Khamis, 29 Ogos 2013

PINEAPPLE ROLLS


Assalamualaikum..
Masih dalam bulan syawal dan mood raya kan...Meh kuarkan biskut tart yang sangat sedap..lebih2 lagi bila disua ke mulut ketika masih suam2..Tq Rahel kerana sudi kongsikan resepi Chef Alan Ooi ni..berbaloi2 sedapnya..

Untuk inti jem nenas saya guna yang ready made,..sebab malas sangat time tu nak ngupas2 nenas..urmm..Next time try resepi lain pulak.Kiranya baru first time merajinkan diri menggulung sendiri tat ni, biasanya tunjuk je..

PINEAPPLE ROLLS
Resepi; Chef Alan Ooi
Sumber; Rahel

Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur

Cara membuat;
1.Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
2.Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur.
3.Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.

Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih

Cara membuat;
1.Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
2.Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
3.Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.


Selasa, 27 Ogos 2013

SELAMAT HARI ULANGTAHUN ANAK2 UMMI DAN KEK SPAN BLUEBERRY



Assalamualaikum..
3 in 1...sebiji kek untuk 3 orang sekali.Acapkali saya meraikan hari kelahiran mereka dalam satu masa kerana tarikh dan bulan kelahiran mereka begitu hampir iaitu Si Abang 25 Julai, Si Kakak 20 Julai dan Si Adik 20 Ogos.Untuk 3 tahun kebelakangan ni tarikh lahir Si Abang dan Si Kakak jatuh pada bulan puasa, Si Adik pula jatuh pada minggu pertama syawal, jadi memang umminya tak pikir panjang untuk meraikannya sekaligus secara sederhana.

Memang pada awalnya Si Kakak minta dibuatkan sebiji kek pada tarikh 20 Julai lalu yang kebetulannya dalam bulan ramadhan, tapi ummi minta tunda dan macam biasa akan buat/ himpunkan  pada tarikh lahir Si Kecik.Alhamdulillah dia setuju.Kek yang dapat saya siapkan ialah sebiji Kek Span Blueberry yang diadaptasikan dari resepi Kek Span Vanila oleh Noraini Zakaria, insyaAllah tetap menjadi sebab dah berulangkali saya membuat kek span menggunakan resepi ni.Resepi boleh dirujuk dibawah..Untuk sebiji kek ni, saya menggunakan 1 1/2 adunan dari resepi asal di bawah.

KEK SPAN BLUEBERRY
Adaptasi dari;Kek Span Vanila
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
120 gm gula kastor [saya kurangkan]
10 gm ovalette
4 biji telur gred A
130 gm tepung kek* | ayak 
1 sudu teh serbuk penaik* | ayak
40 gm air
60 gm minyak masak/mentega cair
1 sudu teh esen vanila [saya tukarkan kepada perisa blueberry secukupnya]

Cara:
1.Griskan acuan kek bulat berukuran 8 inci.Lapis dengan kertas serap minyak.Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2.Satukan gula kastor, ovalette, telur dan bahan bertanda (*) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
3.Perlahankan kelajuan dan tuangkan air dan esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5minit hingga adunan ringan dan gebu.
4.Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
5.Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit.[bergantung pada oven]
6.Setelah masak, terlangkupkan agar ia tidak mendap.Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.
7.Hiaskan dengan krim mentega.

Krim Mentega
Rujukan:Buku Kompilasi Hidangan Kek
Resepi:Chef Noraini Zakaria

Bahan-bahan:
150gm mentega
350gm marjerin krim well
180gm sirap gula/ susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Pewarna

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu dan gula aising.Pukul lagi sehingga sebati.
3.Bancuh dengan pewarna mengikut keperluan.

Bermohon pada Mu Ya Allah, semoga anak2 ku ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Mu.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah, sejahtera di dunia dan akhirat.Amin...

Khamis, 22 Ogos 2013

SALAM AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR dan BATIN

Assalamualaikum..
Salam lebaran buat semua..alhamdulillah bertemu lagi di bulan syawal yang barakah ini.Terlalu lama rasanya saya menyepi walau 2 minggu cuma, namun belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan salam aidilfitri.

Mengambil kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan salam lebaran, diiringi jutaan kemaafan buat rakan2 yang mengenali saya di Damai Qalbu atau walau di mana jua anda berada.Maaf dipinta jika ada keterlajuan bicara dan perlakuan yang kurang selesa selama kita berwasilah di sini..

Jumpa lagi...


Khamis, 1 Ogos 2013

NESTUM RANGUP


Assalamualaikum..
Untuk penggemar biskut berasaskan nestum, bolehlah cuba resepi ni...Sedap rangup dan less sugar.Mudah cair di mulut.Mesti pak pak kita yang dah tak ada gigi suka, sebab kemam je biskut ni dah mudah lerai dalam mulut dia..ehee..


NESTUM RANGUP
Resepi;Majalah SAJI

Bahan-bahan;
2 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
2 biji telur [kuning]
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan nestum [asal tak ada]

Bahan Hiasan;
Nestum secukupnya
Ceri merah

Cara menyediakan;
1.Putar mentega bersama telur kuning sehingga sebati.
2.Kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.Masukkan juga nestum.
3.Canai adunan yang telah siap,sapu kuning telur dan tabur nestum. beserta ceri merah di atasnya.
4.Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150 darjah celcius selama 20 minit.[saya guna suhu 180 darjah  celcius selama 18 minit]