Assalamualaikum...
Hari ni jumpa gambar n N3 lama lagi yang belum disiarkan.hiiiiihii..zaman bila punyalah ni...wink3, Ogos 2012.Mak aiiiii lamanyeeee.Apapun selamat mencuba.
KUIH SIPUT (rangup/sedikit pedas)
Inspirasi:Majalah SAJI
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
15 gm udang geragau*
10 gm jintan manis*
10 gm jintan putih*
2 biji telur
200 gm marjerin
10gm serbuk lada (cili powder)
15gm rempah kari
2 sudu kecil garam
200 ml air
Daun kari secukupnya
Daun kari secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Cara:
1.Kisar halus udang geragau, jintan putih dan jintan manis bersama sedikit air.
2.Satukan tepung, serbuk cili, rempah kari, garam, marjerin, telur dan bahan kisar.Gaul rata.
3.Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli sehingga menjadi doh.Pastikan doh tidak melekit.
4.Gentel adunan menjadi bentuk siput menggunakan acuan khas.Buat sehingga habis.
5.Panaskan minyak dan goreng menggunakan api sederhana panas.Lurutkan daun kari semasa menggoreng dan goreng hingga kekuningan.