya sendiri, juga saya olah dari segi penyediaannya.


Biasanya kalau teringin makan nasi kerabu ni  saya beli je dekat pasar malam.Tapi dah lama sangat teringin nak buat sendiri, dan tambah bersemangat nak buat sebab anak bujang asyik bertanya saje bila nak memasaknya??.Kebetulan juga jiran belakang rumah ada semai pokok bunga telang ni dan dah request lama minta izin nak minta bunga telangnya..apa taknya, bila cuci pinggan kat dapur asyik terpandang je bunga telang yang cantik kebiru-biruan tu merambat pokoknya di pagar rumah beliau..TQ sangat2lah buat mak cik kelate ni..Dapat juga jamah nasi kerabu sendiri..
Bunga Telang



NASI KERABU KELANTAN

Bahan-bahan untuk nasi:(sukatan & olahan  cara rohaisha)
1 genggam penuh bunga telang  |  rendam dalam air secukupnya
2 1/2 cawan beras
3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
1 batang serai | titik

Cara:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Kuah Tumis:
Santan pekat (saya guna 1 cawan)
7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Cara:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Nota Kak Azie:Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Sambal kelapa:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Cara:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Ulam-ulaman:
Kacang panjang
Kubis
Timun (tak letak)
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar (tak letak)
Kacang botol (tak letak)
Taugeh

Cara:
Hiris halus kesemua ulaman.

Sambal Cili:
Cili padi | tumbuk
Cuka
Garam
Gula

Lauk Pauk:(pilihan)
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng @ ayam goreng
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 aja yang disukai

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.






Khamis, 29 November 2012

BUBUR KACANG DURIAN


Assalamualaikum..
Selamat bersiaran kembali..Tengah musim durian ni, macam2 boleh buat ngan raja buah ni kan.Lepas satu resepi, resepi lain pulaknye..Lepas ni kenalah bergoogle mencari menu berasaskan durian ...Ambik peluang selagi musim durian masih panas..Apapun kita layan dululah dengan menu bubur kacang yang simple tu..

BUBUR KACANG DURIAN
Oleh:rohaisha

Bahan-bahan:
2 cawan kacang hijau | rendam semalaman
13 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir
1/3 cawan gula merah
Durian secukupnya
3 helai daun pandan | simpul
Sedikit garam

Cara:
1.Rendamkan kacang hijau semalaman agar cepat empuk ketika dimasak.Cuci bersih dan satukannya dengan  air dan daun pandan dalam periuk.
2.Rebus sehingga kacang empuk.Apabila kacang mulai empuk, masukkanlah durian dan santan pekat.
3.Setelah kacang rebusan empuk sepenuhnya, barulah dimasukkan gula pasir, gula merah, dan garam.
4.Kacau selalu sambil mereneh agar ianya sebati.
5.Tutup api dan hidangkan. 

Selasa, 27 November 2012

DAGING MASAK KICAP


Assalamualaikum..
Selamat tengahari dan menjamu selera buat warga maya dan rakan2 yang dikasihi.Menu apa hari ni?Pastinya seenak rasa dan menepati citarasa.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan buat N3 Daging Masak Kicap sebagaimana yang selalu saya buat.Apa yang penting, daging yang dimasak biarlah lama agar empuk dan sedap untuk dijamah..Untuk memasak daging kicap ni, saya memang bubuh air banyak sebab saya akan renehkan selama lebih kurang 2 jam.Apabila empuk, pastinya air tu akan menyusut juga.Setelah empuk barulah dibubuh kicap dan bahan perisanya.InsyaAllah keempukannya memang tidak mengecewakan.Resepinya lihatlah dibawah tu ye.

DAGING MASAK KICAP
Resepi:rohaisha@Damai Qalbu

Bahan-bahan:
500gm daging | hiris
1 labu bawang besar | cincang
7 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 inci halia | ketuk
2 sudu kecil lada putih kisar
1 sudu kecil lada hitam kisar
4 cawan air
Kicap pekat* | secukupnya
Kicap manis*
Saus Manis ABC*
Garam 
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya | hiris dan tabur

Cara:
1.Tumiskan bawang besar cincang, halia dan bahan kisar hingga layu kekuningan bersama kulit kayu manis dan bunga lawang.
2.Masukkan hirisan daging, kacay rata.
3.Masukkan air, kacau dan tutup kuali dengan tudung periuk.Renehkan dengan api perlahan dan masak sehingga 2 jam agar daging betul2 empuk.Sesekali dikacau alih.
4.Setelah empuk, masukkan kicap manis, kicap pekat, saus manis ABC secukupnya, lada putih kisar dan lada hitam kisar.Biarkan seketika anggaran 5 minit.Sebatikan rasa dengan garam.
5.Matikan api dan hidangkan bersama hirisan daun sup.

Isnin, 26 November 2012

APAM PISANG KUKUS



Assalamualaikum...
Selamat bersiaran dan ketemu lagi di sini alhamdulillah...Selamat beristirehat dan menyambung tugasan di pagi isnin keesokan hari insyaAllah...Mudah-mudahan hari esok dan seterusnya membawa keberkatan buat kita semua.Amin.


Hari ni berkesempatan mengN3kan menu Apam Pisang Kukus..Tertarik dengan apam pisang kukus yang telah Naz buat hari tu, gebu dan montok jew.Kebetulannya ada beberapa ulas pisang yang sudah mula terbiar tak dijamah.Tanpa berlengah terus saya adunkan apam pisang ni..Enak sangat, lembut saje dikunyah.Alhamdulillah, tertarik sudah dengan resepi ni, insyaAllah boleh dibuat resepi ulangan.Respinya di bawah ye.

APAM PISANG KUKUS
Source:Resipi Pilihan Diana

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) -sy guna 6 biji  pisang berangan 
3/4 cawan mentega | dicairkan dan disejukkan (saya guna minyak masak)
4 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan gula perang)
Secubit garam

Cara-cara:
1.Tepung gandum diayak dengan baking powder.Ketepikan.
2.Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3.Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4.Kemudian masukkan tepung.Gaul rata dan kemudian tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega atau minyak.Kukus selam 45 minit menggunakan api yang sederhana. (saya guna acuan kecil dan kukus selam 15-20 minit).

Nota:Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas permukaan kuih.




Sabtu, 24 November 2012

NASI AYAM HAINAN


Assalamualaikum..
Selamat petang, cuaca tersangat panas hari ini, alhamdulillah.Apa khabar semua, semoga dalam kesihatan yang baik dan happy selalu bersama insan2 tersayang..
Ataupun ada yang sedang bercuti bersama keluarga, selamat bercuti saya ucapkan.Saya bercuti kat rumah je..tak ada perancangan hendak ke mana2 setakat ini...

Hari ni berkongsi resepi Nasi Ayam Hainan.Sedap nasi ni, sebab berasnya direndam dulu sebelum ditanak, so nampak kembang cantik beras tu.Resepinya saya jenguk di dapur Kak Azie@Azie Kitchen, nampak mudah penyediannya.Tq Sis Azie...
Cuma untuk ayam tu saya guna ayam yang dah siap potong, itu je yang ada untuk stock pada hari tu.Yang penting boleh dijamah, sebab anak2 memang happy sangat bila tahu ada nasi ayam atas meja.Resepinya kat bawah ye..

NASI AYAM HAINAN
Resepi:dari blogger Singapore (tiada link)

Bahan-bahan: (Untuk rebusan)
1 ekor ayam (saya guna yang dah siap potong)
Garam
4" halia muda | potong 1/4" setiap satu
2 tankai daun bawang | potong 1" setiap satu
1 sudu kecil sesame oil

Bahan Untuk Nasi:
2 sudu besar chicken fat @ 2 Sudu besar Vegetable Oil
3 ulas bawang putih | cincang
1" halia muda | cincang
2 cawan beras | basuh dan rendam 10 minit
2 cawan air rebusan ayam (saya lebihkan sikit/ ikut jenis beras)
1/2 sudu kecil sesame oil
1 sudu kecil garam

Bahan Untuk Sos Cili:
1 sudu besar air perahan limau nipis
2 sudu besar air rebusan ayam
2 sudu kecil gula
2 sudu besar cili sos
4 cili merah & sedikit cili padi (cili padi x letak)
4 ulas bawang putih
1" halia
Sedikit garam

Bahan Untuk Sos Ayam:
1 sudu besar minyak garlic (guna minyak zaitun+1 biji bawang putih tumbuk)
1 sudu kecil sesame oil
5 sudu besar light soy sauce
1 1/2 sudu besar gula
3 sudu besar air rebusan ayam

Untuk Hiasan:
1/4 cawan dark soy sauce
Sedikit daun ketumbar (tak letak)
1 biji timun

Cara-cara:
1.Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam , luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran.
2.Bilas.Lumurkan garam dalam dan luar.Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam.Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam.Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak.Sebaik menggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit.Cucuk dengan chop stick di bahagian peha untuk melihat sama ada ayam sudah masak.
2.Setelah ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak.Ini akan menjadikan kulitnya rangup dan isinya lembut.Buang halia dan daun bawang.Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
3.Untuk memasak nasi:Tos beras yang direndam.Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi.Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit.Masukkan minyak sesame dan garam.Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik.Jika suka boleh juga letak daun pandan.
4.Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame.Potong ayam untuk dihidangkan.atau boleh juga dipotong dahulu sebelum melumur.Sebelum dihidang  tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong.
5.Untuk membuat cili sos:Kisar smua bahan sehingga halus.
6.Untuk membuat sup:Panaskan sup dan masukkan garam, bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan.

Hidangakan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, hirisan timun dan sup.Letakkan daun ketumbar (tak letak) atas ayam dan sedikit atas nasi.



Jumaat, 23 November 2012

CREPES DURIAN lagi..


Assalamualaikum
Crepe Durian  lagi...Harap2 tidak jemu menjenguk N3 ini..Maklumlah baru semalam post DURIAN CREPES, hari ni pun masih tajuk yang sama...Tapi kali ini adalah resepi yang sedikit berbeza dari jenis2 tepungnya.Resepi dari Eyna Haneyna pula, memang dah masyhur resepi beliau ni, rata2 jadi bualan orang sebab crepenya lembut dan nipis, tak mudah koyak...memang asyik makan diapunya crepe..dari satu bantal crepe, nak capai 2 bantal crepe lagi mengapnya...aduhai...kali ni memang parah diet melulu saya ni..hehe..Tq Eyna Haneyna..

Kalau nak tahu, dalam sehari saya dapat mencuba 2 resepi Crepe Durian yang berbeza.Antara sebabnya ialah sebab nak habiskan baki filling yang saya buat untuk crepes yang sebelum ni.Di seru pula oleh semangat yang membara untuk berkecah kat dapur, memang menjadi je kalau macam tu gayanya..Dah nak maghrib baru habis shooting untuk bantal durian hijauku yang montok2 ni, dengan berbekalkan cuaca mendung yang amat gelap kat luar rumah masa tu..Sesiapa yang belum cuba resepi beliau, cubalah ye..terbaik punya insyaAllah..Untuk fillingnya saya masih menggunakan resepi Kak Zu@Semanis gula.

Psssttt...ada permintaan lagi untuk Crepe dari anak bujangku, tengok je lah resepi siapa pulak yang akan ku terjah nanti..Tapi berintikan coklat yang dimahukannya.

CREPES DURIAN
Resepi:Eyna Haneyna

Bahan-bahan:
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung jagung
10gm tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
Pewarna kuning lemon (sy guna pewarna hijau)
Perisa Durian (sy bubuh perisa pandan)

Cara:
1.Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, sebatikan dan tapis.
2.Lengserkan kuali dengan butter.
3.Ambil sesenduk kecil dan tuang ke dalam kuali non stick (tak melekat) dan layangkan kuali agar ianya menebar dengan tipis.Masa menebar lebihan adunan boleh dikeluarkan supaya crepe tidak menjadi tebal.Buat crepe setipis yang boleh.
4.Masak menggunakan api yang kecil.
5.Masak hingga crepe mengering dan tak perlu diterbalikkan.

Filling Custard

Bahan-bahan A:
200gm susu segar
2 kuning telur
30gm gula halus

Cara:
Kacau atas double boiler hingga pekat

Bahan B:
250gm Whipping non-dairy } putar kental

Cara:
Satukan kedua-dua bahan dengan kaedah kaup balik.

Cara menggulung:
Ambil sekeping crepe
Letak filling
Letak isi durianGulung crepe dengan melipat kiri dan kanan.Lipat bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas.

Khamis, 22 November 2012

DURIAN CREPES


Assalamualaikum..
Selamat pagi semua....Sarapan apa pagi ni?..Cuti sekolah dah bermula, alhamdulillah bolehlah buat sarapan pagi selalu, tapi ikut mood dan kerajinan juga.Lagi satu tak adalah nak terkejar2 sangat dengan keadaan dan masa.Kalau situasi tak mengizinkan capai sahajalah roti bersama secawan vico atau susu, itu pun dah kira ok sangatlah..


Rata2 dah tahu menu apa yang tengah hangat diperkatakan sekarang ni..Diketengahkan resepinya ketika musim durian betul2 tengah runtuh.Kategori demam gayanya...Tapi mintak2 janganlah sampai demam gara2 dok membantai isi durian ya..So, saya pun menggeletik jugalah nak buat, nak rasa dan, dan, dan apa2 je lah  yang berkenaan Crepe Durian ni kan...Kalau boleh nak cuba yang dari pelbagai jenis tepung, tak kiralah 2, atau 3 atu 4 atau 5 atau apa2 lagi.KALAU BOOOLEEEHHH!!.....hehe..semangat lain macam je sekarang ni..

Memang macam2 resepi ada, pilih je mana satu yang nak dicuba..Tapi untuk 1st nya saya berpeluang mencuba resepi dari Kak Wan kita..Alhamdulillah berjaya juga buat sampai habis.Specialnya resepi beliau ni tak perlu lengser kuali dengan minyak atau butter ketika nak tuang adunan dalam pan non stick. tu, memang sure tak melekat.Mula2 nak buat tu teragak2 juga, tapi bila dah tebar sehelai crepe, baru percaya..hehe.Bestakan..Ok lah, resepinya tu boleh nengok kat bawah, tapi untuk filling saya tak guna resepi dari Kak Wan sebaliknya guna resepi Kak Zu@Semanis Gula.

DURIAN CREPES

Bahan-bahan:Adunan dadar
30gm tepung Hong Kong
30gmtepung kastard
20gm tepung jagung
20gm tepung ubi
20gm tepung kentang/ sagu
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
250ml susu cair (suhu bilik)
1 sudu besar mentega cair
Pewarna kuning (optional)

Cara-cara:
1.Satukan semua adunan bahan dadar, kacau rata dan tapis.Rehatkan selama 20 minit.Adunna yang agak cair hasilkan dadar yang tipis.
2.Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana, ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali kiri dan kanan hingga mendapat dadar yang nipis.Masak hingga atasnya mengering, tidak perlu diterbalikkan.
3.angakat dan ulangi membuat dadar huingga habis.
|n4.Paipkan sedikit whip cream di tengah dadar, letak satu sudu kecil kastard durian kemudian tutup dengan whip cream.
5.Lipat dadar menjadi empat segi.Buat hingga habis dan simpan di dalam peti sejuk.

Filling Custard

Bahan-bahan A:
200gm susu segar
2 kuning telur
30gm gula halus

Cara:
Kacau atas double boiler hingga pekat

Bahan B:
250gm Whipping non-dairy } putar kental

Cara:
Satukan kedua-dua bahan dengan kaedah kaup balik.

**Boleh juga durian gantikan dengan mangga@jagung krim dalam tin maka tukarlah namanya kepaga JAGUNG CREPE@MANGO CREPE